Nak belajar asas fotografi? Ha jom belajar dengan En Adhadi!

Saturday, January 9, 2016


Bila bercakap tentang fotografi , memang ramai yang boleh ambil gambar. Well, senang je. Point and shoot - hala dan tembak (haha!) lebih lebih lagi sekarang ni rata rata handphone semuanya canggih canggih dan 'application' mudah untuk ambil gambar cantik cantik pun dah banyak tersedia. Tapi! tak ramai yang tahu asas sebenar dalam fotografi ni kan. Main ambil je gambar, kalau di tanya apa itu ISO? Aperture? Shutter speed? Haa menganga lah masing masing . Bukan kau je, aku dulu pun tercengang cengang taktahu. (sekarang dah tahu cewah hehe)

Sejarah aku mula memiliki seketul DSLR bermula 6 tahun lepas...

Sebenarnya bukan aku punya pun . Mama belikan untuk hadiah harijadi Ayah, tapi disebabkan Ayah sibuk tak sempat sempat nak guna kamera ni, tambahan pula dia sendiri tak ada basic photography , asyik pakai auto mode je - maka aku gunakan kesempatan dan peluang yang ada ni untuk 'sukehati' buat macam harta sendiri. Setelah buat buat tak ada perasaan pakai dan simpan camera ni untuk beberapa bulan, akhirnya Ayah macam lupa yang pemilikan kamera tu sebenarnya hak dia dan dia pun kira macam secara tak rasminya memperakui pindahan hak milik kamera tu kepada aku hahaha . Makanya automatik jadi aku punya kamera lah kikikikik .

Tapi gamaknya tak ada rezeki, Farah si perampas kamera Ayahnya tidak bahagia selama lamanya (ayat novel sikit) , atas sebab kekurangan ilmu dan juga hakikat bahawasanya aku memang spesis tak pandai jaga barang, kamera tu makin lama makin aku rasakan 'mulfunction'. Aku pelik kenapa lah gambar makin tak sharp, kelabu kelabu je bila ambik. Setelah diselidik rupa rupanya 70% kamera dan lens aku dah diserang KULAT! Jeng jeng jeng haha. Kulat bunyi macam tak sedap. Kita panggil fungus lah ya. Ha, FUNGUS. Bila hantar ke kedai, tauke kedai tu pun geleng geleng sambil pandang aku berkali kali , mesti dia terpikir pikir macam mana lah aku jaga kamera ni sampai rabak macam tu sekali . Aku pulak? Sengih sengih je depan dia sambil malu - kantoi lah aku tak pandai jaga barang hahaha . Katanya kamera aku ni dah kena kanser. Kalau nak baiki atau bersihkan fungus tu memakan kos yang agak tinggi. K fine! suruh beli kamera baru lettew .

Setelah ditilik tilik aku pun berkeputusan nak beli kamera baru je, di campur dengan perasaan 'ah nyampah lah pakai DSLR, dah lah susah jaga. Aku nak setting pun tak reti' seterusnya menjurus kepada terbelinya kamera baru. Daripada DSLR, aku beralih ke mirrorless camera ; Fujifilm XA1 . Syok pakai! memang best dan mudah. Kecik pun kecik, tapi masalahnya SATU! dia tak dapat tangkap warna sebenar sesuatu subjek . Lagi lagi warna 'emerald green' dan 'turquoise'. 90% penggunaan kamera ni aku tumpukan untuk ambil gambar produk yang aku jual , macam handbag dan jubah. Kalau dah kamera tu tak dapat nak tangkap warna sebenar barang tu, macam mana aku nak 'present' kan pada customer kan? Maka sekali lagi aku 'fed-up' . 

