Jajan feveret saat pramatang






Ingat lagi lah dulu dulu , memang seronok sangat makan pelbagai macam jajan . Kalau depan rumah petang petang tu ada pakcik mamak/ india mai datang naik lori atau naik motor jual roti roti dan jajan . Aku panggil pakcik ni 'babu' . Dari jauh dengar dia duk 'pin pin pin' terus lari keluar rumah sampai kenalpasti bunyi tu datang dari mana hahaha . lepastu jerit dekat Mama cakap nak beli , yelah kena bagitahu . Kang dah panggil dia berhenti, mama taknak bayar 'paa citaa?' . 


Kebiasaanya cukup suka memborong keropok keropok terutamanya Bika perisa ayam, lepastu ada keropok jagung aku taktahu apa nama . Yang tu rasa masin masin masam sikit . Sedappppp! Lepastu beli satu benda alah ni , Dia bungkus dalam plastik gambar aladdin la apa bagai, bila buka ada lagi bungkusan pakai surat kabar . Lepastu bila buka yang tu pulak ada berisi mainan dan coklat lemau haha . Ala ala Dindang, Tora dengan Jojo lah cuma versi murah sikit . Dulu yang tu dalam RM0.20-RM0.30 je . Dindang RM0.80 , Tora RM1.20z Jojo untuk budak budak kaya je. Hat tu RM2.30 kalau tak silap aku . 

Ha inilah Bika, korang pernah makan tak? sedap! (Credit)

Alkisahnya aku rindu sangat dengan jajan jajan ni, tadi pergi jalan jalan 'grocery shopping' ternampak lah bundle bundle makanan taksihat ni semua . Fuhhh jakun okay! Seronok kemain tengok . Rasa nak beli semua . Tapi masalahnya semua ni jual satu bundle besau besau . Kejadahnya aku nak makan semua ni sorang sorang . Memang saja cari penyakit makan jajan camni banyak banyak hahaha . 


Memang macam macam spesis jajan ada ni ha . Dekat bahagian gula gula pulak aku jumpa 'cinggam' (chewing gum) Boomer Man . Aisehh nostalgia habis! Chewing gum ni memang viral lah orang kata dulu. Beli semata mata nak kumpul stiker tattoo dalam cinggam tu . Ala ala ala rindunya kenangan childhood dulu . 


Seronok eh? haha

Sekarang ni budak budak mana layan jajan dah . Taste nak pavlova , durian crepe , pretzels .. aaaaah ngada lah kau! Haha . Apa apa pun, zaman kita dolu dolu juga syok kan? Ini cerita budak budak lahir zaman 90's lah . Kalau yang lagi senior daripada batch ni lagi banyak yang syiok kot. Apa benda faveret korang masa kecik? Meh share meh? 


2 comments

  1. gula² yg ad cincin tu..ohsem sgt

    ReplyDelete
  2. @schafyqa : ha yang tu pun fav juga! tapi susah nak dapat sekarang. dah x nampak dah orang jual

    ReplyDelete

FOLLOWERS