Skincare ZZ by ZAZA ada merkuri??

Friday, December 11, 2015


Fuh bahaya lah sekarang ni kan, ingat senang ke nak cantik? Pelbagai onak duri dan cabaran kena tempuh tau . Sekarang ni dah memang banyak sangat produk kecantikan tersedia di Malaysia ni. Yang local, international sebut je nak yang mana. Dari korea? Dari US? Dari sempadan siam? U nem it baby.

Tapi disebabkan terlalu banyak lambakan produk tu lah membuatkan semuanya jadi tak terkawal. Terutamanya dari segi kualiti dan keselamatan produk. Ada kawan aku sorang ni amalkan Babies Blink (betul ke aku eja ni?) lepastu ....


habis teruk muka dia burn. Kesiannya, kulit rosak, sakit pulak tu. Taktahu lah kalau produk tu memang bermasalah atau kawan aku tersilap beli yang tiruan punya. Sekarang ni dia dalam proses nak pulihkan balik kulit dia. Kena consult dengan pakar kulit, mekap tak boleh pakai. Huuuu sadis sangat kesiannya :(

Tapi ramai sebenarnya yang alami masalah sama macam dia, ada seorang auntie ni dia selalu datang tiap tiap minggu ke rumah kitorang. Kitorang gajikan dia secara mingguan untuk tolong kemas dan cuci apa yang patut dekat rumah tu. Dia amalkan DNARS. Masa awal awal pakai wahh memang flawless gitu. Kemain licin kulit dia. Tapi kusangkakan flawless forever ever, rupanya sendu di tengah jalan . Sampai one point tu, kulit dia jadi macam merah merah dan start burning. Ouchh sakit taw. Tak boleh kena air tak boleh exposed dengan cahaya matahari . Kesiann. sekarang skin dia dah ada kesan parut daripada kesan terbakar haritu. Dia berhenti dulu pakai mana mana produk, nak bagi kulit tu rehat. Dia cuma amalkan sapu sapu gel aloe vera je untuk baiki balik sel kulit yang dah rosak.

Dah banyak kes aku dengar berkaitan dengan produk kecantikan merbahaya ni. Kita sebelum nak membeli tu kena lah selidik dulu. Jangan terlalu percayakan testimoni produk tu . Kadang kadang testimoni tu hanyak lah dibuat buat . Bukan testimoni betul pun .

Antara sebab produk produk ni merbahaya ialah kerana ada nya kandungan bahan terlarang . Apa bahan bahan terlarang tu? Ha korang check balik produk korang bebas tak daripada bahan bahan ni :

DEXAMETHASONE
HYDROQUINONE
MERKURI
TRETRINOIN

nak sebut pun susah haha. Sebenarnya ada banyak lagi 'racun' atau bahan merbahaya yang terkandung dalam produk kecantikan korang tu, tapi yang list atas ni yang paling selalu dimasukkan dalam produk kecantikan untuk memastikan produk tu cepat memberi kesan. Ha takpayah lah kalut nak hasil dalam masa 2-3 hari, nanti baru 2-3 bulan kulit dah rosak. Sebaliknya better semua bawa bertenang, bagi masa dekat kulit tu untuk adapt. Jangan bagi dia stress, nanti dia merajuk hihi .

ZZ BY ZAZA 4 IN 1 SKINCARE ada merkuri ke?

Baru baru ni viral pasal cara macam mana nak test produk kecantikan kita tu ada merkuri ke tak? ha macam mana caranya? Mudah je, cuma ambil sudu besi, kemudian letak sedikit produk keatas sudu dan bakar (cucuh atas api dapur) . Kemudian tengok perubahan pada cecair tu, terbakar atau pun tidak?

Merkuri ni sifatnya macam serbuk warna silver, so bila kita bakar sabun atau produk tu , merkuri akan muncul semula dan produk tu akan bertukar warna. Kalau tak ada kehadiran merkuri, ia akan kekal dengan warna asal, tak terjejas pun.

Ha yang ni contoh produk yang mengandungi merkuri, memang rentung jadinya. Aku tak pasti ni produk apa, aku copy daripada facebook je hewhew.


Sekarang kita cuba pada cleanser ZZ By zaza skincare, tengok apa hasilnya


Yeay bebas merkuri! Jadi gunakan lah tanpa was was . 

Berminat nak dapatkan set skincare ZZ By ZAZA ni? Korang boleh terus hubungi 

Instagram : @zzbyzaza #zzbyzaza
Website : www.zzbyzaza.com.my
Facebook : ZZ BY ZAZA HQ
Email : zzbyzaza@yahoo.com

p/s: Sayangi lah kulit korang. Pilihlah produk kecantikan dengan bijak dan berhemah, sekian kak jemah .




3 comments

  1. Sekarang ni kalau nak beli pape product beli dekat farmasi je sebab takut ada bahan2 yang bahaya semua tu hehe

    ReplyDelete
  2. Hai Farah comey,Kak Sue singgah sini..Farah tak yah susah-susah nak pakai produk kecantikan sebab mmg dah cantek..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt. Pasal babies blink, ana tak sure sangat. Tapi dekat muka ana alhamdulillah ada kesan sikit tapi bila stop pakai, naik jerawat habis. Dnars, mak ana pernah pakai. Muka dia naik jeragat. Bila check dekat laman web, katanya dnars tak boleh pakai. Sekarang pakai dollys pinky, alhamdulillah elok. Kadang-kadang ana pakai madu campur dengan minyak zaitun + lemon then sapu dekat muda

    ReplyDelete

On My Instagram