Thursday, July 2, 2015

BEAUTY : COSMODERM VITAMIN E CREAM WITH ROSEHIP OIL REVIEW





Pernah tak kalau korang duduk dalam kereta lama lama, muka menadah aircond lama lama rasa macam kering ya rabbi , flaky dan kelihatan kusam ? Bukan main lah makeup cecantik masa nak keluar dari rumah , tapi bila kena aircond terus makeup messed up dan kulit hilang seri . Sadis kan? Aku ada masalah ni lah . Masalah kulit kering salah tuning hahaha .




Sebab nak kata kulit kering , sometimes kulit tu jadi berminyak . Kalau korang berspesis kulit sedemikian , jenis kulit ni lebih dikenali sebagai 'KULIT KOMBINASI' . Sesiapa yang ada mempunyai kulit jenis Kombinasi akan menghadapi masalah berminyak di bahagian T-ZONE dan selebihnya di kawasan pipi , atas bibir , dagu etc akan kering .

Untuk merawat kulit kering, salah satu perkara terpenting ialah menitikberatkan kelembapan kulit. So macam mana nak dapatkan kulit yang lembap dan moist ? ( lembap dengan moist sama je kan? -__-)

Gunakan Moisturizer!

Yup! Moisturizer penting taw untuk melembapkan semula kulit. Tak ramai daripada kita yang faham fungsi moisturizer, toner, cleanser. Rata ratanya cuma menggunakan cleanser. Selebihnya tak ambil kisah pun pasal nak menyegar (toning) dan melembapkan ( moisturizing ) kulit. Kalau biasa gigih beli produk pembersih muka yang ada set sekali 3 in 1 cleanser, toner dan moisturizer, mesti cleanser je yang korang habiskan. Yang lagi dua tu buat pekasam sampai expired. Lagi 3 tahun kemas kemas bilik baru jumpa benda tu tergolek bawah katil . hahaha

Korang jangan lupa taw , selepas bersihkan muka gunakan cleanser kenalah diikuti dengan toner dan moisturizer. Toner berfungsi untuk membantu mengecilkan pori muka yang dah terbuka masa korang sental muka korang dengan cleanser tadi tu disamping membantu mem-balance-kan pH kulit dan juga memberikan another layer of extra protection pada kulit korang . Toner sangat penting dan perlu digunakan lebih lebih lagi bagi golongan diantara korang yang hari hari pakai makeup dan sunscreen.

And lastly Moisturizer! Pernah tak korang cuci muka and lepas cuci muka tu rasa kulit tegang ya rabbi , fefeling pakai botox gittchu .  Itu maksudnya cleanser korang pakai tu bersifat agak keras dan telah menarik (stripped away) lapisan minyak pada muka. Kalau minyak langsung tak ada, kulit terlalu kering pun tak elok. Therefore, gunakan moisturizer untuk balance kan semula kelembapan pada wajah agar kulit korang kekal segar, nampak moist moist dan glowing gitchu. Nak cantikk kan?

Cosmoderm Vitamin E Cream With Rosehip Oil

Disebabkan kulit aku spesis zombi, aku menghadapi kesulitan nak dapatkan moisturizer yang betul betul sesuai dengan kulit. Sebab kalau tak sesuai, kulit aku akan cepat breakouts , berjerawat and uglayhhhh -___-

Disebabkan moisturizer yang aku sedia pakai dah pun habis sampai ke colekan terakhir , jadi kena lah mendapatkan stok moisturizer yang baru bagi memberikan bantuan pernafasan pada kulit agar ia kekal flolesss (hahaha floles kewww)

And then I came accross to this product 


Selain daripada produk yang packaging nya comel, aku suka packaging produk yang kelihatan serius macam ni sebab nampak convincing muahaha

Berbekalkan kebolehan aku untuk membaca, aku dapati produk ni agak meyakinkan dan 'macam bestttt je' . Disamping menjanjikan fungsi untuk melembapkan kulit yang kering dan dehydrated, this product also claims that it can :

  • Treat surgical scars
  • Treat acne scars
  • Calm redness and sunburn
  • Return the skin elasticity
  • Reduce stretch marks
  • Help treating the uneven skin tone



At first kalau tengok dekat produk ni tak ada pun tulis 'moisturizer' tapi fokus kan pada fungsi untuk merawat kulit kering tu ofcos berfungsi sebagai pelembap.



Krim ni bukan sekadar krim biasa biasa, its a nourishing cream.Erti kata melayu, krim yang berkhasiat . LOL . Daripada sekadar beli produk yang fokus untuk satu msalah sahaja, lebih baik spent for something yang lagi banyak benefit kan?

