Masalah cacing : Berapa banyak cacing korang dah ternak?

Thursday, December 10, 2015

Selalu kalau kita makan banyak banyak lepastu kita cakap "weh aku tak kenyang lah" , mesti ada beberapa jawapan yang kemudiannya lazim di dengari ;

"Ko makan tak baca Bismillah eh? "
"Mak aih perut apa kau ni tak kenyang kenyang?"
"Perut kau banyak sangat cacing niii !"

Tapi biasanya jawapan nombor tiga tu kita balas dengan gelak gelakkan aje. Macam aku lah, dulu selalu juga orang cakap macam tu. Sebab dulu aku kurus keding, selambe je makan apa pun tetap maintain kurus. Peh berlagak sangat masa tu haha . Suka eksyen cakap "aku makan banyak mana pun tak naik naik badan" *buat muka sedih tapi dalam hati eksyen - tak senonoh

"Orang kurus kurus ni banyak cacing. Perut kau tak sempat nak dapat makanan,  cacing dah rembat dulu. Sebab tu tak gemuk gemuk" eh yeke? . Sekarang aku dah gemuk, maksudnya populasi cacing dalam badan aku dah makin berkurang lah ye?



Ada sekali tu aku batuk teruk untuk jangka masa lama juga, puas fikir apa lah masalah aku batuk ni. Macam mana nak ubatkan. Petua dah macam macam petua aku cuba. Sampaikan Hilmi bagi teori yang aku rasa paling merepek sekali

"Saya rasa dekat paru paru awak ada cacing lah"

Dis iz ridikules

Aku gelak gelak dan gelakkan lagi .

Tapi dalam masa yang sama aku tiba tiba macam terpercaya dan yakin dengan apa yang dia cakap (secara sulit , sebab kalau aku iyakan depan dia, dia eksyen bagus. ceh!) makanya, senyap senyap aku cuba google serba sedikit tentang masalah cacing ni . Antara info info aku dapat adalah :

"Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara 6 hingga 7 tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun

Cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.

Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan.
Larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.

Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.
Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.Berbanding cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, yang selalu terjadi pada kanak-kanak sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa. "


Nah untuk tatapan awak orang hikhik

Tak terhad kepada kanak kanak sahaja, kita yang dah dewasa ni pun berisiko menghadapi masalah kecacingan. Bila dah terkena kecacingan ni, tak semestinya kita sakit perut je. Ada bermacam lagi symptom yang berkemungkinan korang ada masalah kecacingan :

1.Cacing keluar dari lubang najis atau ada cacing pada najis.
2.Punggung terasa gatal terutama pada waktu malam.
3.Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung.
4.Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.
5.Batuk-batuk yang berpanjangan. *point yang aku tak patut bagi Hilmi tengok*
6.Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak.
7.Mengetap gigi ketika tidur malam.
8.Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.
9.Hiperaktif.
10.Sakit kepala.
11.Sensitif terhadap cahaya.
12.Gusi dan hidung berdarah.


[Info : http://anizyn.blogspot.my/2015/02/simptom-dan-tanda-kecacingan-jangkitan.html#ixzz3tsKoClm8]

Ha cuba korang check balik ada tak symptom symptom macam ni? Kalau ada better cegah awal awal

Kebiasannya kalau kita tanya kawan kawan ke, "eh bila last kau makan ubat cacing?" majoriti nya akan jawab, masa kecik kecik dulu. Fuiyo mesti dah beranak pinak dah cacing dalam badan tu. Aku dah makan dah ubat cacing awal tahun haritu. Kira separuh daripada sanak saudara cacing tu aku dah disposed. hahaha 

Kalau korang ada amalkan supplement atau jamu, tapi tak nampak apa apa kesan ; orang kata badan banyak toksin - so kena lah detox! okay fine detox. tapi lepas detox pun masih tak ada perubahan , ada kemungkinan yang supplement/jamu tu tak berfungsi disebabkan masalah kecacingan dalam badan korang tu.

Pernah tak korang alami gatal gatal di beberapa kawasan tertentu, lepastu kalau sakit susah nak sembuh (dalam kes aku - batuk. sekali batuk memang sebulan lamanya) . Untuk sesetengah wanita pulak ada alami masalah kemaluan berbau (walaupun dah cuba rawat dengan makan ubat cegah keputihan etc) , badan mudah masuk angin , perut jadi sensitif, selalu gastrik dan kadang kadang perut ada bunyi bunyi pelik (fuh scary) ; ha ini pun antara simptom kecacingan juga.

