"Bila last kau pergi masuk hutan ?" Tanya dekat diri sendiri . Hmm masa tingkatan 2 kot . Saat saat sedang bergiat aktif gitu dalam bidang kokurikulum . Perkhemahan bersepadu apa entah mewakili Kadet Remaja Sekolah . Uols jangan pandang iols kecik kecik, iols ni ketua kadet tau muahaha . Akhirnya suara nyaring dan menjerit padu ni sangat bermanfaat dalam kawad perbarisan . Jerit sekali, satu sekolah dengar *cekak pinggang dengan muka belagak, ahaks!
Setelah kesekian lama nya tak sertai mana mana aktiviti lasak , dan memilih untuk hanya berdugung dirumah - boleh tengok lah kesan dia macam mana muehehe . Makin menggemuks dan pemalas! Kahkah lepastu emosi sendiri tengok badan dah double triple layer daripada sebelumnya . Lepastu sibuk throwback mengenang zaman kurus masa sekolah sambil scroll gambar dalam album facebook yang lama lama .
Kemudian datang peluang untung ber-kembara ke Taman Negara, Jerantu Pahang bersama sama dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Hati kecil ku berkata "wah gempak ni masa ni lah nak aktifkan diri balik" dan side lagi satu di kotak mindaku menghasut "weh tak payah lah , baik duduk rumah . masuk hutan bukan best pun nanti penat , muka hitam"
Lama juga aku berdilemma . Sampaikan actual day nak pergi tu pun aku masih berkira kira 'nak pergi ke tak?' . Tapi cakap dekat diri sendiri , okay bagi peluang untuk cuba . Mana lah tahu , seronok ke kan?
Apa yang ada dalam kepala otak aku ialah lebih kepada rasa takut dengan hutan dan takut untuk camping . Aku takutkan binatang aneh yang mungkin aku akan jumpa dan aku takut dengan cerita yang dimomokkan tentang makhluk makhluk aneh yang ada dalam hutan . Okay kantoi disini aku seorang penakut kihkih . Tambahan lagi aku fobia dengan pacat yang mana parut kesan gigitan pacat tu masih ada dekat kaki aku padahal kena tu masa umur 11 tahun dulu . Dasar pacat durjana!
Tapi Alhamdulillah sepanjang aku dekat Taman Negara, tak ada pula aku experience benda pelik pelik ke, nampak benda pelik pelik ke . Dan aku bebas daripada dicabuli pacat! haha *tepuk tangan*
Kesimpulan yang boleh dibuat , keputusan aku untuk ikut sama join kembara Taman Negara bersama sama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari ni sememangnya satu keputusan yang tidak salah sama sekali! Yang membuatkan trip tu lagi best ialah penyedian penginapan dan aktiviti gempak daripada Hans Rainforest Resort! Dalam entry seterusnya aku akan ceritakan dari hari pertama sampailah hari terakhir kitorang kat sana . Kalau nak tahu, trip kitorang ni selama 4 hari 3 malam tau . Memang syok gileeeelerr :D
Okay jumpa dalam next entry . Thanks for reading gais! :*
1 comment
kesian pacat durjana tu ye.. babab pacat ciked!
ReplyDelete