Han Rainforest Resort : Pilihan terbaik saat ke Taman Negara, Pahang!

Wednesday, March 2, 2016

Han Rainforest Resort : Pilihan terbaik saat ke Taman Negara, Pahang! 


Assalamualaikum . Hai gais! Korang baca tak entry sebelum ni? Yang aku ter-mengaku cakap diri ni penakut tu .  Eh tak baca lagi? Okay baca dekat SINI . hikhik .

Setelah 3/4 dekad aku selesa berkasut tinggi , perasan diva di sana sini finally aku kembali beraksi! Hoi intro merepek sangat haha . Mesti korang dah imagine aku pakai kasut tinggi sampai flip shawl kan? Aku secara jujurnya seorang yang manja tapi selalu eksyen dengan diri sendiri kononnya lasak. Sampai sekarang aku rasa kecewa impian aku nak jadi macam Erra Fazira dalam cerita Maria Mariana naik motorbike tak kesampaian. Sebab naik basikal pun tak gheti . Jatuh sekali dah tak nak belajar dah haha . Tak kental langsung kan? Takpe, mungkin fizikal je aku lembik , tapi jiwa ku cekal dan tabah tau (cakap sambil angkat kening sebelah)

Okay cut the crap Maria marianahh whats so evah . Kita teruskan ke cerita utama .


HAN RAINFOREST RESORT, TAMAN NEGARA


Hey nak hebohkan bahawa ini ialah satu pencapaian untuk diri sendiri sebab dah beranikan diri untuk pergi aktiviti lasak - hiking , camping etc . Yay! Farah yang bermeluih lembik hidung berhingus kini sudah matang, dewasa dan berjati diri tinggi *tibatiba haha* . Alhamdulillah, nak sambung sikit lagi dalam perenggan ni nak bagitahu aku rasa seronok yang amat dapat join ekspedisi ni. Tak rasa menyesal langsung! Tak sabar nak join lagi kalau ada aktiviti macam ni pada masa akan datang.

Ceritanya, pada 19 hingga 22 februari 2016 haritu selama 4 hari 3 malam , aku dan Kelab Blogger Ben Ashaari seramai 35 orang telah pun menyertai kembara ke Taman Negara , Jerantut Pahang. Dan disana, kitorang telah pun menginap di Han Rainforest Resort .

Sebenarnya aku ingatkan bila sampai dekat Han Resort tu kitorang ditempatkan dalam dorm ke, bilik kecik kecik ke atau satu bilik yang menempatkan sampai 8 ke 10 orang tapi rupanya eh eh eh tak . Kitorang di sediakan bilik yang sangatlah selesa, memuatkan 2 ke 3 orang . Dekat resort ni ada banyak jenis bilik , bergantung pada bajet dan tahap keselesaan macam mana yang korang nak .


Macam bilik yang aku duduk ni di Blok C. Ada 4 blok semuanya - A,B,C,D . Blok A dan B terletak dekat dengan dewan makan dan tengok dari luar gayanya macam besar je. Aku tak pasti pula bahagian dalam bilik macam mana.Turut disediakan bilik kecil kecil yang sangat sesuai untuk backpackers di Blok D . Tapi untuk bilik dekat sini semuanya kecik kecik dan toilet pula di luar bilik. Sharing bathroom punya konsep tapi toilet nya sangat bersih dan teratur. Pilihan bilik dan rate pula seperti yang berikut :

Senarai harga bilik dan hostel di Han Rainforest Resort




Kalau nak yang bajet , macam aku cakap tadi sesuai untuk backpackers, ambil pakej yang ni . Tapi ni tanpa breakfast .



Dekat budget rooms ni lah aku nampak mat salleh hensem lalu lalang haha. Sempoi je diorang backpacking kan? Rilek rilek je tidur berkipas, sharing bilik dengan strangers. Aku ni tidur dalam hutan pun mengada nak dalam aircond, diva sangat! *angkat kening lagi* Ha korang nak tengok mat salleh ensem ke nak bilik aircond? haha


Laluan nak ke blok blok lain. Disebelah kanan ada tempat urut , 
mini market dan mini canopy walk


Aku syak bilik aku tu spesis Deluxe Triple Room yang memuatkan 3 orang. Tapi aku tidur dengan Kak Julia je haritu sebab Uzu tak dapat join, ada exam katanya. Aloo shiannn dia mueheh . Kitorang sampai sampai resort tu pukul 2.30 pagi, mengigih juga aku dalam kelam kelam mata menggagau cari handphone untuk ambil gambar bilik ni. Memang besar, dan tersedia satu corner khas untuk aku punggah beg aku yang besau gilau packing macam nak duduk sebulan tu hahaha .



