Lokasi berseminar dan team building yang best di Resort Agrofarmstay @ Skill Tech, Melaka

Tuesday, January 5, 2016
agrofarm pusat riadah chalet melaka


Kalau korang 90's babies mesti masa korang korang darjah 6, form 3 atau form 5 pernah kena paksa hadirkan diri ke kem bina semangat atau pun seminar kan? Sebab ketiga tiga waktu ni ialah waktu waktu nak hadapi peperiksaan besar ; UPSR, PMR dan SPM. Masa ni lah nak pergi kem motivasi , nak suntik semangat bagi berkobau kobau nak jawab exam disamping nak belajar teknik menjawab soalan, spot soalan ramalan dan macam macam. 

Kalau dah namanya kem, mestilah ada aktiviti berkumpulan kan. Tidur dalam dorm, lepastu ada buat aktiviti riadah dan team building. Paling tak suka bila ada kem kem ni, kena menghadap aktiviti 'Ekspedisi Burung Hantu' aiseh! tak sukaaaa hahaha sebab aku ni spesis pengecut sikit haha. Tapi sepanjang pergi kem dulu belum pernah merasa game burung hantu yang kena jalan sorang sorang tu. Selalu dengar orang je cerita. Dulu ada sekali tu pergi kem memang dah nak kena main game tu tapi hujan pulak. hehehehe selamatt!!

Ha dah besar besar ni, mesti rindu kan nak fefeling ber-kem kem macam tu? Merasa ber-jungle trekking, main water confidence semua semua tu. Apakata korang kumpulkan kawan kawan ke, family ke jom sama sama buat aktiviti team building nak tak? Meh nak recommend kan satu lokasi best untuk korang organize kan program korang tu.


Resort Agro FarmStay @ Skilltech , Durian Tunggal Melaka


Tempat ni berlokasi tak jauh pun daripada exit tol Ayer Keroh. Nak mudah boleh cross lalu ikut UTEM , tapi kalau korang waze pun insyaallah boleh jumpa. Kalau tak jumpa juga, call aku. Aku tolong tunjukkan jalan eh hehe.

Resort ni memang betul betul bertemakan alam semulajadi . Bersedia untuk meninggalkan hiruk pikuk kesibukan bandar dan rasa tenang tenang je dikelilingi tumbuhan hijau yang sangat menenangkan. Kalau korang tak ada plan nak buat aktiviti kumpulan pun, boleh je nak datang sini dengan ahli keluarga 4-5 orang. Bersantai santai dengan anak anak pun okay. Budak budak pun pasti selesa dekat sini , macam balik kampung je rasanya . Resort ni terletak di atas kawasan seluas 30 tanah berbukit dan rata dan dikelilingi oleh kawasan pertanian dan tumbuhan hijau. Dekat sini ada dusun buah - buahan , ada tasik , ada ladang ternakan dan macam macam lagi memang rasa 'country' sangat , sesuai untuk aktiviti-aktiviti seperti latihan fizikal dan kecergasan, perkhemahan, kem motivasi, kursus, seminar dan sebagainya. 

Dari segi penginapan pula ada banyak pilihan termasuklah ;

  • Villa 14 Bedded
  • River View 2 Bedded
  • River View 6 Bedded
  • Garden View 8 Bedded
  • D’Lodge 6 Bedded
  • Chalet 10 Bedded


Villa 14 Bedded


Suasana didalam Villa


Bilik di dalam villa

Sebagai pembukaan tahun 2016 pada hari sabtu dan ahad lepas (2&3 Januari 2016) sebenarnya aku dan team Kelab Blogger Ben Ashaari baru je ke Resort Agro FarmStay @ Skilltech ni untuk program Bengkel Fotografi. Ha bengkel apa tu? Yang tu kita cite kendian hehe . Buka buka je 2016 dah busy ada program eh? hihi . 

Sepanjang di resort tu, aku menginap di Garden View 8 Bedded room (tak ada gambar la pulok!) Dia ala ala dorm tapi fefeling hotel hehe. Lengkap dengan aircond, hot shower, TV flat screen pun hado! Jangan memain k, siap astro lagi! hihi memang selesa sangat sangat.Tak aci kan? masuk hutan tidur tempat mewah haha.Takpe, kalau korang tak nak aircond aircond, boleh lah menginap di Chalet 10 Bedded. Alahai tapi yang tu pun selesa juga! camne ni? hehe. Pendek kata, insyaallah aktiviti korang sepanjang di resort ni bakal menyeronokkan dan yang penting, SELESA. Bila selesa automatik happy kan kan kan?