Aku ada satu bilik yang aku khaskan untuk ambil gambar. Ada la setting sikit sikit payung, tripod, ada backdrop sikit untuk aku ambil gambar produk samada aku terkibai kibai jadi model ataupun pakai kan dekat patung. Bila difikir fikir balik, aku mungkin perlu berbalik semula kepada DSLR. Yelah, untuk professional use kan. Makanya , k fine beli lah DSLR semula. Aku jual fujifilm tu dan beli Nikon D3300 . and yea, thats my current camera now. Lens tak ada canggih canggih, pakai kit lens je. Ada rezeki nanti boleh lah beli lens lain, atas budi bicara korang klik nuff aku juga hehehe klik la sekarang :p

*********************
'Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari' 
*********************


Disebabkan aku dah pun kembali menjadi seorang pengguna DSLR, makanya ilmu dan pengetahuan tentang asas fotografi mstilah aku tahu dan kena ambil tahu. Takkan dah pakai DSLR, nak guna auto mode je. rugi la brader!

Alhamdulillah, Allah memang tahu tahu je aku perlukan ilmu baru pasal ambil ambil gambar ni maka datang lah satu peluang yang sangat sangat berharga weeee.

Baru baru ni (2-3 Januari 2016) aku baru je join 'Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari' , bertempat di Agro Farmstay @ Skill Tech Durian Tunggal Melaka. Full entry pasal resort di baca dekat sini ( Lokasi Berseminar dan Team Building Yang Best di Agro FarmStay Melaka ) . Bengkel ni berlangsung selama 2 hari 1 malam. Syok taw! macam macam ilmu asas tentang fotografi yang aku dapat.

Kalau sebelum ni tak berapa nak faham apa itu ISO, shutter speed, aperture dan beberapa lagi setting kamera misalnya white balance dan exposure, ha sekarang ni dah boleh faham dan tahu dah. Kalau orang tanya pun tak ada lah ternganga nganga dan bila nak setting kamera tu, tahulah apa yang perlu ditekan, ditambah atau dikurangkan. Sebelum ni bila setting kamera main belasah je tekan tekan, picit picit ikut sukahati dan 'eh apa aku tekan ni' hehehe. 

Tenaga pengajar yang datang mengajar kitorang hari tu ialah En Adhadi Mohd daripada ADHADI.COM . Kalau korang nak tahu serba sedikit tentang photography boleh lah ke blog en adhadi ni, banyak yang dia kongsikan dalam blog dia taw. Termasuklah tentang produk produk kamera yang baru dilancarkan, asas asas pengetahuan tentang fotografi dan banyak lagi.

Masa kelas haritu ada beberapa aspek yang disentuh oleh En Adhadi mengenai teknik pengambilan gambar termasuklah penjelasan tentang kepentingan pencahayaan, pemilihan latar belakang dan serba sedikit berkaitan komposisi gambar. Ketiga tiga ni penting taw kalau nak hasilkan satu gambar yang bukan je menarik tetapi nampak professional dan berkualiti. Ok meh nak cerita pasal tiga sekawan ni;

Pencahayaan - Perasan tak kalau kita ambil gambar dekat luar atau di kawasan yang cerah, gambar nampak lagi cantik dan kemas berbanding bila kita ambil gambar didalam rumah. Kalau selfie dekat tepi tingkap dan dalam kereta nampak lebih flawless dan bercahaya je muka berbanding ambil gambar selfie dalam toilet hehe. Ha ni semua disebabkan pencahayaan lah . Pemilihan pencahayaan sangat penting masa nak ambil satu satu gambar. Tak boleh main ambil je, sebabtu kalau ambil gambar waktu malam ke, atau dekat tempat gelap, gambar menghasilkan noise dan kualiti tak cantik. 


Praktikal ambil gambar di luar, baru lah pencahayaan cun kan . Hai PCL!

Latar Belakang - Latar belakang atau bahasa 'omputih' nya background, pun penting juga ya dalam teknik mengambil gambar. Takboleh main taram je ambil gambar. Background mestilah kemas dan minimakan warna. Maksudnya kalau boleh background tu bagi 'uniform' je, tak ada banyak benda serabut menggangu yang mana boleh mencacatkan gambar. Macam mana boleh cacatkan gambar? Ha gambar sepatutnya diambil supaya kita dapat fokus pada satu subjek je. dah kalau background serabut, macam mana kita nak tumpukan pada subjek utama kita tu. Mestilah confuse kalau dah subjek tenggelam dengan background. Faham?


