Forgetting Mr. Garrett

Thursday, June 4, 2015

I've always been a huge fan of vanilla - chocolate - caramel flavoured desserts. Anything comes in these flavour, i'll definitely loved it! Salted caramel cake, vanilla icecream , chocolate pudding .. *drools* Talking about desserts, I love everything tasted sweet. Tak kisahlah ice cream ke, chocolate bar, candies , air manis manis memang suka.

And another favourite kudap kudapan manis, POPCORN!



Selalunya kalau dulu dulu makan popcorn bila pergi tengok wayang je. Kalau bukan dekat wayang pun, still ada orang jual popcorn dekat pasar malam. Tapi yang tu tak best , rasa tawar and sometimes tak pasal pasal rasa masin. Bukan patut popcorn manis ke?

Tapi sekarang dah lain. Kalau dulu nak makan kek bila ada jiran jiran buat birthday celebration untuk anak diorang je, but now bilabila masa ter-scroll instagram nampak red velvet cake, lepastu tiba tiba craving nak makan , you can simply have one at your nearest coffee shop. Trending dah kan sekarang, sejak tahun lepas banyak coffee shop yang ada konsep menarik ada dekat sekeliling kita. I panggil cafe cafe ni ' cafe hipsturrrr' . They're serving great coffee and delicious desserts . I selalu pergi tak beli apa pun sangat. Suka datang ambil gambar je sebab lighting cantik, and banyak dinding kosong yang sesuai untuk pose #OOTD , lol xD

Same goes to popcorn. Kalau sebelum ni makan popcorn masa tengok wayang je, sekarang fefeling tengok drama Akasia TV3 petang petang pun boleh makan popcorn tau!

3 tahun lepas Garrett popcorn start kecoh kecoh among my friend. Maybe dah lama dah Garrett tu dekat KLCC tu but well, excuse us yang duduk ceruk hutan ni. I must say, Garrett popcorn memang supersedap! super caramalized (pelik je bunyi) , manis and i taktahu nak express macam mana. Rasa manis lemak lemak, butter, all and all popped and dancing in your mouth (ekspresi yang melampau)

Tambahan pula Garrett popcorn available dalam ranges yang ada hazelnut lah walnut. (drooling air liur jatuh wehh aihh ). But the problem is, harga popcorn ni mahal!

Tapi memang patut pun mahal, sebab sedap yang amat , plus Garrett popcorn ni dalam category gourmet popcorn. Bukan cikai cikai poporn buat sendiri dalam microwave. Small sized popcorn yang plain punya flavour pun dah berharga RM17 :O (boleh beli satu set Whooper Jr.)

Kalau memang tekak tu tengah nak merasa popcorn gourmet exclusive disaluti caramel lazat bertatahkan hazelnut besar besar boleh lah give it a try. Beli satu bag dulu ke, cukup syarat lah kalau orang tanya pernah makan Garret popcorn tak? *flip hair* of course lah pernah . ihiks

But then after a while, I can now kiss goodbye to Garrett popcorn sebab I dah dapat pengganti ( insert emoji bermata bentuk love )

Tadaaaaaaa ....




*wink* hello gadis berambut popcorn yang sedapp *wave hand*

Ianya sedap, berlemuih dengan caramel, manis dan murah!

Bucket size macam ni baru RM6.90 - RM7.90 . Ada macam macam flavour taw termasuk lah Honey Dew / Black Sesame / Seaweed / Curry / Caramel . My favourite? sila rujuk perenggan pertama.



Merujuk kepada 'berlemuih dengan caramel'


Sebelum ni ada juga another famous gourmet popcorn, Poco Popcorn. Pernah dengar ? Itu pun sedap taw but this one from DailyFresh tasted similar, lagipun lebih murah & gemuk gemuk *plus point for you DailyFresh popcorn*.



'Hmm .. agak agak 2456 saat habis tak satu ni? cukup ke beli satu je? '

Sekarang bila I tengok wayang, sengaja bawa handbag besar sebab nak seludup bawa masuk one bucket ni hihih . Memang biasanya dah beli siap siap & buat makan makan sambil blogging dekat rumah. Bila nak tengok wayang dekat luar, I just grab my bucket and go :p

Ooh oh! Kalau nak dapatkan Garret Popcorn boleh lah dapatkan di KLCC & One utam. yeah sadly cuma ada dua outlet. Tapi boleh lah pegi gigihkan diri beli, sekali sekala makan popcorn berharga set KFC makan sekeluarga.

Tapi kalau nak dapatkan DailyFresh, itu mudah!
Boleh dapatkan di mana mana outlet/kiosk DailyFresh berhampiran. Terdapat lebih 800 outlet/kiosk diseluruh Malaysia taw. Cuba tengok dekat Mydin depan rumah tu, mesti ada punya.

Till then, have fun enjoying your popcorn (cakap pada diri sendiri sambil gendong bekas popcorn dikiri dan kanan)








Post a Comment

On My Instagram