Inilah chalet chalet nya. comel kan? Berwarna warni haa .


Setiap chalet boleh memuatkan 10 orang


Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di AgroFarm Stay ni, memang serba serbi lengkap untuk apa juga program yang korang nak anjurkan. Jangan taktahu dekat resort ni ada swimming pool juga ya. Ha seronok lah kalau bawa anak anak kan? Bagi je diorang berendam lama lama, confirm tak meragam hihi.



Lagi kemudahan yang tersedia di sini? 



  • Dewan terbuka 
  • Dewan tertutup
  • Dewan makan
  • Perkhidmatan katering
  • Tapak perkhemahan
  • Bilik mesyuarat
  • Bilik latihan
  • Bilik Seminar
  • Surau
  • Kolam renang
  • Padang
  • Peralatan PA sistem
  • Kawasan BBQ
  • Mini Zoo (Pet House)




Surau Teratai


Kemudahan 'meeting room'


Bilik seminar pun ada ya





Ha ini pula mini zoo di Agrofarmstay ni . Ada kuda, ada kambing , lembu ,  ada macam macam lagi  lah binatang ternakan . Seronok lah, memang dapat dekatkan diri dengan 'nature' gituu . Nikmati hijau hijau , flora dan fauna. Memang tenang sepanjang berada disini . Dusun buah buahan pun ada . Tapi kami tak berkesempatan nak kesana, maka tak ada lah gambor nak share.


View dari dewan terbuka. Haritu kami makan di dewan ni. Tapi di Agrofarmstay ni ada juga disediakan dewan makan khas yang tertutup . Ha boleh nampak deretan chalet warna warni dari sini 



Dekat sini juga disediakan pelbagai kemudahan untuk korang lakukan aktiviti lasak contohnya flying fox dan berkayak . Antara banyak banyak kemudahan yang ada ni, aku terpaling lah suka kan dia punya bilik karaoke! Bilik karaoke dia sangat unik, dalam satu bentuk binaan bangunan yang seakan kasut . hehe comel sangat! dalam bilik ni pula sangat selesa, siap ada aircond okay! lagu lagu yang ada dalam sistem pun semua yang best best dan up to date. Memang enjoy lah berkaraoke dekat sini. Rate bilik karaoke ni pula dikira mengikut jam. Untuk exact rate nanti korang boleh refer pada pihak pengurusan agrofarm ni ya. Aku tak pasti lah pula berapa ringgit sejam .


Syok kan syok kan? Sekiranya ada antara korang yang berminat nak buat tempahan, boleh lah hubungi secara terus kepada person in charge resort ni ;

Encik Bari - 012-211 8246
Encik Mat - 016-209 8623

Untuk maklumat lanjut tentang resort ni boleh juga korang rujuk website ataupun facebook rasmi Agrofarmstay 


Alamat:
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 76100, Durian Tunggal, Melaka 

Untuk cikgu cikgu yang ada bercadang nak adakan bengkel ke seminar ke, boleh lah cikgu cikgu usulkan ini dalam mesyuarat hehe mesti anak anak murid cikgu suka . Dengar dengar rate nya punya berpatutan taw. ha tunggu apa lagi cikgu? tu nombor telefon dah ada, call sekarang ya? :D

15 comments

  1. umah kasut tu kiut bebenor,
    memang akan flashback ler kalau ke tempat mcm nie.
    kembali ke alam persekolahan :)
    meanrik plak tgk chalet warna warni tue

    ReplyDelete
  2. @shark Kay : aah mmg paling suka rumah kasut tu. karaoke kat dalam tu pun selesa sangat

    ReplyDelete
  3. @Yb shehan : nanti ada rezeki kita pergi lagi sama sama hehe

    ReplyDelete
  4. @syima yusuf : aah mmg cantik dan menarik. selesa pon selesa

    ReplyDelete
  5. @cik mimin : hihi memang terbaik! :D

    ReplyDelete
  6. @nadia johari : aah kak mmg best. next time akak join la jugak

    ReplyDelete
  7. nanti boleh la plan datang sini lagi..memang best..

    ReplyDelete
  8. harga macammana ye?untuk team building for 40 orang

    ReplyDelete

On My Instagram