Penampilan memang sangat penting , it's a symbol of respect. Dengan pakaian yang sesuai, kerja despatch pun orang ingat kerja lawyer. Betul kan? Sebab itulah penting dalam mencipta imej sesuai untuk diri kita , bersesuaian dengan apa yang melambangkan kita. Contohnya kita kerja jual insurance, kenalah dress up kemas, pakai kemeja, pakai tie dan berkasut smart. Client jumpa pun rasa macam yakin je nak beli insurance dengan kita. Sebaliknya kalau datang jumpa client cuma berseluar jeans dan ber'tshirt', client pun jadi menyampah dan fikir "dia ni nak jual insurance ke nak pergi tengok wayang" .
Sabtu lepas berlangsungnya satu bengkel imej "Style Workshop Wawa Idris with Kelab Blogger Ben Ashaari" bertempat di De Palma Hotel , Ampang. Bermula dari seawal jam 10 pagi sampai lah pukul 5 petang , kitorang dari team #kelabbloggerbenashaari berjaya sedut bermacam macam tips & trick dari cik Puan Wawa Idris dalam memperbaiki penampilan dan bergaya.
Tak sangka, hanya dengan pemilihan potongan baju yang sesuai , dan pemilihan warna dah boleh membuatkan seseorang tu nampak kurus daripada kebiasaan. Memang aku sangat perlukan tips tips macam ni lah hehe
Program bermula seawal 9.30 pagi untuk sesi pendaftaran , Macam biasalah bila nak attend event di KL , aku yang dari Melaka ni kena lah plan betul betul perjalanan. Bergerak dari Melaka pukul 7.30 pagi , sempat lah singgah Seremban untuk breakfast dan tiba di De Palma Hotel pada pukul 9 pagi. Okay awal setengah jam , good job !
Pihak hotel sediakan sarapan juga untuk pagi tu , okay makan lagi! Walaupun pada awalnya aku dah breakfast, tapi bab makan tak boleh tolak . Mesti sambar juga hihi . Semasa pendaftaran , turut dibekalkan satu paper bag penuh dengan pelbagai produk best tajaan daripada SALEES . Mungkin ada daripada kita tak berapa familiar dengan brand Salees ni kan (aku pun sama, ni first time tahu) tapi sebenarnya produk produk Salees ni dah banyak di pasarkan di pasaran antarabangsa taw! Salees mengeluarkan pelbagai produk - sedia dimakan , atau bahasa englishnye 'instant food'. Tengok lah tu , nasi lemak pun ada instant taw. Aku memang jakun kalau jumpa benda benda macam ni . Kalau frozen nasi lemak tu ada lah jumpa , tapi instant nasi lemak? This is new!
Masa breakfast juga kitorang dihidangkan dengan daging salai BBQ daripada Salees. Sedap dan yang penting , Halal! Biasanya daging salai ni kita boleh dapati di kedai kedai non halal kan? Haa ni dah ada yang halal , boleh lah cuba. Sedap taw! Tak tipu :)
Macam kecik je portion, diet lah katakan :p
as seen in picture : daging salai Salees dap dap dap!
Finally dapat bersua muka dengan cik Puan Wawa kita, malam sebelumnya tu aku gigih scroll instagram dia , konon konon getting to know her more lah. Tengok dalam gambar 'eii cantiknya dia, macam artis dah' tapi hakikatnya bila jumpa depan depan terus girl crush! Alahai lagi cantik in real!
Kak Wawa aku panggil (suke hati je) , memang seorang yang mudah mesra . I love everything about her , cara dia bercakap , dia gelak , dia melawak . Aku ambil gambar candid dia banyak kot! Tapi every single shot pun dia cantik juga. Mulut terlopong ke , tutup mata ke pun cantik! Hish jelesnyaa !
kan dah cakap , macam macam mana pun cantik!
Aku suka kan cara di berkomunikasi dengan para peserta , bersahaja , fun , menarik .. walaupun ada gurau gurau manja , heran nya tak nampak childish , nampak adorable ada lah . Mulai semalam juga aku dah assign dia jadi my new role model . Sebagai rujukan untuk perbaiki cara aku komunikasi dengan orang etc . Eye contact , body langguage , cara gelak , cara jawab soalan , cara bagi pendapat semuanya menarik dan tak offensive pun . How lah kakak did that? Ajar please . *puppy eyes*
Why I desperately need this? Sebab aku ada facial expression yang entah hape hape haha. Aku punya muka walaupun dah senyum , orang kata tak senyum. Aku tak reti having eye contact dengan sesiapa aku bercakap , aku punya body langguage lagi merepek sampai orang selalu salah tafsir cakap aku ni kerek ataupun bila over , gedik =.="
Disclaimer : puji puji ni tak ada agenda tersembunyi, ikhlas review gitchu .
