Inteemor - Rahsia Kecantikan Luaran dan Dalaman Wanita

Thursday, November 12, 2015

Izinkan selfie perasan duta sekeping, haha

Sekarang kalau tengok dekat instagram tu, ramai betul gegadis cun. Muka sorang sorang perghh 'flawless' orang kata. Mana taknya, sekarang ni berlambak produk kecantikan yang menjanjikan hasil secantik artis korea. Aku ni duk pakai macam macam produk dah, duit habis , putih tak jugak haha .

Tapi itulah, gegadis sekarang banyak fokus kepada definisi cantik tu tertakluk pada ukuran skala warna kulit, warna warni contact lens, dan sekeding keding kaki menggayakan skinny jeans. Hakikatnya nun didalam terselindung masalah yang lebih penting tapi tak diambil peduli.

Cantik cantik tapi bila sampai bulan, derita senggugut. Cantik cantik tapi alami keputihan teruk. Cantik cantik tapi kesihatan dan kecantikan miss-v tak diambil kira. Samalah aku pun, berhabis duit dekat collagen lah, apalah semata mata nak capai matlamat nak putihkan badan, nak flawless kan kulit. TAPI bila bab penjagaan bahagian intim tu aku hampir TERLUPA!

ish ish ish, silap besar lah. Sepatutnya bahagian intim tulah yang lebih extra penjagaan diperlukan. Kulit nak putih boleh tempek bedak, kalau kat situ bermasalah nak ganti dengan apa , ye tak?

Kalau korang perasan (kalau lah kan) buat sesiapa yang ada follow di facebook mahupun di instagram (belum follow? ha follow sekarang! hihi) mungkin ada perasaan yang dalam tempoh dua minggu ni aku ada banyak berkongsikan tentang satu produk ni. Haa produk apa tu? Cuba scroll bawah sikit , jeng jeng jeng







Ini dia, Inteemor Botanical Drink! Satu lagi produk berkualiti daripada syarikat Ephyra. Ini ala ala jamu moden dalam bentuk jus premium. Takpayah bancuh takpayah rebus ke apa. Tinggal tuang atas sudu lepastu minum! Inteemor ni memfokuskan kepada membantu mencantikkan wanita dari dalaman dan luaran. Memang dirumus khas dengan 16 herbal terpilih yang setiap satunya ada kebaikan dan keistimewaannya tersendiri .

Antara bahan bahan yang kita sedia maklum akan fungsinya yang terbaik untuk kecantikan wanita ialah Kacip Fatimah, Manjakani, Pruera Mirifica, dan Sireh. Haa bahan bahan ni kan selalunya digunakan dari zaman nenek moyang kita dulu lagi untuk merawat masalah keputihan lah, nak bagi miss v wangi, nak bagi aset aset pejal , dan nak bagi organ intim tu rapat rapat (bagi yang sudah berkahwin dan melahirkan anak). Takpayah susah susah nak pergi cari bahan bahan tu semua, nak rebus lagi.. kan leceh? Minum je INTEEMOR ni serba lengkap semua ada! Jangan risau, semua bahan dalam ni diambil PATINYA sahaja, jadi keberkesanannya sama macam pergi petik dan rebus sendiri hehe . dah ada cara mudah kenapa nak susah susah kan?


Turut terdapat Habbatussauda dan madu juga taw dalam Inteemor ni. Ada hadis menyatakan bahawasanya baginda Rasulullah saw bersabda bahawa Habbatussauda berkhasiat dan mampu merawat serta menyembuhkan pelbagai penyakit. Inilah salah satu jalan ikhtiarnya, selebihnya kita berserah pada izin Allah untuk menyembuhkan. Disebabkan Inteemor ni turut mengandungi madu, jadi disarankan untuk menggunakan sudu plastik semasa minum Inteemor ni, sebab kalau pakai sudu besi dikhuatiri khasiat madu akan berkurang. Ha sudu plastik korang dapat masa tapau mee goreng mamak tu jangan buang, basuh dan simpan untuk guna nak minum Inteemor hihihi .

Ada BANYAKKKK sangat kebaikan dan fungsi Inteemor ni taw. Sebabkan banyakk sangat, ha korang tengok dalam gambar bawah ni. Ada list lengkap senarai kebaikan mengamalkan Inteemor


Cara pengambilan Inteemor ni berbeza mengikut umur . Tapi kalau contohnya korang taktahan rasa panas, sebab Inteemor ni sediaan herba, boleh lah kurangkan pengambilan tu , mengikut keselesaan masing masing. Tapi kalau tak ada rasa panas panas, minum ikut yang dicadangkan okeh? jangan telan lebih lebih pulak, amboi mentang mentanglah rasa Inteemor ni sedap, nak bantai telan sebotol sehari pulak? hehe .


