Sephora Black Card

Friday, September 11, 2015

Yeay it's finally here! Setelah mengigih pergi Sephora berkali kali , akhirnya dapat juga upgrade ke Black Card . *tepuk tangan*



Agak mengambil masa yang lama juga untuk aku upgrade daripada White Card kepada Black Card. Kenapa? Haa ini sebab sebabnya

1) Melaka tak ada sephora. Mengigih aku pergi Sephora kalau balik JB. (Sephora JB terdapat di Komtar, JBCC). kalau tak pun , singgah Sephora IOI city mall kalau kebetulan ke arah selangor/kl.

2) Setiap kali membeli , aku cari barang yang murah hohoho. Masa nak bayar , aku jeling jeling juga bakul masing masing yang beratur tu "huiyo , penuh! Berapa ratus lah habis tu " Tambah dengan bisikan hati yang kedengaran jeles , "eleh bayar guna credit card boleh lah" haha . Apa benda je yang consider murah dekat Sephora tu? Biasanya aku beli lipstick NYX , atau apa apa lah yang range RM30 kebawah. Paling terhina, masuk Sephora setakat beli bath scrunchies dia tu, RM5 seketoi haha. Ghasak kau lah Farah.

Rasanya kebanyakan perempuan , kalau ter-lalu depan Sephora mesti akan ter-berhenti , dan ter-buat muka comel dekat suami/bf nak ajak singgah kejap dan termasuk. Rasanya purata gegadis dalam tu yang membeli dalam 30% je. Selebihnya (macam spesis aku) mungkin struggle cari benda yang murah (gigih pusing semua section, kalau jumpa benda berharga RM5, itu nikmat!) ataupun setakat singgah untuk makeup free sambil menyambil cuba semua makeup tester haha.

Lunyai dah white card aku , punya lah lama nak upgrade ke black card haha

Aku kalau pergi IOI ke , JBCC ke , memang aku terus menuju ke Sephora (tapi rasanya setiap kali sampai mana mana shopping complex , aku target toilet dulu hihi ) . Time tulah bila kau rasa eyeliner kau tak tebal ke, lipstik kau dah hilang sebab minum sirap kenduri tadi ke , kau sesaja nak tambah blusher ke , atau kau nak merasa calit calit perfume mahal , semuanya tidak mustahil di Sephora , eceh. Masa dekat sini lah juga peluang untuk kau nak compare "beza sangat ke benefit ori dengan yang aku beli dekat uptown haritu?" disamping menjadi satu satu nya peluang menjakunkan diri cuba makeup makeup mahal . Kalau boleh semua nak try :p

Kalau niat memang nak membeli ,aku memang direct terus ke section NYX . Sebab aku rasa itu je yang munasabah sikit harganya . Tapi kalau pasang niat setakat nak berjalan je , habis satu kedai aku pusing . Kalau botol makeup fixing spray dekat section Make Up Forever tu macam dah tinggal suku tu , aku punya kerja lah tu hahaha ( macam hari hari pulak aku pergi Sephora eh?) 

Lepas keluar daripada Sephora juga, disamping muka makin berseri , bibir makin merah , akan terdapat juga pelbagai makeup stain dekat tangan  haha. Semua benda nak calit . Tangan kiri dengan tangan kanan dah tak ada ruang dah nak calit. Foundation ada , lipstick swatches ada , nak test eyeliner punya tip pun tenyeh situ juga :p . Haih , bila lah Melaka nak ada Sephora ni?

Berbalik kepada Black Card , yang menariknya bila dah ada black card ni , membolehkan kita mendapatkan jemputan exclusive untuk sebarang private event di Sephora. Macam baru baru ni , aku dapat invitation untuk event "Complimentary Naked Smoky Masterclass" . Event ni kira macam makeup workshop lah , akan diajar teknik teknik makeup menggunakan pallete eyeshadow daripada NAKED. Tapi aku tak join yang ni sebab bertempat di JBCC , dan kebetulan aku ada hal di Melaka . Koser lah nak ke JB semata mata untuk pergi event ni je *flip tudung*





Selain daripada dapat jemputan event macam ni, pemegang black card juga akan mendapat 'VIP ACCESS TO PRIVATE SALE' . contohnya nanti kalau ada sebarang sale , memang exclusively untuk black card member je. So tak ada lah berebut rebut , dan sale price juga berbeza daripada apa yang white card holder dapat.


