Fenomena Jubah Kungfu! - Rizq Design @ Jubah Lelaki Moden

Tuesday, April 26, 2016


Sekarang ni fenomena berjubah bukan setakat digilai gegadis je , malahan dalam kalangan lelaki pun dah ramai mula suka berjubah. Ha bagus lah kan? Kan berjubah ni pakaian sunnah .

Bilamana lelaki rasa terpikat dan cayerrr tengok gegadis berjubah, gegadis juga terkesima melihat si jejaka berjubah - ewah. Terus bagi bagi hint dekat mak nak cari calon suami berjubah kehkehkeh.

Apa kata untuk raya tahun ni, kita buat satu revolusi dalam berbaju raya. Bagi satu family semua berjubah. Amacam, best tak? Biar semua pakai jubah - mak, ayah, atuk, nenek , mak su , pak long blablabla . Fuhh meriah kan?

Ekceli nak cari baju raya untuk perempuan sangat lah senang (tapi selalu mengadu cakap tak jumpa baju kahkah) sebaliknya yang susah nak cari baju ialah bagi golongan lelaki . Balik balik baju melayu jee , design pun sama je. Tak cakap pun nak suruh lupakan pakaian tradisi tu, tapi sekali sekala tukar taste sikit , okay kan? Pendek kata - entri ni aku nak menyeru buat abam abam diluar sana untuk berjubah hehew. (sejuk mata I, eh! haha)

Memandangkan abang abang dah eksaited nak berjubah - dan kakak kakak dah taksabar nak rekomen abang berjubah kepada ibu ayah , makanya iols nak rekomen lah satu jenama hebat yang menghasilkan pelbagai design jubah khusus buat lelaki yang gila cantik dan power!

Rizq design - Jubah Lelaki Moden


Rizq design ni ialah satu label jenama pakaian yang diasaskan oleh Fazreen Rafi . Siapa fazreen rafi? If tak kenal, confirm korang tak layan drama melayu! Ni crush i kot masa sekolah menengah dulu kihkih . Dari zaman cerita Spa Q lagi dah jatuh hati . Haip dah kawin dah pun dia . Sobs! :p

Yang menariknya tentang jubah jubah yang dihasilkan Rizq Design ni ialah rekaan jubah jubah nya tak tipikal . Semuanya unik , lain daripada yang lain dan ofkos lah cantik . Pemilihan material pula memang sangat dititik beratkan. Jadi kesimpulannya jubah keluaran Rizq Design memang berbaloi untuk dimiliki .




Kata Abang Fazreen , nama Rizq Design ni dipetik daripada nama ketiga tiga orang anak dia (hm dah kawen ada anak dah - haha tak move on lagi ke kak?) iaitu , Rizqeen Humaira, Rizqin Qayyum dan Rizqin Nuwais. Sedapnya namaa ! Rizq ni bermaksud rezeki lah kan? Semoga lebih luas dan murah lagi rezeki abang Fazreen kita ni . Amin



Melihatkan pada gambar dipakai pak Ujang (kanan) dan Abang PCL  (kiri) kita ni sekali tengok dah boleh cakap eh cantiknya! Atau 'perghh smart dohh baju ni' ahaks.

Perhatikan bebetul baju jubah merah yang Ujang pakai tu , haa macam apa? Macam apa? Macam apaaaa?

Macam baju IP Man lahh! 


Jangan cakap kau taktahu IP Man tu apa (emoji jeling maut) . Pergi tengok dekat Youtube sekarang!



Katanya jubah ni dihasilkan secara tak sengaja tapi akhirnya sambutan diberikan sangat menggalakkan membuatkan pihak Rizq Design decide nak tambah baik lagi perincian design jubah ala IP Man ni dan tingkatkan lagi production. Memang jubah Ip Man ni tengah hot sekarang ni tau dan merupakan antara design yang best selling di Rizq Design. Korang nak kelihatan gagah dan tampan ? Si jantan yang berkokok (eh tetiba termasuk lirik lagu M Nasir haha) - belilah jubah ni . Pasti si ibu gadis terpikat ihiks!

gegadis suka lelaki berjubah (haha tiba tiba)*gambar sekadar hiasan kahkah




Minggu lepas aku bersama sama dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain berpeluang dapat merasa , pegang , raba raba , peluk peluk dan ciyom ciyom (haha) jubah Ip Man ni. Dari pengamatan aku, detailing dan kemasan jahitan jubah ni memang di kasta tertinggi haha . Memang berkualiti dan material pulak sejuk je -- tak panas dan selesa dipakai . Makanya saat korang memakai jubah ni , segala aktiviti lasak mahupun tidak , memang boleh korang lakukan termasuklah backflip , memasak , memotong rumput , bersihkan kipas siling mahupun duduk secara statik diatas kerusi . 


