KLESF Mobile Workshop - Program pembelajaran menarik bagi bidang sains dan matematik!

Friday, April 8, 2016


Ingat lagi dulu , aku memang paling tak suka belajar subjek berkait dengan sains terutamanya fizik dan kimia . Salah satu sebabnya ialah, sebab tak faham! dah lah tak faham, cara belajar pula kurang menarik. Tapi sekarang, dah tak boleh dijadikan alasan lagi . Kenapa? Sebab ada bermacam macam program yang menarik dah disediakan untuk bantu para pelajar lebih memahami apa yang dipelajari terutamanya dalam bidang sains dan teknologi . Bagi kakak kakak berumur lewat 20an ni, merasa sungguh iri hati terhadap adik adik sekalian - zaman kekakak semua dulu tak ada pun dik . #syukur hehe .

 

KLESF - Kuala Lumpur Engineering Science Fair


Salah satu program terbaru yang diperkenalkan kepada para pelajar ialah KLESF. KLESF atau nama panjangnya Kuala Lumpur Engineering Science Fair ialah satu program yang dianjurkan khas untuk memupuk minat para pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap bidang sains, teknologi , kejuruteraan dan matematik (STEM) .

KLESF ni ialah merupakan satu program atas anjuran bersama :

1. Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)
2. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR),
3. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
4. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
5. Petrosains dan;
6. Innopeak

smk seri perak
SMK Seri Perak, Teluk Intan

Alhamdulillah haritu berpeluang berjalan jalan ke Teluk Intan, Perak dan sertai KLESF Mobile Workshop. KLESF Mobile Workshop ni berlangsung di SMK Seri Perak, pada hari Sabtu lepas, 2 April 2016. Yes you're right! Aku lambat update! Maaf kalian,sesungguhnya saya tidak sengaja. Hm tapi tak apa sebab cerita pasal KLESF ni seronok , confirm takkan basi cerita ni hehe . Baca sampai habis , okay?


Seawal pukul 9.30 pagi dah terpacak berkumpul di MIGHT, Cyberjaya. Kebetulan hari sebelumnya tu memang aku dah dekat KL jadi tak ada lah kelam kabut rushing nak ke Cyberjaya pagi sabtu tu . Kalau tak memang drive menggila aku dari Melaka ke Cyberjaya pagi tu haha . Eh, korang tahu tak MIGHT tu apa?



Okay secara ringkasnya , MIGHT ni .... ha jap kita bagi nama panjang dia dulu ; Malaysian Industry Government Group for High Technology. Panjang kan? Panjanggggg . Takpe, panggil MIGHT jee (eh macam perkenalkan diri pulak haha) Okay apa peranan MIGHT ni? Peranan MIGHT utamanya ialah :
 

1. Membangunkan industri berteknologi tinggi untuk Malaysia.
2. Sebagai platform utama untuk membina hubungan atau kerjasama pelbagai pihak.
3. Memupuk industri berteknologi tinggi melalui program intervensi.

(credit : Shiqeen Sattar )


Sebanyak 16 buah sekolah di Hilir Perak dan seramai sekurangnya 1000 orang pelajar yang terlibat dalam program KLESF ni taw. Ha ramai kan? Memang meriah dan seronok sangat. Aku sendiri pun hampir hampir nak kena tinggal dengan bas sebab leka sangat pusing pusing tengok pameran. Sampaikan tak perasan kawan kawan lain semua dah naik bas. Tapi kalau kena tinggal pun rasanya okay kot, dapat explore banyak lagi hehe. Masa kitorang dekat sana agak terhad sebab nak kena balik semula ke Cyberjaya. Kalau bermalam dekat Teluk Intan, duduk dekat pameran tu sampai pukul 10 malam pun tak apa kot .


Ekceli memang bagus bila exposed kan pada para pelajar dengan cara macam ni, baru lah adik adik ni dapat gambaran jelas tentang bidang sains dan kejuruteraan . Dalam kepala aku ni cuma terfikir yang Mechanical Engineering terhad kepada belajar baiki mesin, buat mesin, baiki kereta hahaha kolotnya fikiran ku . Sorry lah, iols taktahu . Saya budak Chemical Engineering bukan Mechanical Engineering . Maaf ya hehe . Tapi lepas join program ni baru lah faham rupanya dalam Mechanical Engineering tu sendiri ada banyak cabang cabangnya. Ada yang study solely pasal metal - termasuklah dia punya 'molecular structure' dan macam macam lagi. Ada juga yang belajar tentang 'Aviation' - haa bahasa melayu dia apa eh? hm yang berkait dengan teori teori kapal terbang , force (daya) dan perihal fizik yang lainnya . Haa dan juga yang memang merangka mesin , lukisan 3d model dan macam macam lagi lah . Aku sendiri pun memang kagum dan rasa seronok dapat join bengkel KLESF ni . Terus rasa macam "eh apasal lah aku tak ambil mechanical je dulu" haha simpan je dalam hati ya . Redha lah dah 7 tahun mereput belajar chemical engineering huhuhuhu .