Kalau kumpul lagi 250 point, korang akan dapat 10% diskaun tambahan untuk pembelian seterusnya. Maksudnya, every new 250 points collected , membolehkan korang dapat 10% diskaun. So kena rajin rajin lah kumpulkan point. Kalau spesis macam aku yang beli barang murah murah ni memang mereput lah tunggu nak kumpul 250 point tu haha.


Dan yang paling paling bestnya , ada 'BIRTHDAY SURPRISE' weeee! Even masa white card holder dulu pun boleh dapatkan few makeup sample / makeup kit masa birthday , agaknya bila dah black card ni mesti lagi best hadiah hadiahnya kan? Bila lah nak November ni ( ehem , saja bagi hint haha )

Tak sabarlah pula nak guna black card ni, taktahu lah bila pulak my next visit ke Sephora . Esok sabtu kan ? Jom pergi ? :p



16 comments

  1. i pun berjenuh la nak tggu convert ke 'blacklisted' sephora ni ...ada 62 points to go lagi ... hikhikhik

    ReplyDelete
  2. Hiii. Boleh tahu tak macam mana eh nak dapatkan white and black card tu? Thanks! 😊

    ReplyDelete
  3. @nabila naat : Hi awak! awak kena apply white card dulu. after awhile, dah kumpul point baru automatik akan di upgrade ke black card. kena spent dan kumpul 250 points dulu.

    ReplyDelete
  4. @Miss Diela : aah agak jenuh nak kumpul point. Suka shopping masa ada hari hari special yang double up the points hehe. Sekarang dah dapat black card yeay! tak lama dah tu awak nak dapat juga black card.

    ReplyDelete
  5. tumpang tanya... automatik ke sephora hantar black card ke rumah? ke kena bagitau sephora dulu? saya ada berapa point je lagi nak capai 250. thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi amy! tak ingat lah pulk haritu macam mana. tapi bila awk dah 250 points tu, awak log in dekat web dia and update details especially alamat rumah untuk diorang pos kan kad. dalam 1-2 minggu macam tu dapat lah :)

      Delete
  6. Hai..nak tanya kalau apply on9 memg x dpt ye kad?abes kalau masa beli kat kaunter org tu xde pulak tanya pape..ade mmberkad ke apa ke..saya pun mereput je lah diam..haha😅

    ReplyDelete
  7. Nak tanya..kalau apply membership on9 memg x dpat eh kad?abes mcm mana?masa beli lipstick pun dye xtanya pape pun kat kaunter ade mmbership ke x..rugilah..haha��

    ReplyDelete
  8. Hai..nak tanya kalau apply on9 memg x dpt ye kad?abes kalau masa beli kat kaunter org tu xde pulak tanya pape..ade mmberkad ke apa ke..saya pun mereput je lah diam..haha😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai deera! alamak sorry faa x sure plak pasal apply online sbb last time faa apply dkt store dia.

      masa apply ada dapat id x?
      next time cuba tanya staff dia, mgkin boleh bantu. tak pun awak email pada sephora

      tapi kalau bru mendaftar , awk akan dpt white card dlu. bila dh cukup point bru dpt upgrade black card

      Delete
  9. Hi! Card tu akan dihantar ke kita or we need to ask for it at the counter? If hantar, how long did it took?

    ReplyDelete
  10. Hi :)

    Card tu akan dipos kan kepada kita .

    Last time dlm 2-3 weeks jugak nak boleh dapat.

    ReplyDelete
  11. Haii. Daftar online yang dimaksudkan tu adalah daftar account kt sephora untuk beli brg dia secara online ke? Klu kita sign up kt website utk beli brg online kita aman dpt kad sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. tak, utk daftar kad ni kena buat dekat outlet :)

      Delete
  12. Macammana nak tahu yang kita dah kumpul 250 point ke belum?

    ReplyDelete
  13. Hai girls, saja nak tanya. Yang orang mekap2 dekat butik dlm shopping mall tu kena bayar ke? Kalau bayar mahal ke? Ingat nak bagi wife chance sentuhan make up profesional.Please reply girls.. this is a random question.

    ReplyDelete

On My Instagram