Tuesday, October 13, 2015

Sesi Teh Tarik Bersama Yana Samsudin & Sofeeya Diamond


Lyssa , Kak Ayue Jean & Mehh

Sekarang ni ada banyak sangat lambakan produk kecantikan di pasaran, banyak tu memang banyak , macam macam spesis boleh kita jumpa TETAPI, nak dapatkan yang BERKUALITI dan betul betul BERKESAN tu yang susah! Tak payah tengok jauh jauh, refer pada diri sendiri je , bila ada produk baru , iklan nampak convincing , terus rasa nak beli . Bila dah beli dan cuba, HAMPEH tak ada kesan pun . Kenapa macam tu? Sebab sesetengah produk kecantikan yang dijual dipasaran Malaysia ni rata ratanya di branding sahaja oleh satu atau dua kilang. Dalam kata senang, beli kilo lepastu repack balik. Tak pasti pun akan status kualiti produk tu, berkualiti ke tak, kilang berstatus GMP ke tak, ada HACCP ke tak .. haaa ingat senang ke nak hasilkan satu produk yang bagus? Susah taw.




Sekiranya korang mencari produk supplement kecantikan dan kesihatan yang memang ternyata berkualiti, menggunakan teknologi canggih dalam pemprosesan bahan, disahkan halal, kilang pula berstatus GMP dan mendapat pengiktirafan dari kerajaan (wow!) , korang bolehlah beralih ke rangkaian produk dari SOFEEYA DIAMOND.


SOFEEYA DIAMOND ni bukan brand calang calang ye, memang satu nama dah makin meningkat naik dan dipercayaai dikalangan pengguna atas keberkesannya. Berkesan ke? Berkesan okeh! Aku sendiri tengah consume ni, tunggu nanti kita review dalam entri lain . Antara produk hebat Sofeeya Diamond ni ialah D-Collagen, Fairly Sofeeya , D-Babesjuice, dan D-Berryfibre . Setiap daripadanya memegang fungsi berbeza tapi tujuan yang sama -- UNTUK CANTIK! hehe . D-Collagen dan Fairly sofeeya secara amnya untuk membaiki kulit dari dalam ke luar , boleh putih gebu satu badan taw, disamping merawat masalah kulit bermasalah , dan membantu mengatasi masalah penuaan. D-babesjuice pula khusus untuk memantapkan lagi aset wanita, hehe tengok je dekat main ingredient tu, ada tulis kacip fatimah , manjakani .. memang dah boleh agak untuk apa kan? Haa nak gebu gebu , mantap mantap , bagi suami sayang .. boleh lah start risik risik D-Babesjuice ok? dan seterusnya D-Berryfibre pula. D-Berryfibre ni dirumus khas untuk membantu proses detox dalam badan. Detox penting sangat untuk badan kita taw, sebab walaupun kita buang air hari hari, belum tentu lagi usus kita bersih. Bila usus tak bersih, tulah menjadikan kita mudah sakit , masalah kegemukan dan macam macam lagi. Disamping bantu untuk detox, D-Berryfibre juga boleh membantu dalam mengatasi masalah berat badan, yeay boleh kurus juga!


Korang mesti kenal pelakon pengacara yang comel ayu manis , Puan Yana Samsudin kan? Haa dia lah duta rasmi produk Sofeeya Diamond. Puan Yana pun amalkan produk produk dari rangkaian Sofeeya Diamond ni, sebab tu lah kulit cantikk , flawless je . Badan pun maintain cantik je . Jeles kan? Haip tak payah jeles jeles, pergi minum D-Collagen dengan D-babesjuice tu ! hehe .



Hari sabtu lepas, 10 Oktober 2015, bertempat di Restoran Puteri taman Tun Dr Ismail , aku dan beberapa lagi blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari turut serta dalam majlis Teh Tarik Bersama Yana Samsudin dan Sofeeya Diamond. Majlis petang tu bukan setakat minum teh tarik je taw, sebaliknya dah jadi majlis ilmu juga . Kami bertuah sebab dapat mendengar perkongsian daripada En Amir Faisal, pakar pemasaran Facebook. Sempat lah sedut sedut ilmu tentang cara cara buat marketing secara percuma dan berbayar di Facebook. Memang ilmu yang sangat sangat bernilai. Haa tak lupa juga, masa perjumpaan tu turut menghimpunkan stokis stokis, dealer dan agen rasmi Sofeeya Diamond. Diorang ni lah yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan Sofeeya Diamond harini . Dengan berbekalkan ilmu pemasaran yang dikongsi pada haritu, boleh lah kakak kakak dan abang abang ni mem-power kan lagi sales dorang dalam mempromosikan produk Sofeeya Diamond kan? Produk ni dah hebat, sayang lah kalau tak di perkenalkan pada orang lain. Biar produk Sofeeya Diamond ni jadi meletop letop di Malaysia dan mana tahu di persada dunia, cewahh .


Muka syok dapat goodie bag penuh dengan produk Sofeeya Diamond :D

Pada hari sabtu tu juga, pihak Sofeeya Diamond mula melancarkan Jualan Amal Volume 1 dengan fokus pada pemasaran D-collagen Limited Edition dan juga kolaborasi tudung Ayana , jenama produk keluaran daripada Yana Samsudin sendiri. Menarik kan? Setiap daripada pembelian antara dua produk ni akan diasingkan beberapa bahagian untuk pengagihan ke badan badan amal. Alhamdulillah, sambil shopping sambil beramal.

