Raikan hari jadi Panda di Zoo Negara dan dapatkan tiket percuma!

Friday, August 21, 2015





Zoo menjadi salah satu tempat yang paling aku suka sejak dari kecik lagi . Disamping dapat jumpa kawan kawan lama ( lawak hambar ) , rasa seronok pergi zoo semata mata nak berjalan makan angin , tenang tenangkan diri sambil jakunkan diri naik train pusing pusing dalam zoo .


Rasa macam dah lama sangat tak pergi zoo. Kalau nak pergi pun fikir 2-3 kali memandangkan cuaca sekarang ni panas memanjang , selalu limitkan aktiviti di luar. Kalau nak keluar pun mesti pilih lokasi yang ada aircond. Nak pergi makan pun boleh tension fikirkan dekat mana ada nasi campur sedap tapi duduk dalam air cond (mengada!)

Kali terakhir pergi Zoo Negara rasanya masa kecik kecik dulu , mungkin masa umur 10-12 tahun . Dah lama sangat tak jejakkan kaki kesana . Dah banyak perubahan dan pembaik pulihan . Siap ada panda lagi tau!

Xing Xing & Liang Liang (beliau merupakan seekor panda) akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-9 hari ahad ni (23 Ogos 2015) dan bersempena dengan sambutan birthday they all disamping turut meraikan new born baby panda mereka, Zoo Negara akan memberikan tiket masuk secara percuma khusus untuk :

1) Kanak kanak dibawah 12 tahun
2) Pengunjung yang menyambut harijadi pada tarikh 23 Ogos

*Promosi untuk tiket sahaja, tidak termasuk untuk tengok panda.


Kalau bosan bosan tak ada apa nak buat hujung minggu ni memandangkan Open house pun dah habis, boleh lah bawa anak anak having fun di Zoo Negara.

Admission Fee untuk tengok panda pula hanyalah RM11 untuk kanak kanak , bawa budak budak tu mesti diorang suka!

Ha kalau nak penjimatan lagi berbaloi baloi, bolehlah buat pembelian tiket secara online, mulai hari ini sehingga 16 September dan dapatkan diskaun 10% ! Best kan?

Jom ramai ramai memeriahkan 'birthday celebration' Xing Xing & Liang Liang ahad ni di Zoo Negara! Jumpa disana ;)

*jangan lupa bawa sekali Mykad & Mykid sekali ya





1 comment

On My Instagram