Yang menariknya krim ni, dihasilkan dengan kombinasi dua bahan yang memang terkenal dengan fungsi utamanya membaiki dan mempercantikkan kulit iaitu : VITAMIN E dan ROSEHIP OIL


kalau nak explain panjang pasal these two aku rasa entry ni akan jadi boh-san hewhew . Kita preserve untuk entry lain okay?

First Impression

Biasalah first impression iols mestilah berdasarkan the cover meskipun orang kata 'dont judge a book by its cover' . Kotak produk yang comel, ayat ayat yang convincing dan senarai kelebihan sesuatu produk tu mestilah kena stand out pada packaging supaya dapat menambat hati sayaa untuk membelinya .



Melihatkan pada harga yang average , tidak mahal dan tidak murah , RM20.90 (murah lah ni weh) besertakan the fact that its a 'krim yang berkhasiat' , well why not i give it a try . 



Krim ni bersifat thick - pekat , tebal , kental , likat, berladung hahaha - makanya memadai lah pakai dalam kuantiti yang sedikit. Yang dalam gambar ni iols terlebih excited pula lumur banyak banyak kehkehkeh .  Definisi tebal bagi krim ni boleh digambarkan dengan cara - even kau terbalikkan botol ni pun tak tumpah - gitchu . But no worries, cream ni cepat meresap taw! So tak adalah rasa macam lumur minyak masak dekat muka .




Dari segi bau, aku suka. Bau macam produk dermatologist yang acah acah mahal , bau tumbuh tumbuhan pendek kata bau sesuatu yang bila kau bau , boleh agak ia sejenis produk farmasi ( haha boleh eh cmni ) So cream ni tak ada lah bau yang fancy fancy macam body lotion ke apa. Plus, seeloknya pakai lah produk yang unscented untuk kulit muka. But trust me, cream ni tak ada bau yang buat korang rasa uneasy atau pening kepala. Bau yang menenangkan dan memberikan perasaan tengah facial dekat Dermatologica punya spa. Lulz

Cara guna : Boleh digunakan pada waktu siang atau malam . Aku suka reapply moisturizer tiap kali selepas solat. Tapi dalam kuantiti yang sedikit. Memang jadi kewajipan untuk apply moisturizer (together with sunscreen) bila nak apply makeup. Bila gunakan cream ni, makeup jadi lagi stay put dan glowing gitchu . Tapi kalau korang berspesis kulit berminyak kronik , boleh lah apply waktu malam saja . Kalau nak jadikan cream ni sebagai sleeping mask , boleh apply lebih sikit and waking up to a smooth and supple skin ( wink wink*)

Pros

Untuk kesimpulannya aku sukakan bau dan fungsi produk ni . So far memang membantu melembapkan kulit dan buatkan makeup lebih tahan dan cantik (perasan haha) . Untuk treat acne scars tu belum nampak lagi hasil sebab baru lagi aku pakai. Mungkin 2nd jar nanti baru nampak kesan kot. Will update lagi if there's any significant effect

Harga murah (RM20.90) untuk 1000iu. Ala lupa pulak nak mention produk ni ada dalam satu lagi concentration , 3000iu . Yang itu untuk masalah kulit yang level tinggi . Aku pakai 1000iu je sebab sekadar nak gunakan as moisturizer.

Cepat meresap. Meskipun cream ni sangat pekat tapi ianya sangat sangat cepat meresap kedalam kulit. So tak ada lah rasa melekit je muka .

Size yang 'just nice' dan kuantiti yang berbaloi dengan harga . 50gm for RM20.90 . Pakai sikit pun dah cukup. Can lasts up to months ! Berbaloi :D


Cons

So far rasanya macam tak ada ( cecewahh ) . Kalau cons pun biasanya sebab krim ni pekat. tapi disebabkan ianya berupaya meresap dengan pantas kedalam kulit, i've got nothing to complain.

Repurchase?

Ofcourse! Rasanya dah jumpa pelembap wajah yang 'soulmate' sangat dengan kulit kita hehehew. 

If you'd like to give it a try, this COSMODERM VITAMIN E CREAM WITH ROSEHIP OIL can be found at your nearest drugstore or pharmacy. I bought this from Aeon Wellness .

Have fun trying! and jangan lupa yang kakak dah bagitahu kepentingan fungsi moisturizer . Dah pergi cari balik mana kau campak toner and moisturizer kau beli haritu!






