Rasanya lepasni aku kena buat personal coaching dengan dia, khas untuk belajar cara berkomunikasi dan built an attitude. Barulah wow attitude wow attire kan? Nak bawa image classy , dan attitude ala ala princess. Huhu , ala ala Kate Middleton maybe?
Dalam bengkel semalam kitorang diajar cara cara pemilihan pakaian bersesuaian dengan majlis yang dihadiri. Sama ada nak kena berpakaian formal , semi formal mahupun santai. Turut dikongsi beberapa sifir khas macam mana nak match kan warna apa dengan warna apa , material baju ini bersesuaian dengan seluar yang material macam mana dan macam macam lagi. Nanti aku sediakan entry khas panjanggggg ok?
Selitkan satu wefie di sini hehe
Antara aktiviti menarik yang dijalan kan sepanjang program ialah sesi mix and match , dan juga sesi menentukan bentuk tubuh badan.
Untuk sesi mix and match tu , kitorang memang dah dimaklumkan awal awal untuk bawa beberapa lagi persalinan baju dan aksesori khas untuk aktiviti ni. Kitorang dibahagikan didalam beberapa kumpulan, dan kemudian, setiap daripada kitorang kena keluarkan segala macam pakaian yang dah kitorang bawa dari rumah dan mula mix and match kan baju baju tu. Memang seronok ! dan alhamdulillah comment yang group aku dapat pun positif je . Maksudnya ilmu yang dah sedut haritu dah berjaya diaplikasi dengan suksesnye , betul tak? hihi
*mix and match session*
Korang tahu tak , dengan dapat kenalpasti mana satu bentuk tubuh kita, lebih mudahlah kita nak pilih baju yang bersesuaian. Dan mudah juga untuk kita aplikasi kan teknik Eyes up dan Eyes Down pada pakaian kita.
kenalpasti bentuk badan untuk pilih jenis pakaian
Kedua dua teknik Eye up dan Eyes down ni berfungsi untuk men-samarkan sebarang kecacatan atau pun kelemahan pada bentuk tubuh kita. Camouflage orang kata. Kira macam contohnya kita ada masalah peha besar , adalah disarankan untuk alihkan fokus kepada bahagian atas badan kita contohnya dengan mengenakan aksesori seperti rantai . Dengan teralihnya fokus , maka bahagian yang bermasalah tu akan kelihatan better atau pun 'unnoticeable'.
Menarik kan? Kalau korang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada cik Puan Wawa Idris ataupun nak dapatkan info tentang bengkel imej yang dia ada anjurkan boleh lah contact dia melalui facebook atau pergi ke website rasmi Wawa Idris
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Wawa-Idris-ImejPatik
Website : http://imejpatik.wawaidris.com/
Yang membuatkan bengkel ni bertambah tambah lagi menarik ialah dengan adanya pelbagai tajaan best best daripada pelbagai pihak . Tajaan makanan , tajaan produk kecantikan , dan juga pelbagai tajaan untuk hadiah lucky draw! Dibawah ni semuanya barisan syarikat syarikat hebat yang sudi menjadi penaja untuk program "Style Workshop Wawa Idris with Kelab Blogger Ben Ashaari" . Terima kasih banyak atas tajaan pelbagai produk hebat!
