5 ingredients cookbook : Popsicle Nutella! (2 ingredients)

Thursday, October 22, 2015

Hello gais!  tengok tuu ada column baru khas untuk share dengan korang bermacam macam jenis resepi pasta , desserts , snacks , smoothies dan banyakk lagi yang sedap sedap tapi menggunakan 5 bahan dan kebawah je. Sesuai sangat untuk gegadis bujang , mahupun ibu ibu yang nak mudahkan urusan ceriakan perut husband dan anak anak dengan makanan yang fancy dan sedap! :D

Jadi untuk entry kali ni , kita mulakan dengan resepi paling mudah sekali! Kalau buat ni , mesti sekejap sekejap ada je nak buka peti . Sekali dua ngap tengok tengok dalam peti dah licin ! hehe .


Photo credit : Kidspot

Ice cream nutella ni kalau tak nak gunakan mold ice cream tu pun tak apa. Bungkus bungkus dalam plastik kingkong tu je. Yang selalu orang guna untuk packing ice cream harga 20sen sebatang tu. Lagi senang camtu kan. Tapi kalau nak feeling feeling makan ice cream paddle pop, boleh lah buat dalam acuan ice cream ni hehe.

Bahan bahan :
1 cawan susu penuh krim (full cream) *any brand, tak kisah
1/3 cawan Nutella *nak banyak pun boleh, bagi rasa lagi chocolat-ey .
Cara cara : 
*sangatlah mudah
Blend je kedua dua bahan ni, bagi sampai sebati sebab Nutella kan likat sikit. Selesai blend , masukkan ke acuan ice cream atau plastik ice cream . Sejuk bekukan dalam peti , dah keras nanti boleh lah makan . 

Rasanya setakat 1 cawan susu tak cukup ni hehe. Korang kena buat satu jug kot :p serius kena buat banyak , kalau tak baru makan 2-3 batang dah habis. Lepastu menyesal "kenapalah tak buat lebih hari tu" .

Okay gais, selamat mencuba! :*


4 comments

On My Instagram