Aku baru baru lagi menapakkan diri dalam dunia fitness ni (ececeh bunyi macam serius je) , orang kata baru baru nak ada kesedaran tentang kesihatan . Baru nak terkial kial study pasal calorie , baru nak belajar balik pyramid makanan , baru nak mula makan sayur dan macam macam benda baru yang berkaitan.
Bukan hiasan ye, aku makan haha
Juga sesuatu yang baru untuk aku pergi gym. Orang kata workout dekat rumah pun dah okay , tapi aku sebagai seorang yang nak fefeling 'gadis gym' , jiwaku meronta ronta "taknak lompat bintang kat dalam rumah! taknak jogging pusingg padang bola! taknak main badminton depan rumah!" mengada lah kau Farah.
Ok fine , jadi aku pun mulakan survey survey gym yang berhampiran dengan rumah . Adalah berkenan dengan satu gym ni. Memang besar, dia ambil corner lot campur beberapa lot kedai lagi . 3 tingkat atas bawah semua digabung sekali. Kelengkapan semua cukup , treadmill ada banyak so tak ada lah rebut rebut . Siap ada bilik sauna dan steam lagi .
Bila dirisik risik harga , gym ni tak offer harga walkin atau monthly package tapi sebaliknya dia cuma offer yearly membership je. Dimana kau kena lah sediakan sedebuk RM1k untuk bayaran setahun tu . Okay lah bila dikira balik , bahagi 365 hari memang jatuh dalam berapa RM je sehari . Tapi persoalannya "KAU RAJIN KE PERGI HARI HARI??" hahaha .
Belum sign up lagi aku dah fikir macam macam negatif , 'betul ke aku nak pergi gym ni?' 'kalau malas macam mana?' 'kalau cuti sem nanti balik johor, rugi lah!'
Tapi hakikatnya memang patut consider semua tu. Sekurangnya kalau bayar walkin/ monthly boleh lah kita budget budget dengan masa dan keadaan kita pada satu satu masa tu kan? Jadi setelah difikir fikir, aku pun tak jadi sign up . Semangat pun mula luntur , dan aku pun mula men-dugong kan diri semula dirumah.
Sampailah satu hari tu aku buka email, email yang memang khas aku gunakan untuk subscribe newsletters website website yang ada offer sale and deals termasuk lah GroupOn. Biasanya aku tak rajin pun nak baca email email ni, aku login buka email lepastu select All -- Delete. Tapi haritu , mungkin Allah nak bagi can dekat aku , aku terdetik hati nak baca satu satu .
Maka terjumpalah satu 'deal' ni, iaitu 'deal gym access' . Bila ditilik tilik "eh , ni kat Melaka . Dekat mana eh? " dan Alhamdulillah , gym yang aku duk berkenan sangat nak pergi tu ada offer "1-month access" pada harga RM45 sahaja. Bagi aku berbaloi lah , kalau walkin certain gym biasanya RM8-RM15 sekali datang . Ni RM45 untuk sebulan . Dalam RM1.50 satu hari
Taknak tunggu lama, terus aku sambar deal ni! Yeay finally , I'm hitting the gym! *joget joget* Biasanya kalau korang beli mana mana GroupOn deals, korang kena baca habis habis terms and condition. Ada sesetengah deal tu memerlukan korang untuk printkan bukti pembelian dan bawa bersama masa nak redeem. Sebaliknya , ada pula deal yang cukup sekadar korang tunjuk dekat phone je dah boleh redeem. Dalam kes aku ni , memang kena print bagi memudahkan urusan dorang untuk rekod .
Gym dibuka seawal 8.30 pagi sampai lah 10.30 malam. Waktu paling aku suka pergi ialah dari jam 11.00 pagi sampai 1.00 ptg , sebab waktu waktu macam ni tak ramai orang dan lelaki pun tak banyak. Jadinya selesa sikit nak workout . Kalau dah kearah pukul 1 tu memang dah tak ada orang . Aku nak berjoget ke kuak lentang atas lantai tak ada siapa heran , tapi CCTV ada so aku cancel kan niat tu *part terkibai kibai depan cermin aka mirror selfie tu aku buat je walaupun CCTV nampak , haha*
Sebelum habis satu bulan access, aku nak cuba sauna dan steam room dekat gym ni . Mana lah tahu keluar keluar terus mengecut terbakar part part lemak tu. Till the next one!
Post a Comment