Kita tak boleh ambil tak kisah bab masalah cacing ni sebab kebiasannya kita anggap cacing ni berlonggok dalam usus je sebaliknya cacing juga boleh menyerang/ memberi jangkitan di mana mana bahagian badan kita termasuklah mata, hati , paru paru (okay teori Hilmi lagi =.=" ) dan salur darah.

Memang selalunya orang tak ambil kisah sangat bab masalah cacing ni sebab dalam kepala kita dah mindset "masalah cacing hanya terjadi dalam kalangan kanak kanak je" . Jadinya sekarang, kena mula ambil kisah lah. Pergi ke farmasi berhampiran, cakap nak beli ubat cacing.  Haritu aku beli dalam bentuk cecair, botol kecik . Sedap serius sedap! Rasa macam aiskrim vanilla yang dah cair . Tak tipu ye. Sebotol dalam RM8 kalau tak silap . Minum 1 botol sehari untuk 3 hari berturut . Atau tergantung pada masalah yang korang alami juga lah.




Seeloknya ubat cacing ni kita makan setiap 6 bulan sekali. Tapi kalau masalah korang agak serius, kenalah amalkan 3 bulan sekali. Bagi ruang ruang dalam perut dan badan korang daripada dihuni cacing . Tak ke berselirat dalam usus tu cacing duduk berguling guling keriangan? Tak semua jangkitan cacing tu merbahaya tapi pencegaha awal harus dipertimbangkan demi kesihatan dan kualiti hidup.


Dah jom banteras cacing!



11 comments

  1. nampk gaya kena try jugak telan ni..
    dh coba makan bnyak pun still sama.
    bdn susah benor nak naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dh msuk 2018 dh gemuk ke klu btol ko dh berisi aku pun nk mkn ubat ni gk lh..

      Delete
    2. Skrg dh 2018 dh gemuk ke ko..klu btol gmuk atau berisi aku pn nk try gk lh ubat ni,stiap tahun badan keping je mnjang

      Delete
    3. Ni dh msuk 2018 dh gemuk ke klu btol ko dh berisi aku pun nk mkn ubat ni gk lh..

      Delete
  2. @shark : better telan cepat cepat sebelum tertubuhnya kerajaan cacing dalam badan tu haha

    ReplyDelete
  3. hahahhaa pasni beli ubat cacing la... masak xmakan ni~ die dok disko dlm prot mne boleh huhuhU~

    ReplyDelete
  4. Ahhh that's true ! when I was kid my parents always gave zentel !. Alhamdulillah and they was right ! . And now thanks to them that I'm always in good health :D Phewww . Thanks for sharing post . This is true informative post ! :D Thumbs up

    - Syamsid Blog -

    ReplyDelete
  5. hahaha...aku pun sama gak..aku baru 14 tahun tp badan keding nak mati..malam tadi aku dah try dah makan dua biji ubat cacing mak aku bagi..hari ni nak try makan byk2 tgk naik ke tak badan ni..haa..kalau tak naik jugak macam mana ek?

    ReplyDelete
  6. hahaha...aku pun sama gak..aku baru 14 tahun tp badan keding nak mati..malam tadi aku dah try dah makan dua biji ubat cacing mak aku bagi..hari ni nak try makan byk2 tgk naik ke tak badan ni..haa..kalau tak naik jugak macam mana ek?

    ReplyDelete
  7. Memang membantu.. Dlm mase lbh krg 10 ari ni dh telan 4 dos ubat cacing.. Tp masih terase ad cacing lg.. Dh lame x telan ubat cacing... Ari ni je dh bli lg 2 paket ubat cacing + 1 botol ubt cacing...

    ReplyDelete
  8. tkde apa2 ke makan ubat cacing banyak ?? dlm masa lebih kurang 10 ari da telan 4 dos ?? saya pun mcm tu . da makan ubat cacing . tpi masih ada cacing ???? boleg share tk , bro pinggan mangkuk ?

    ReplyDelete

On My Instagram