Setelah mengamalkan Inteemor ni selama dua minggu ( aku amalkan 1 sudu, 2 kali sehari ) , memang boleh nampak dan rasakan perbezaan ketara taw hasil daripada pengambilan Inteemor ni. Antaranya ialah :

Masalah keputihan beransur pulih. Memang agak teruk juga masalah keputihan aku ni. Sampai masa masa teruk tu, memang seharian rasa tak selesa. Rasa macam "eh aku period ke? macam tak je" lepastu nak kena ulang alik pergi toilet sebab nak check. Haih sampai macam tu sekali. Leceh nak solat pun rasa was was je. Tapi setelah 2 minggu pengambilan Inteemor ni, nak kata keputihan tu fully lesap tu tak lah, tapi boleh nampak perubahan pada warna dan kekerapan keluarnya keputihan tu. Rasa lebih FRESH dan selesa. Nak solat pun rasa yakin je, tak ada lah rasa macam 'kurang bersih'.

Inteemor ni juga membantu proses pembuangan toksin  dan buang angin dalam badan. Lancar je taw. Boleh perasan perubahan sebab aku ni spesis susah nak membuang air. Sehari sekali pun susah nak lengkapkan proses perkumuhan. Kalau takdapat nak membuang at least sehari sekali tu dah kira badan bermasalah lah kan? Tapi sejak amalkan Inteemor ni boleh dikatakan hari hari lancar je , badan pun rasa ringan dan rasa bertenaga. Kalau buang air kecil tu pun boleh perasan yang air kencing tak sekotor seperti sebelumnya. Tapi tu bergantung juga pada kadar kuantiti air masak yang diminum seharian. Kena banyakkan minum air masak, baru lah badan ni segar bugar je , ok?

Share kebaikan Inteemor dengan adik merangkap bff . 
Benda baik seeloknya dikongsi kan?

Sebenarnya antara salah satu fungsi Inteemor ni yang menarik minat aku ialah "Membakar lemak berlebihan" dan "mengempiskan perut buncit" . Haha aku ni spesis perut ehem ehem sikit sejak sejak suka makan tengah malam, memang cari penyakit lah kan? Dan aku jenis yang mudah sangat kembung perut, lepastu rasa bloated je dan bila makan susah nak hadam . Antara yang aku notice bila amalkan Inteemor ni juga ialah aku rasa , rasalah kan macam perut tu dah flat sikit haha. Agaknya kalau tambah dengan diet elok sikit, skip makan malam dan rajin buat sit up, mesti perut aku tak boleh lipat lipat dah (i missed old days - zaman perut tak boleh lipat haha) . Part bakar lemak tu mungkin ambil masa lama sikit untuk menampakkan hasil , yelah takkan baru minum sikit dah terus kurus kan? hihi

Bukan aku je yang cakap Inteemor ni berkesan, ada banyak lagi testimoni daripada pelanggan yang berpuas hati dengan Inteemor ni taw. Cuba baca ni ;


Bagi pandangan aku sendiri, memang aku akan teruskan mengamalkan Inteemor ni selagi hayat dikandung badan, ewah! Yelah, dah kalau produk elok, buat apa nak cari lain kan? Dah serasi dengan Inteemor ni, memang jadi teman sepanjang hayat lah gittew. 


Kalau korang berminat nak dapatkan Inteemor ni pun boleh juga. Kita jadi geng sama sama #makinmanis #makinmantap bersama #inteemor hehe. Terus je hubungi pihak Ephyra untuk dapatkan Inteemor ni, boleh hubungi mereka di media sosial ni :

Facebook : facebook.com/oceanlife2u
Instagram : instagram.com/ephyra2u
Website : www.oceanlife2u.com
Emel : info@oceanlife2u.com


Lupa nak cakap, sebotol Inteemor ni RM49 sahaja taw! haa RM49!! produk dipasaran sekarang ada yang mencecah ratusan ringgit, tapi hasil taktahu ada ke tak. Daripada berhabis dekat produk yang belum tentu elok, apakata korang cuba Inteemor ni insyaallah memang berkesan . Opss juga diingatkan produk ni tak sesuai untuk ibu mengandung ye. Sebaliknya amat amat disarankan untuk gegadis anak dara, wanita sudah berkahwin, yang dalam berpantang dan ibu menyusu untuk mengamalkannya.

4 comments

  1. harga dia memang terbaik.
    RM50 jer.

    ReplyDelete
  2. mmg bagus khasiat inteemor..
    semua wanita wajib cuba

    ReplyDelete
  3. @shark kay : aah berbaloi supplement rm50, makan sehari satu sudu je. jimat juga , dan kesan pun best!

    ReplyDelete
  4. @mas saari : hihi betul tu kak. akak pun consume juga kan ? sep sep*

    ReplyDelete

On My Instagram