Haaa nak cerita juga , masa program tu I won myself an exclusive spa voucher from MBH Medispa. Weee! Masa diorang nak mulakan cabutan tu memang doa doa puh kiri puh kanan juga mana tahu ada rezeki kan . Dan Alhamdulillah dapat juga! Masa on the way nak ke KL tu ada juga cakap "Nanti ada lucky draw taw, salah satu penaja tu MBH medispa, ada spa dia dekat dengan Mydin MITC tu , kalau dapat voucher spa boleh la pergi!" hihi nampak mulut iols masin itu hari . Alhamdulillah rezeki Allah bagi kan. Rezeki tak disangka sangka , oleh itu jom amalkan solat dhuha ye kawan kawan *nasihat selingan*
Voucher lucky draw dan beberapa sponsored products
MBH Medispa ni bukan calang calang spa taw, ia merupakn spa yang diiktiraf dan juga sebuah aesthetic clinic. Haa aesthetic clinic ni lah yang buat treatment untuk kurus , shape kan bentuk badan ,buat VShape muka whatsoever , dimana spa yang menggunakan pelbagai alatan khas yang harga riban riban tu termasuklah ada offer rawatan laser dan macam macam lagi rawatan yang kita tak boleh dapatkan di spa spa biasa. Contoh contoh mesin yang most aesthetic clinic gunakan boleh tengok dekat entry kursus pendek aku join di Giat Mara ni (klik sini) . Aku dapat voucher RM100 , dah ada risik risik juga di instagram rasmi MBH Medispa , nak tengok rawatan apa yang diorang tawarkan . Boleh aku redeem voucher yang aku menang ni . Nanti dah redeem aku share kat sini ok?
Contact: Puan Shasha 0137777328
Email: gmanagermbh@gmail.com
Facebook: MBH Medispa
Tak lupa juga, MBH Medispa turut menaja beberapa produk keluaran diorang ni . Kedua dua produk ni disertakan didalam goodie bag yang kitorang terima semasa program . Perla white ni supplement kecantikan yang boleh dikunyah . Aku dah cuba, rasa memang sedap . Masam masam manis macam tu. Sedang menanti sebulan berlalu, tak sabar nak tengok hasil . Mana tahu makin chanteeekk ke, kan? *flips tudung*
Ini lah uncle kay kitee
Haa ni semua gambar gambar yang diambil sepanjang program haritu , gambar gambar cantik ni merupakan hasil daripada Uncle Kay Photoworks . Founder kepada Uncle Kay Photoworks , En Kawaras Yahya ni bukan calang calang taw, dia juga merupakan photographer rasmi untuk event pembukaan cawangan Bella Ammara di Johor Bahru , baru baru ni. Kalau ada yang berminat untuk dapatkan servis photography daripada dia bolehlah hubungi terus Uncle Kay kita ni ya.
Contact- En Kawaras - 0142666486
Email: unclekayproduction@live.com
Instagram: @unclekayphotoworls
Sepanjang program , ada juga rakaman video. Untuk video pula , fully covered oleh pihak Kaio Studio. Selain daripada terer dalam videography , Kaio Studio juga menawarkan servis photography. Banyak client client besar yang dah bekerjasama dengan Kaio Studio , termasuklah Zawara , Anuar Zain dan team Azlan & the typewriter. Haa nama besar semua pun percayakan hasil kerja Kaio Studio, maksudnya Kaio Studio ni memang betul betul gempak la taw!Boleh cepat cepat booking service Kaio Studio untuk majlis istimewa korang , sebab kalau dah gempak mestilah always fully booked heheh. Jangan terlepas peluang ok?
Contact: En Anwar - 0172360967
Email: kaiocreativestudio@gmail.com
Facebook: Kaio Studio
Team Kaio Studio bersama Wawa Idris
Chemboja , Eye master optometrist , serta MBH Medispa ketiga tiganya menaja hadiah untuk cabutan bertuah. Memang bertuah betul pemenang pemenang lucky draw haritu . Mana tak nya , dapat bawa balik cermin mata berjenama , voucher spa RM100 dan juga designer shawl exclusive.
Chemboja ni antara designer brand di Malaysia ni yang mulai terkenal sebaris dengan designer lain . Most of collection yang Chemboja tawarkan ialah koleksi 'RTW- Ready to wear' yang eksklusif dan lain daripada yang lain. Selain daripada fesyen untuk wanita , Chemboja turut menawarkan beberapa rekaan eksklusif untuk lelaki juga. Haa fair and square ok , lelaki pun boleh bergaya sakan dah sekarang! hehe . Untuk tengok koleksi penuh hasil rekaan label Chemboja ni boleh lah hubungi terus contact person diorang ya
Contact : Puan Nis - 013-3448494
Email: nis.ivana@gmail.com
Instagram: Chemboja
Facebook: Chemboja
Seterusnya Eye Master optometrist, okay yang ni memang jeles. Mana taknya , kawan kawan yang menang lucky draw cermin mata daripada Eye Master optometrist ni dapat yang jenama best best semuanya , ada brand crocs lah , hummer lah. Memang seronok siapa yang dapat tu. Bergaya sakan dengan 'spek' mata baru . Korang boleh lah rujuk facebook rasmi Eye Master optometrist ni untuk tengok jenama apa lagi yang dorang tawarkan . Yang pasti semuanya cantik , trendy dan harga pun berpatutan!
