KBBA Blogger Day - Zoo Negara

Wednesday, August 26, 2015




Entry aku agak ketinggalan sikit . Maappp . Geng geng KBBA yang lain semua dah siap entry memasing , aku baru terhegeh nak update hihi .Korang baca tak entry aku yang sebelum ni? Yang pasal tiket FREE masuk Zoo tu? Haa , ada pergi dapatkan tiket free tak haritu? Kalau tak memang rugilah. Bukan selalu Zoo Negara buat promosi macam tu .





Pada hari Ahad lepas juga telah diadakan Blogger Day bagi kami kami geng KBBA (Kelab Blogger Ben Ashaari) . Blogger Day ni kira macam hari beramah mesra lah antara kami kami dari team #kbba untuk bersua muka, kenal kenalan lagi. Yelah sebab selama ni kenal pun dialam maya je (cewah alam maya) . Time ni lah nak double confirm kan samaada accuracy muka dengan gambar tu 100% ke 10% je , zaman zaman camera 360 dan kecanggihan kamera beautify kan banyak menipu sekarang ni haha :p

Program bermula seawal 9.00 pagi, awal awal pagi aku dah menggigihkan diri lepas Subuh terus siap keluar rumah gerak dari Melaka. Sebab nak ke Zoo Negara tu kan kena lalu MRR2 , ko tahu tahu jelah MRR2 tu kan unpredictable sikit. Jadi untuk mengelakkan dari pukul 9 jadi pukul 11, kita gerak lah awal sikit ye tak?

Sesampainya disana, aku jadi 'blur' sebab sorang pun aku tak kenal . Nak tegur sape pun taktahu . Siap buka instagram sorang sorang untuk identify ni siapa ni siapa haha berguna juga ada instagram ek? Tapi sebelum tu dah ada nombor telefon salah seorang rakan blogger dalam kelab ni juga , so cepat cepat call dia nak cari geng duduk sekali sebab rasa macam dah lama sangat aku duduk tercongok terpinga pinga tepi tembok.


Dua orang kawan baru yeay! Yaya Cendana & Zatie. Sepanjang program berlangsung memang jalan sekali diorang ni je sebab nak tegur tegur yang lain tu segan memandangkan ada blogger lain yang bawa family sekali so tak nak lah kacau pulak.

Tentatif program bermula dengan pendaftaran diikuti dengan sesi pembahagian kumpulan dan seterusnya mulakan dengan tour pusing pusing sekitar kawasan Zoo Negara , yeay!


Aktiviti pertama kitorang mulakan dengan pergi tengok rama rama. Aku yang sememangnya dah lama tak pergi zoo agak kelihatan jakun dan terkinja kinja disitu.Excited mengalahkan budak budak haha.  Maaf kan tingkahlaku saya ye abang kakak.

Taman rama rama ni berhampiran je dengan pintu masuk utama Zoo tu , jalan sikit je dah jumpa. Taman ni dari jauh nampak macam muzim kecik je tapi bila dah masuk rupanya ada attach dengan mini taman disebelah dalam nya. Bila masuk taman rama rama tu rasa seronok sebab  dapat tengok rama rama terbang dengan bebasnya instead of tengok dalam bekas/ akuarium je. Terus fefeling cerita fairy tale menari nari dengan rama rama walhal hakikatnya rama rama pun taknak terbang dekat dengan aku. Punya susah payah aku keras keraskan badan nak minimumkan pergerakan untuk ambil gambar rama rama ni tapi belum apa apa dah terbang. I iz sad. Ini je yang paling cantik aku boleh dapat . Phewwh !



"La la laaa .. kepompong pecah, pom! Jadi rama rama yang indah - Tadaa!"



Ini kira macam food tray untuk rama rama , memang disediakan khas untuk rama rama hinggap dan hisap madu

Program ni bermula dari pukul 9 sampai lah pukul 4 petang . Sepanjang program tu kitorang berkesempatan tengok Animal show , jalan jalan tengok macam macam spesis haiwan termasuklah singa, rimau, tenuk , tapir , beberapa spesis monyet and the lists goes on dan tidak dilupakan dapat tengok panda secara exclusive di Giant Panda Conservation Centre. 






Seramai ramai ni lah geng geng KBBA yang terlibat, meriah kan?



Time ni berjalan jalan sambil dengar penjelasan daripada pegawai bertugas tentang pelbagai spesis monyet , beruk dan beberapa spesis burung dan haiwan yang takde dekat belakang rumah korang .