Terkini,  pihak Sofeeya Diamond dah mula meluaskan lagi empayarnya dengan usahasama bersama Ameelya Mekanik Beauty. Aik kenapa mekanik? Sebab mekanik ni merupakan terms yang biasa digunakan untuk membaik pulih sesuatu, macam mekanik kereta , baiki kereta , mekanik wang , bantu dalam pengurusan wang , ha Ameelya Mekanik Beauty? Untuk bantu masalah kulit pulak.

Produk pertama daripada Ameelya mekanik beauty ni ialah AMEELYA PIMPLE POP. Kalau korang perasan , dekat facebook punya sponsored ads kadang kadang ada keluar tentang produk ni. Fungsi utama memang fokus pada masalah jerawat , termasuklah :


  • Mengecutkan dan mempercepatkan penyembuhan jerawat 
  • Memudatkan parut jerawat
  • Membantu penyembuhan keradangan kulit




Didatangkan dalam saiz 15ml , pakai sikit pun dah cukup. Cuma sapu nipis pada area kulit yang bermasalah. Dah 2 malam pakai, ada juga nampak hasil. Jerawat yang baru nak naik dah terbantut balik haha . Syoknya! Paling syok bila pakai ada rasa sejuk sejuk berangin je, memang nyaman je sebab kandungan utama dalam produk Ameelya Pimple pop ni ialah aloe vera & ekstrak timun.

Berbalik kepada produk keluaran Sofeeya Diamond, terbaru dan yang terpaling latest sekali ialah D-Collagen versi ter-power setakat ni. Kenapa power?  Sebab D-collagen kali ini ialah limited edition, keluar khas  dan diformulasi dengan formula spesial CEREPRON F dari Jepun. Bukan itu je, D-collagen dan rangkaian produk lain daripada Sofeeya Diamond semuanya dihasilkan dengan begitu tertib dan menyeluruh. Bukan bancuh bancuh harini, besok packing. No no no! Produk ni melalui proses R&D dulu (penyelidikan dan pembangunan) selama setahun, setahun k setahun. Dalam masa setahun tu lah nak tengok ada adverse effect ke apa . Mana boleh senang senang buat produk pastu jual kat pengguna. Bagi pihak Sofeeya Diamond, setiap daripada level level dalam proses penghasilan produk MESTI dijalankan secara teliti dan terperinci.


Pengasan produk ni , En Hamka Shahar mengulas bahawa permintaan terhadap produk Sofeeya Diamond especially D-Collagen memang sangat sangat memberangsangkan , memang letop letop ha permintaan . Setakat bulan Ogos haritu je dah terjual sebanyak 50,000 unit taw. Itu bermakna produk Sofeeya Diamond ni memang cenggini haaa (letak emoji thumbsup) Tak lama lagi, produk ni akan mula dieksport ke luar negara seperi Singapura, Dubai dan China . *tepuk tangan*


Dari kiri ; Cik Noor Haniem (Co Founder) , Yana Samsudin & En Hamka Shahar (Founder)

Semoga Sofeeya Diamond dan Ameelya Mekanik Beauty akan terus maju dan sukses dalam menghasilkan produk kecantikan yang bermutu dan hebat! Tak sabar nak tunggu kot kot Sofeeya diamond nak keluarkan produk untuk putihkan gigi ke, mancung kan hidung ke , runcingkan jari hehe (ni ciri ciri yang daku impikan, sobs) hehe gurau je , mana lah tahu makan satu produk boleh all in one menggebukan , dan melansingkan badan ke kan kan? Syoknya kalau ada. tak kalut nak makan banyak supplement. Telan satu dah cukup hehe .


Korang yang berminat untuk dapatkan rangkaian produk Sofeeya Diamond boleh lah dptkan dari agen dan stokis berdekatan. Boleh juga hubungi terus HQ Sofeeya Diamond ataupun direct pi office terus. Ha pilih pilih hehe ,

Sofeeya Diamond
3A25, Level 3A Blok A
No.1 Jalan SS20/27
Damansara Intan
47400 Petaling Jaya , Selangor
Phone : 016-6666619
Email : sales@sofeeyadiamond.com
Instagram : @sofeeyadiamond


Sebaliknya , kalau berminat nak dapatkan produk daripada Ameelya Mekanik, Ameelya Pimple Pop boleh lah rujuk terus ke instagram dan facebook rasmi mereka ya

Ameelya Mekanik Beauty
Instagram : @ameelyabeauty_official


4 comments:

  1. Farahhh....tgk bentuk muka farah sama mcm yana...hihii

    ReplyDelete
  2. Wah...gain knowledge and experience... Siap dpt jumpa Yana lg...best la....

    ReplyDelete
  3. @yaya cendana :bentuk muka jela kot haha. tapi fara lagi booooolat!

    ReplyDelete
  4. @amanda suria : alhamdulillah. memang syiok dapat belaja ilmu fb marketing. haa part jumpa yana samsudin tu yang super best :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...