Jangan takut bermain dengan warna


Hello awak(s)!

Bercakap pasal warna , lebih lebih lagi dalam pemilihan pakaian , mesti banyak antara kita yang lebih prefer warna warna selamat macam hitam , coklat , biru gelap dan putih . Sebab warna warna gelap ni senang nak match dengan tudung atau seluar apa apa dan juga bersesuaian dengan semua warna kulit.

Tapi tak syok lah, daripada beratus ratus kaler yang wujud kat dunia ni, kita end up pilih 4 warna ni je. Palinggggg paling pun , stick dengan warna hitam je. Takkan raya pakai kaler hitam , pergi bersukan kaler hitam , pergi kenduri arwah pakai kaler hitam , aik takkan baju kawen kaler hitam gak kot?

Sejujurnya (ku tak bisaaa~ eh tibatiba) , aku dulu pun spesis 'black is the new black' , mentang mentang dulu zaman ADIDAS ALL BLACK, logo daun semalu , semua nak kaler hitam. Tudung hari hari pakai tudung hitam. Basuh ke tak , jangan tanya! hahaha. 

Memang semua hitam lah kalau boleh. T-shirt hitam, tudung hitam , seluar hitam , dengan muka aku pun hitam juga masa tu. Pandai sangat dulu, kawad kawad pun pakai thsirt hitam. Mata dah kelam nak pengsan baru tahu haha, gatal pakai tshirt gelap berdiri tengah panas. Memang 'garing' lah kan.

Bila dah menganjak dewasa, dah pandai berpesen (fashion) ahaks , baru lah reti nak switch color sikit. Dah pandai nak color block color bolok hihi . Aku tak berapa nak pasti tona kulit aku ni sederhana cerah ke , cerah ke , bapak cerah ke , transparent .. (?) ke , entah. sebab bawah satu satu lighting aku merasakan "wahh MUNGIL nyeee" (ni dialog produk kecantikan dekat TV3 tu kan?) , and at one point under lighting yang berbeza, aku kelihatan seperti beyonce terlebih 'tan' . Uhuks.

Meskipun aku berani nak bermain dengan warna biru campur kuning , hijau campur kuning , kuning campur merah , merah campur makngah haha merepek dah , tapi aku tak konfiden nak pakai warna cerah. Terutama sekali untuk warna TUDUNG!

Bila mana aku gayakan tudung warna cerah, aku rasa macam kulit aku nampak gelap. Kuajjaq tudung ni overshadow kulit aku. Terus insecure dengan tudung sendiri (apakah?). Jadi aku ambil keputusan untuk tak terjebak dengan warna warna cerah contoh nya coklat cair, coklat milo, coklat teh tarik, coklat teh 3 layer, coklat vico , coklat nini coklat celop hahaha ( terma digunakan seller jual tudung untuk define color tudung tu cmne) , putih , kuning cair, mint blue blablabla. sebab aku rasa errrr huduh(?) bila pakai warna warna ni . (insert emoji berwajah sedih , ada air mata leleh sikit)

Tapi aku duk berkenan dengan warna warna ni , lebih lebih lagi warna dalam kategori coklat terlebih susu tadi tu. Sebab aku rasa warna warna tu sweet dan nampak sophisticated , lagi lagi untuk tudung bermaterial chiffon & satin. 

Pun begitu, ada lah juga aku terbeli sehelai dua . Tapi end up tak pakai juga, haha. Tapi kannnnn, kalau nak tahu lah sejak sejak aku consume D- Collagen Sofeeya Diamond, ehem terus perasan macam "eh dah cerah sikit lah" ahaks. Tiba tiba confident level tu macam up up up sikit, daripada level 3 dia naik level 5, gittuw. Membuatkan aku rasa sedikit yakin nak cuba pakai tudung warna warna yang aku takut nak pakai ni. Dan hasilnya not bad, melainkan kena hadapi kenyataan yang warna cerah cenggini buatkan kebolatan wajahku makin terserlah haha. patutlah orang kata kalau nak nampak kurus pakai warna hitam . 



Okay lah tu kan? Aku rasa seronok pula bereksperimentasi dengan warna, rasa macam tak sabar nak cuba tudung warna warna lain pulak. Sambil sambil tu kena mengigih consume D-Collagen lagi, bagi lagiiii putih gebu mulus ewah!Ha sedikit sebanyak mengenai produk D-Collagen Sofeeya Diamond ni , meh nak cerita .


Malunya, agak terbentang luas muka aku haha. Haritu lagi teruk, 
nampak kering dan kusam. Ni dah okay sikit . yeay!

Produk ni dalam bentuk serbuk yang korang cuma perlu kemam je. Ada juga dalam bentuk serbuk yang perlu shake shake tu, tapi yang aku tengah consume sekarang yang Limited Edition punya. Bagi aku camni lagi mudah, tak kalut nak bancuh bagai. Makan 2 scoop samaada sebelum sarapan ataupun sebelum tidur. Senang kan? Rasa pun sedap, rasa macam berry campur peach. Tak masam sangat, tak manis sangat. Ok ok lah.


Satu lagi benda syiok yang aku suka bila consume D-Collagen ni ialah, sistem perkumuhan berjalan dengan lancar sekali. Aku pun tak berapa nak pasti kenapa, pelik juga kot lah pihak Sofeeya diamond ada claim d-collagen ni boleh untuk detox sekali ke kan, tapi takde pulak. Setelah diselidik, ada kandungan goji berry dalam d-collagen ni. Disamping bertindak sebagai agen antioksida, boleh juga berfungsi untuk detox. weehoo . Penting taw detox badan, bila dah detox baru lah produk yang kita ambil tu lebih berkesan! 

Buat masa ni dah masuk 2 minggu amalkan D-collagen secara konsisten , dan alhamdulillah boleh nampak lah sikit sikit perubahan . Contoh yang agak ketara , pori semakin kecik , dan kulit lagi moist. Nak apply foundation pun nak smooth dan cantik je. Sukanya! Taksabar nak habiskan sebotol ni, lepastu nak repeat order lagi 14 botol haha .


Korang tak nak cuba ke? Kalau berminat boleh lah dapatkan dari stokis dan agen rasmi Sofeeya Diamond . Nak senang , better korang rujuk pada facebook & instagram rasmi diorang.

Sofeeya Diamond
www.sofeeyadiamond.com
3A25, Level 3A Blok A
No.1 Jalan SS20/27
Damansara Intan
47400 Petaling Jaya , Selangor
Phone : 016-6666619
Email : sales@sofeeyadiamond.com
Facebook: https://www.facebook.com/sofeeyadiamondofficial?fref=ts
Instagram : @sofeeyadiamond


p/s : Ni review jujur okay, memang aku consume selama 2 minggu dan rasakan sendiri perubahan pada kulit. 



4 comments

  1. wah makin cantik dia..patutlah guna Dcollagen Sofeeya Diamond rupanya..

    ReplyDelete
  2. Selalu rasa gelap jugak pakai tudung cerah. Nak nak warna putih. Btwa. Friend of mine said we look alike. :D

    ReplyDelete
  3. @yanie yusuf : hehe dcollagen sofeeya diamond rahsianya, ewah! tapi serious amalkan ni memang nampak perubahan pada kulit

    ReplyDelete
  4. @azimah sharipudddin : aah warna putih memang rasa macam x sesuai je. rasa macma kulit nampak kusam. sobs! eh really? wahh tang mana tu kita sama? hello twin! hehe

    ReplyDelete

FOLLOWERS