Disebabkan aku habiskan masa dari satu stesen ke satu stesen tu agak lama, makanya ada banyak lagi stesen yang aku tak sempat nak tengok. Tapi antara yang aku sempat tengok, belajar dan cuba ialah Dron, Flight Simulator, Paper Plane, 3D Printing dan belajar serba sedikit mengenai logam 

Stesen paper plane

 
  Siap sedia nak test paper plane masing masing

Di stesen paper plane, aku dapat belajar cara nak buat kapal terbang kertas yang boleh terbang paling jauh dan juga bertahan lama di udara . Dimana rekaan kapal terbang kertas tu mesti lah menitik beratkan centre of gravity dan stabilkan force pada body kapal terbang tu sendiri . Menarik kan? Dan paling menarik, baru aku tahu rupanya dekat luar negara ada kejohanan paper plane besar besaran taw. Organized by Red Bull okeh! Dah macam sukan ekstrem pulak haha . Kalau menang dapat $10,000 USD tau . Haa gempak kan? Rekod terbaru yang dimenangi ialah dapat terbang sejauh 53meter dan bertahan selama 23saat diudara. Cuba lipat kapal terbang korang, setakat mana boleh pergi? hehe

Penat adik ni ulang mengajar kakak lambat pickup haha

Aku sempat juga membuat cubaan mendesign blok menggunakan software 3d tapi end up jadi lukisan kanak kanak pra sekolah haha . Menarik 3d printer ni, korang design je apa yang korang nak , bila di print terus jadi seketul benda . First time tengok memang agak jakun sikit haha .


 Hasil menggunakan 3d printer . Yang pasti bukan aku yang design haha





Gambar sepanjang program KLESF Mobile Workshop


 Pameran ceramic


Aktiviti membina Straw Tower






Amacam, jeles tak ? Nak juga join aktiviti dan program macam ni? Jangan risau ya, nanti pada 4 hingga 6 November 2016 akan diadakan KLESF 2016 . KLESF ni lah highlighted event, event yang terulung nya. Yang KLESF Mobile Workshop ni kecik kecik je. Nanti dekat KLESF 2016 ni yang akan diadakan besar besaran di MIECC . Ada pelbagai aktiviti disediakan untuk kanak kanak berusia 3-17 tahun dan masuk adalah PERCUMA! jadi jangan lepaskan peluang bawa anak anak, bawa adik, bawa diri sendiri ke KLESF 2016 ni, okay? Kita jumpa disana disana disanaaaa (echo haha)


Tahniah buat MIGHT dan beberapa pihak lain dalam menjayakan KLESF Mobile Workshop ni. Bagi aku sendiri, program KLESF ni memang mampu membantu menambahkan rasa minat para pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) . Sedangkan kakak yang kurang minat belajar ni pun rasa teruja dan seronok , inikan pula adik adik yang bersemangat cintakan ilmu dan bijak pandai belaka, mesti rasa minat makin membuak buak nak belajar, ye tak? hihi .


Okay korang, jumpa nanti di MIECC pada 4-6 November 2016 ni ya? Cepat catit dalam kalendar siap siap. See ya!




Peranan MIGHT, apa itu MIGHT,MIGHT CYBERJAYA,MIGHT MALAYSIA,fungsi MIGHT, KLESF 2016, MIECC KLESF 2016, apa itu KLESF, maksud KLESF, program belajar sains,seminar SPM, mudah belajar sains, sains  SPM, matematik SPM, kimia SPM,

10 comments

  1. Farah nanti kita pergi ek. Tak puas hr tu explore!

    ReplyDelete
  2. wah bestnya farah dpt tengok printer 2 hasilkan objek depan mata sndri. zya dpt tgk dlm vdeo jer. jemput singgah sini http://misszyaroses.blogspot.my/2016/04/taman-bunga-tulip-led-kini-berada-di.html :-)

    ReplyDelete
  3. Good info. Complete. Menarik nak bawak anak2 pergi bln 11 nt..

    ReplyDelete
  4. Good info, sy suka sains tu pasal skrg keje bawah MOSTI ..ok xde kaitan.

    Lamanya tak main kapalbterbang kertas, dulu kaku buat mesti blh terbang..jauh. hemm skrg skill memang tak menjadi.. tggl kenangan.

    ReplyDelete
  5. Bila ada benda mcm ni buat jadi seronok belajar sbb ada something yg kita buat sampai menjadi. Hasilnya kita pamerkan. Dulu duk kelas memanjang. Tahniah kepada semua yg terlibat. Huhuhu

    ReplyDelete
  6. Wow bestnya... ada 3D printer tu.. harga dlm 15k aritu survey.. hehhhee kalo dapat tu memang menggilos dok hadap siang malam.. hehhhe

    ReplyDelete
  7. Hanya orang -orang yanng kreatif dan inovasi je minat benda2 macam ni kannn.. Mummy suka nasib baik busy lately ni, kalo tak dh lama join event ni..

    ReplyDelete
  8. wahh..bestnye..banyak info menarik...

    ReplyDelete
  9. Thank you Farah. Really glad that you actually enjoyed it.
    Jom la kekawan-kawan...nanti pi KLESF Fair ya.

    ReplyDelete

On My Instagram