Contact: Puan Wan - 0194776999
Email: wnz.eyemaster@gmail.com or kotaoptometrist@gmail.com
Facebook: Eyemaster Optomerist
Tak dilupakan juga tajaan daripada pihak Raja Jannah dan Ratu Jannah untuk hadiah bagi pemenang 'Best dressed'. Raja Jannah dan Ratu Jannah ni ialah syarikat pengeluar produk kesihatan yang fokus pada kesihatan dalam kedua dua lelaki dan perempuan. Raja jannah untuk lelaki, Ratu jannah untuk wanita. Produk ni bukan sahaja bersesuaian untuk orang dah kawin (ehem sebagai ubat kuat hihi) tetapi juga sangat berkesan untuk anak anak dara yang nak menjaga kesihatan dalaman lebih lebih lagi nak merawat masalah keputihan disamping jadikan penjagaan awal badan tu. Kira macam makan jamu lah, bermula dari awal lah baru elok kan. Dah berusia nanti confirm bergetah lagi hehe. Maklumat lanjut berkenaan produk boleh dapatkan di instagram ya
Contact: En Jai - 012-2088553,
Email: kaptjai@gmail.com
Instagram: (1) Ratu_Jannah (2) Owner: Kapt_Jai (3) Owner: Haryati_hashim
Facebook: (1) Raja Jannah (2) Ratu Jannah
Paling seronok bila bawa balik satu goodie beg penuh dengan produk makanan best best tajaan daripada Salees Food. Macam yang aku ada mention dekat awal entry tadi , Salees ni bukan syarikat calang calang taw, mostly produk Salees ni dah menembusi pasaran antarabangsa. My favourite sudah semestinya daging salai BBQ , serious sedap! makan macam tu je , makan dengan nasi ke , atau pun boleh tambah kedalam salad like i did. Memang sedap! Nasi lemak instant tu belum try lagi , nanti dah try entry baru aku menyusul okay ? Berminat nak dapatkan daging salai yum yum yummayhhhh ni boleh hubungi pihak Salees untuk buat pembelian
Contact : En Lufty - 0192862828
Email: mohdlufty@gmail.com
Instagram: Salees_food
Ini event kedua aku join bersama sama dengan ahli #kbba yang lain. Alhamdulillah , kedua dua event yang aku join memang menyeronokkan dan penuh dengan macam macam aktivit menarik. Tak sabar nak juga geng geng kbba yang lain dekat next event. Mesti masing masing dah makin pandai bergaya kan lepas berguru dengan kak Wawa Idris kite? hihi.
Penampilan aku pun nak kena perbaiki lagi. Banyak benda yang baru aku tahu bila sertai bengkel imej haritu. Memang tak rugi taw join bengkel ni. Siapa yang berminat tu boleh cepat cepat contact cik Puan Wawa Idris. Kena ingat, penampilan sangat berkait rapat dengan macam kita tonjolkan personaliti kite. Kalau nak kan personaliti yang penuh dengan karisma , kena lah mulakan dengan penampilan yang menarik. Betul tak?
Untill the next one, sekali lagi terima kasih untuk kesemua ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang sama sama memeriahkan program , terima kasih juga buat abang Ben Ashaari dan tak lupa juga kak Farah Waheeda atas kerja keras menjayakan program ni. And and and terima kasih pada Cik Puan Wawa Idris atas majlis ilmu yang sangat bermanfaat dan million thanks to all the sponsors.
p/s: Makin seronok berblogging bila kita berjemaah , kan?
5 comments
menarik sgt..lain kali ada peluang nak join..ehehe..
ReplyDeleteseronoknya!
ReplyDeletedapat ilmu yang sangat berguna..
bestnya farah..dpt sedut ilmu..dpt baiki penampilan diri..dpt rapatkan ukhwah
ReplyDeletebestnya dpt join... huhuhu
ReplyDeleteTQVM Farah.. patik enjoy my reading.. glad that u enjoy may class..
ReplyDelete