Sempat juga singgah masuk tengok pelbagai spesis ikan yang daripada berbeza habitat dekat dalam aquarium ni. Ada ikan air masin, air tawar, kolam, paya dan aaa tak ingat dah hehe . 




Hi ikan, what's your name again? Kakak is lupa *__*


Aku suka masuk aquarium ni antara salah satu sebabnya sebab sejuk haha , ada aircond . selepas berpeluh ketiak berjalan kat tengah panas , merasa aircond uh oh nyaman sekali . Sambil sambil tu tenangkan minda yang tengah berserabut dengan pelbagai kerja yang taksiap lagi tu. Bila tengok ikan berenang renang rasa syiok je . Tak sangka pergi aquarium pun boleh menjadi sesuatu yang best. Betul lah orang cakap , nature is the best . Ye tak? Tu belum pergi diving ke apa , mesti seronok rasa taknak timbul haha .

Now fokus kepada kemuncak acara iaitu masa untuk PANDA PANDA! ( sebut - peynda peynda . Gedik! Dush atas dahi )


Beratur dulu sebelum masuk kedalam GPCC 







Tempat panda ni duduk special taw, rumah kita pun tak sespecial rumah panda. Memang menimbulkan iri hati disitu cewah . Siap ada aircond , tambahan dengan air purifier lagi okay! yang ionizer tu untuk neutralkan udara bagi indah berseri nyaman dingin cameron highland (tetiba) . Rumah kau hado? Rumah aku pun tak hado haha . Kemahin mewah hidup kau ye panda , mentang mentang comel .

Bersempena dengan Birthday Panda ni , staff bertugas siap susun makanan dia mengikut bentuk 'love' cewah konon konon birthday cake lah gitu . Kelas sangat! jeles haiwan lain seisi zoo tu , takde siapa kisah nak sambut birthday.


Sepatutnya ada dua ekor panda tapi kitorang dapat tengok bapaknye sahaja disebabkan emaknya baru sahaja melahirkan baby panda (yeay!) dan perlu dikuarantinkan . Kira macam berpantang lah gamaknya . Hm hm hm kalau ada tiga tiga mesti comel . Sedih takdapat tengok baby panda! sobs. 




Bila dah dapat tengok Panda dah rasa lengkap dah program harini sebab memang aim nak tengok panda live pun . Tapi wishlist nak peluk Panda belum tercapai . Kena gi china kot baru boleh gomol gomol sekor .

Dipintu keluar GPCC ( Giant Panda Conservation Center ) ni ada terdapat kedai cendermata . Ada pelbagai benda yang berunsur panda ada dijual termasuk lah keychain , fridge magnet , dan anak patung. Hampir penuh satu kedai semua barang berbentuk panda je . So kalau korang pergi boleh lah beli something untuk kenang kenangan .

Mug panda , patung panda , gula gula panda .. shoooo cute! 

Program kali ini ialah gathering pertama yang aku join bersama sama dengan KBBA , memang fun tapi tak berkesempatan nak ber - 'ice breaking' dengan blogger blogger lain. Sempat balas balas senyum dan hai hai je . Insyaallah akan datang kalau ada lagi gathering macam ni boleh lah berkenalan dengan rapat lagi kan?

Sebelum balik kitorang semua diberikan goodie bags full loads of amazing goodies! Ada pelbagai barangan tajaan khas daripada Cosmoderm , Food Panda dan Zoo Negara. Terima kasih pihak penaja!




Cute bedroom slippers! comel sangat !



Tidak dilupakan , 'honey stick' . Thankyou Zoo Negara :D

Special thanks untuk Kak Farah Waheeda on behalf Kelab Blogger Ben Ashaari dan Kak Zuliana on behalf Zoo Negara atas kerja keras kakaks berdua untuk menjayakan program ni . thankyouu *tepuktangan* . Insyaallah ada rezeki dan kesempatan boleh lah kita bersama sama lagi dalam program macam ni Yeay!






6 comments

  1. seronoknya dapat jmpe rakan blogger

    ReplyDelete
  2. Xlambat.kita sama sama.siap rara ada 2 part lg.letih edit pic.hehe

    ReplyDelete
  3. hi farah salam kenal dari kak anez..tak perasan farah haritu..hehe

    ReplyDelete
  4. @kisah earty : aah alhamdulillah dpt jumpe kawan2 baru

    ReplyDelete
  5. @safurara : hihi busy tak dan dan nak update. ni pun curi masa sikit :p

    ReplyDelete
  6. @sweetlikewhat : hi kak anez <3 salam kenal :) hehe xpe nnt jmpe lg okay

    ReplyDelete

On My Instagram