Dari segi harga pula memang berpatutan bagi koleksi kurta dan jubah . Bermula dari serendah RM109 sehinggalah RM229 . Bab size pula jangan risau, sedangkan Ujang pun ada size, apa tah lagi korang yang slim dan tough tu haha . Pilihan size ada dari S sehinggalah ke XXL . 




Open Day Jubah Lelaki Moden


Sekiranya korang nak cuba sendiri pegang dan rasa jubah jubah keluaran Rizq Design ni , jemputlah ke Open Day diorang yang akan diadakan di Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam pada 30 April dan 1 Mei 2016 ni.  Sambil sambil tu, terus lah daftar sebagai agent atau dropship jubah ni. Rugi kalau tak daftar, sebab kadar keuntungan jadi agent Rizq Design ni memang menarik taw , dari 20% sehinggalah ke 50%. Gila kau? Untung kot! 


Datang eh jangan tak datang. Nanti kita jumpa dekat sana.


                    Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016 

                    Masa: 10 pagi – 8 malam 

                    Lokasi: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam




Macam yang aku mention diatas , bab pilihan size jangan risau - insyaAllah ada size untuk semua orang. Dari S sampailah ke XXL . Pilihan warna pun banyakk! Untuk program agent bersempena raya ni, akan ada 3 design jubah dan 1 design kurta yang diketengahkan dan terdapat 10 pilihan warna untuk setiap design. 

Terbaru, bersempena Aidilfitri, pihak Rizq Design telah berkolaborasi dengan pelakon kachakk Hafidz Roshdi - yang dalam Tundukkan PlayBoy Itu tewww - yang berlakon dengan Uqasha tu , yang bila senyum 'hoi handsome nya' tu , ha yang tu! hihi .




Haih dia pakai jubah pulak dahh! *Cair*

Maka aku sudahi dengan serangkap pantun


Kuih talam, kuih koci,  
Diwaktu petang, jadikan hidangan, 
Kalau abang nak sehensem Hafidz Roshdi 
Pakailah jubah dari Rizq Design .




sekian - salam hari raya , salam jubah untuk semua



jubah ipman, jubah ala ipman,jubah lelaki cantik,jubah lelaki moden,jubah lelaki murah,jubah lelaki selesa,jubah lelaki,jubah lelaki malaysia, anak fazreen rafi,fazreen rafi,design jubah terbaru, rizq design fazreen rafi,jubah fazreen rafi, harga jubah fazreen rafi, harga jubah kungfu,harga jubah ipman,harga jubah rizq design, dropship jubah,agen jubah,dropship raya,duit sampingan, cari duit sampingan, program dropship lumayan

12 comments

  1. X caya gak ada 3 anak dh. Huhuhu

    ReplyDelete
  2. warna biru pcl pakai lawa..kalau nak tau si fazreen ni budak sekolah kite..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa yeke? nape x kenalkan kite bfre dia kawen hahaha

      Delete
  3. farah! move on! fazren dah kahwen!!! hahahaha... belikan ai satu jubah tu plisss... lawooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sis susah nak move on ni, sobs!

      alaa you la lanje ii

      Delete
  4. Cair eh.. lelaki mcm pcl ni memang suka tgk wanita berjubah..ayu gitu. Tu pasal rekemen sangat wife n anak2 pakai lengkap raya thn ni.. pilih jubah warna terqoise kalau ada.. haa tgk la nt.. slmt hr raya farah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa satu family pakai jubah cnfirm cun! hehe. turquoise cntikk, fara dh tema turquoise thun lepas. tahun ni color pink plak

      Delete
  5. jubah dan kurta tu smart dan elegen rekaan dia.. boleh beli utk husband pakai raya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mmg design ni unik, xpernah lg jmpe kt pasaran

      Delete
  6. haha! pantun lastu tu mmg xmenahan..haha!

    ReplyDelete

On My Instagram