Semua tekun mendengar cikgu Adhadi explain tentang background disamping abang Lan menggigih potong lemon dijadikan sebagai prop. Sementara itu di sudut kanan, Ujang cuba keluarkan tali kamera yang tersimpul di leher :p 


Cik Yaya Cendana dan Mommy Julia tengah bersungguh sungguh praktikkan apa cikgu ajar.
Maryam & Kechik dibelakang pulak tengah buat hal memasing 

Komposisi gambar - 'Angle' masa nak ambil gambar penting kan? Silap angle boleh nampak gemuk, tukar sikit angle eh nampak kurus pulak. ha power tak power kuasa angle ni hehehe . En Adhadi turut menekankan tentang teknik close up, negative space dan rule of third masa mengambil gambar. Ketiga tiga ni semuanya berkait dengan cara macam mana kita letakkan subjek kita semasa nak gambar diambil. Contohnya close up, macam yang aku bebel dekat atas tadi, fungsi utama sesuatu gambar ialah untuk bercerita tentang sesuatu, nak fokus pada satu subjek sahaja . Taknak serabut serabut. Jadi untuk meminimakan non-subjek lain yang termasuk sekali dalam gambar, kita perlu gunakan teknik close up dimana hanya fokus sedekat dekatnya sesuai untuk 'highlight' kan subjek tu. Pening tak ayat aku ni? ahaha agak peninglah kan.


Contoh gambar yang diambil masa dekat bengkel haritu. ok tak?


Masing masing muka kusyuk mendengar hehe 

Tapi! kalau korang nak juga belajar tentang fotografi ni dan taknak pening pening cuba fahamkan apa aku merepek dekat atas ; ada cara senang dah taw. Tak payah susah susah pergi bengkel atau kelas, nak belajar sendiri pun boleh

En Adhadi turut menghasilkan beberapa DVD khas yang padat dengan pelbagai info dan panduan untuk mendalam photography. DVD ni semua boleh dibeli dengan harga yang sangat berpatutan setimpal dengan pelbagai info dan tips yang dikongsikan.

Ada 3 DVD mengikut siri berbeza

1) DVD Kuasai Asas Fotografi 
2) DVD Kursus Asas Photoshop 
3) DVD Siri Video Tutorial Adobe Lightroom 


Ha korang dapatkan je DVD ni insyaallah boleh khatam dah bab phorography, eceh hehe. Disebabkan aku dah ada asas fotografi dan serba sikit tahu tentang photoshop, sekarang aku nak fokus dan belajar pasal Lightroom pulak. I choose DVD number 3! *baca guna nada Pokemon*


Cikgu tengok ni Uzu tidooooo!


Kak Dilla nampaknya kurang berpuas hati dengan gambar yang diambil. Cuba lagi kak :p

Kalau ada daripada korang yang berminat nak sertai kelas ataupun nak buat pembelian DVD, boleh lah hubungi secara terus dengan En. Adhadi ye . Ha ni dia punya contact details ; 

Facebook : Adhadi Mohd III
Facebook Page : Adhadi Mohd
Instagram: @adhadimohd
Blog: Adhadi.com



Oklah , kejap lagi nak pergi Event Penyampaian Hadiah Peraduan Produk 'Orang Kampung' di Mahkota Parade, Melaka. Tak sabar nak praktikkan teknik ambil gambar hehehe . Bye gais!

9 comments

  1. Saya suka tgok gambar2 yang awak capture. Cantik sgt.

    ReplyDelete
  2. Cantik gambar farah..nak jadi model farah leh tak?hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you zatie. Haa boleh boleh , nnt kite shoot eh 😘

      Delete
  3. Ada lg ke kursus bengkel fotografi ni hihi..bminat jg nak p ni

    ReplyDelete

On My Instagram