Pada pandangan aku secara jujur dan serius nya -- setiap kemudahan yang disediakan di Han Rainforest Resort ni serba serbi lengkap. Bilik nya bersih dan selesa, disediakan ruangan ala ala balkoni dekat luar bilik - senang nak menjemur baju basah dan kotor , turut ada mini market , dan karaoke pun ada tau! Kalau bercadang cadang nak datang dengan kawan kawan memang idea yang bernas lagi bergeliga lah itu .



Tapi masalahnya cuma line internet jelah sendu. Tapi ku menyeru disini suruh korang beli siap siap simkad Maxis atau Digi haha sebab telco lain sangat sendu disini . Wifi ada disediakan di lounge tapi pertumpahan darah bakal berlaku haha sebab limited sangat. Kalau pakai ramai ramai memang kena berebut lah . Setakat mat salleh dekat blok D tu dia tak heran pun dekat wifi , kita kita je jakun berebut wifi disitu :p Bagi mengelakkan masalah bermasam muka sesama member sebab ada yang dapat access dan ada yang tak dapat, makanya prepare siap siap dapatkan line Maxis dan Digi :p RedOne, Celcom, Umobile -- nan hado . especially redone, u kecewakan ai!

Menariknya lagi bila korang dah menginap di Han Rainforest Resort ni, korang tak payah kalut kalut nak cari pakej aktiviti dekat luar lagi. Sebab Han Rainforest Resort ni ada menyediakan pelbagai aktiviti - tak kesah lah kau nak buat apa pun dekat Taman Negara ni ; nak pergi hiking ke, nak night jungle walk, night jungle safari, canopy walk, 4x4 offroad, rapid shooting, naik gajah mahupun nak pergi kampung orang asli dan taknak balik balik haha. Pun boleh!



Mini canopy walk



Dedari coffee house / dewan makan cite dia haha .
 makanan pun sodap!

Ada pakej free and easy dan ada juga pakej fullboard + guide. Terpulang mana korang selesa. Tapi aku sarankan kalau baru pertama kali ke sini, ambil lah pakej fullboard + guide tu. Kang tak ada lah korang banyak buang masa terkial kial dekat sana taktahu nak buat apa. Biar pihak Han Rainforest Resort uruskan untuk korang dari awal sampai akhir trip .


Selitkan satu selfie dengan Jus Pran satu. hihi
Fuh memang sedap dan refreshing! Thankyou Jus Pran!

Ha lagi satu lupa nak share dengan korang, dekat sini ada sediakan servis body massage juga taw. So nanti kalau dah lepas tergeliat kaki , terpusing pinggang masa trekking dalam hutan pagi tu , petangnya boleh bersantai santai sambil diurut. Kemahin eh cakap nak berlasak lasak masuk hutan, ni siap ber-spa spa bagai , apa cer?

Ini lagi senarai kemudahan yang ada . Ha nak apa lagi? Habis lengkap dah ni .


Eh haa lagi satu nak bagitahu sebelum terlupa. Dalam bilik tak ada TV ya. Nanti takpayah buat buat terperanjat 'eh tak ada TV? macam mana nak tengok ulangan gegar vaganzzzzaaa ni?' . Kenapa tak ada tv? Jangan tanya. Korang kalau datang setakat nak tengok TV, hah baik balik! *garang*


Kesimpulannya Han Rainforest Resort ni insyaallah boleh sediakan apa keperluan yang korang perlukan sepanjang di Taman Negara. Makanan yang sedap, bilik yang selesa, air yang bersih dan servis yang bagus. Bila semuanya elok baru lah trip korang jadi syok dan bermakna. So kalau bercadang ke Taman Negara, aku recommend kan korang untuk menginap dan ambil full pakej aktiviti di Han Rainforest Resort. Serious berbaloi baloi dan best!


Han Rainforest Resort


Alamat: No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, 
            27020 Jerantut, Pahang, Malaysia 

No.Tel : 09-266 7888 
Email: hanrainforestresort@gmail.com



Thanks for reading gais! Next entry aku cerita pula aktiviti aktiviti yang kitorng buat mengikut pakej yang disediakan pihak Hans Rainforest Resort ni. K bai!






Harga bilik han resort, han resort taman negara, han resort, harga han resort, pakej taman negara,pakej murah taman negara, pakej jungle trekking taman negara,pakej bajet taman negara, bilik taman negara,camping taman negara,aktiviti taman negara,taman negara resort,resort murah taman negara,percutian bajet taman negara

3 comments

  1. wow bestnya.. awat tak hajak kita... T _T

    ReplyDelete
  2. Full pakej + guide brp bayaran yer ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sy tak pasti. seeloknya awak contct pihak Han Rainforest untuk detail selanjutnya :)

      Delete

On My Instagram