Jom dapatkan sampel produk secara percuma di Everyday Me!






Masuk entry yang ni kira dah 2 entry aku share pasal benda percuma. Haha,well siapa tak suka benda percuma kan? Melihatkan ekonomi negara yang makin teruk , matawang makin menurun , barang makin mahal , sedikit sebanyak perlu semaikan sifat kedekut dalam diri tu bagi lebih menebal.Hihi bukan kedekut lah , tapi berjimat.Selagi mana boleh jimat kita jimat,betul tak ?




Termasuklah berjimat dalam mendapatkan shampoo percuma! Meskipun bersaiz cenonet ( nama pun sample ) tapi okay lah kan boleh buat pakai 3,4 kali. Jimat juga dah tu. Sample percuma ni boleh korang dapatkan dengan mendaftar di website EverydayMe, iaitu merupakan laman web rasmi untuk produk daripada syarikat P&G. Produk produk P&G yang biasa kita dengar seperti Olay,Pantene,Dove dan Oral B semuanya turut ditawarkan dalam bentuk sample secara percuma di website ni taw! Bukan setakat shampoo je, pencuci baju ke , produk kecantikan dan bermacam macam lagi pun boleh dapat . Tapi ikut juga rezeki kita ada ke tak . Kadang tu ada limit quota untuk sesetengah sample , kalau kita apply cepat , insyaallah boleh dapat .

Untuk mendapatkan sample percuma, first sekali korang kena lah register . Bila dah register , lebih mudah untuk korang dapatkan info paling latest berkenaan sebarang produk terbaru daripada P&G termasuklah juga untuk alert korang sekiranya ada sample terbaru yang company tawarkan.


Bila dah register korang bolehlah dapatkan sample mana mana produk yang ditawarkan . Ada macam macam tau , shampoo , krim malam , sabun basuh baju dan bermacam lagi .



Disamping mendapatkan sample secara percuma, korang juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik taw! cara nya mudah saja, hanya tulis ulasan (review ) mengenai sample yang korang terima di dalam website rasmi EverydayMe . Ulasan yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang . Manalah tahu ada rezeki lebih kan?



Jom daftar sekarang?











3 comments

FOLLOWERS