35 comments:

  1. wooaaahhh.. sehat laa muka dia raya ni nanti....
    awak, jaga kesihatan ye...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. @ Elias Zamalhussien : saya tolong jawabkan ye. Produk ni boleh didapati jugak kat Guardians atau farmasi :)

      Delete
    2. thankyou fatin tlg jawabkan :)

      aah boleh dapatkan di watson/guardian/atau mana2 farmasi terpilih.

      Delete
  3. nk tgok kt mana ye tarikh expired produk ni??

    ReplyDelete
  4. haha..tertarik cara farah explain..terus rasa nak beli sekarang jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak fieza boleh start berlari lari anak ke kedai sekarang! haha

      Delete
  5. Replies
    1. hahaha xdela comel pun, cuma skin xde la kering mcm biasa

      Delete
  6. Saye dah pakai cosmoderm ni utk gantikan moisterizer yg lame. Resultnye amat memberangsangkan. Bukan saja muke saye x berminyak, even lps buang makeup, kesan2 jerawat saye sedikit demi sedikit menghilang. Suka produk ni sgt2, selain kesan jerawat hilang, pori2 pun semakin pulih lgpun packaging die, comel dan mcm produk farmasi, wangi, krim die pekat even terbalikkan die x tertumpah tp ringan, cepat meresap dan sejuk. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah produk ni bersesuaian dengan awak. kawan ada yang ada parut chicken pox pun beransur hilang bila amalkan vitamin e cream ni :)

      Delete
  7. Salam nak tanya, bila nak pakai cream ni kena pakai moisturizer lain tak sebelum apply ni? Sebab saya memang dah ada pakai moisturizer, cuma nak try pakai cream lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. tak perlu sebab krim ni sendiri dah berfungsi sbgai moisturizer :)

      Delete
  8. haaaa saya so far dah pakai untuk 1 jar ehehe...nak kena beli lagi..saya beli memang untuk rawat parut jerawat dan parut kaki...so far Alhamdulillah, produk ni nampak membantu...parut jerawat saya pun nmpak makin pudar..cuma masa awal2 je, mungkin baru nak serasi, ada jerawat tumbuh sikit2 huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah serasi. aah parut insyaallah boleh kurang juga. biasanya ambil masa sikit utk nmpk kesan. tp kalau kesan yg laju tu yg bahaya, heee biar lambat asal selamat

      Delete
  9. Produk ni boleh hilangkan burn di muka dan tangan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk muka sesuai dear. utk badan sy x pasti. kawan yang aada parut chicken pox pon elok gak :)

      Delete
  10. Hy.. Nk tyaa.. Mne better ek untk jerawat yg truk? Cosmoderm ataupon dalacin t?? Sedihhh... Muke kjp ok, jjp truk skrg da stop pkai skincare taupon ape2 kat muke. Sblum ni mmbe pnh suh cube cosmoderm ni. N dalancin t jugak. Cma x taw yg mne lg bterr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi :)
      cosmoderm pun sesuai juga utk kulit berjerawat dan sensitif. maybe awk boleh cuba dulu tgok serasi ke tak. dalacin t tu saya xpasti sebab tak pernah dengar. sorry dear

      Delete
  11. ade pencuci muke sekali tak yg bole dicombine dengan pelembap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya pencuci muka tak kisah pun brand apa. bergantung pada jenis kulit awak macam mana. kalau bermyak, pilih yg utk kulit bermyak

      Delete
  12. Boleh aje cmpur..sy kulit berminyak..jerawat jeragat..sy pakai sbln dah..resultnya Sgt baik.tak sangka bkn sj hilang semua,muka putih Dan moist..sy pakai pencuci Dan toner Aiken yg oil..Dan Dan cream ni sbgai krim siang mlm..Alhamdulillah..selamat mencuba

    ReplyDelete
  13. Awake guns sunscreen ape ye?

    ReplyDelete
  14. saya nak tanya, kalau kulit sensitif sesuai ke dgn product ni ye?

    ReplyDelete
  15. kalau untuk kulit yg banyak whitehead, berkesan tak kalau guna ni?

    ReplyDelete
  16. cream ni berfungsi sbgi pelembab & pudarkan parut. utk whitehead / blackhead perlu scrub dan selalu remove makeup bersih2. bru whitehead & blackhead boleh kurang

    ReplyDelete
  17. Salam. Nak tanya produk ni kena sapu kat tempat parut je ke or seluruh muka boleh?😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam jihah hi!
      yes boleh pakai sebagai pelembab satu muka :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...