Friday, June 5, 2015

Berbalik kepada asalnya kita


That 'i'm so letih face'

Sejak dari pagi kalut terus pergi rumah makcik untuk ziarah wan (nenek) . Wan dah umur 91, kategori kalau orang selalu sebut , dah uzur. Makcik yang jaga . Pagi tadi dapat phone call katanya wan dah mula kurang bagi respond, pandang pun tak nak, makan tak nak, borak lagi lah tak nak. Susah hati, mula kepala ni nak fikir bukan bukan. Semua sepupu/ sedara mara jauh banyak mengharapkan kami (Wani and me. oh, we're sisters) untuk pergi jenguk jenguk kan Wan & makteh (makcik) memandangkan makteh pun tak berapa sihat dan condition nya pun kurang baik. Terus rushed to Malim (somewhere in Melaka) , sampai sampai memang sedih tengok Wan. Nampak letih sangat. Dah berapa hari suruh makan tapi taknak makan. Makteh cakap "Cuba korang pujuk dia , mana tahu dia nak". Okay, let us try.

And yeap, Alhamdulillah dah mula ada respond, slowly nak buka mulut suapkan sikit sikit air & nestum. Nak makan solid food yang lain dah takboleh sebab tengok Wan macam struggle nak telan. Nampak macam tekak dia sakit. Maybe sebab kurang minum air kot.

Lega dah sikit hati tengok Wan mula beri tindak balas positif. Mula nak berborak, mula nak berpaling muka. At first masa mula mula sampai, dia macam sedar tak sedar je. Mata pun tak berkedip.

Manja taw Wan ni. Mungkin nak orang pamper dia, urut urut sikit, suap makan, cakap manja manja. Mama cakap, manusia ni makin tua makin sikap dia berbalik kepada sikap bayi. Sama lah macam stage Wan ni. Dah mula jadi macam budak budak.

Kita yang jaga ni yang kena banyakkan bersabar. Mama cakap, besar pahala sabar jaga orang tua taw. Segala kerja basuhkan cebok dia, tukar pampers, semua memang kena belajar dan merasa macam mana. Sebab I realize that, at one point nanti kita semua pun jadi macam tu juga. Betul tak? Dan tak lama lagi, Mama & Ayah pula lalui stage tu. Jadi start daripada sini dah kena train diri

Tapi kan, betul lah orang cakap.

"Mak seorang boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga Mak seorang"

Sebab, memang boleh nampak dah depan mata *sigh*

Self reminder, "Ingat Farah, Mama Ayah dah tua nanti, kena jaga baik baik"


Mama yang terpaling gorgeous sepanjang hayat

Selagi mana ada ibu ayah kita, selagi itu lah kena hargai sebaiknya. Perginya ibu ayah kita, maka hilanglah salah satu keberkatan hidup kita. Yang mana segala kejayaan kesenangan kita ada sekarang ni, sebenarnya sedikit sebanyak berhasil daripada doa ibu ayah kita.


Never take them for granted. Even setakat dengar cerita je about someone's childhood pun kita dah boleh imagine betapa susahnya mak dan ayah dia nak membesarkan dia, macam mana dia sendiri boleh lupa? Too bad.

p/s : Seronok dengar Makteh cerita pasal ayah masa kecil kecil. I ada satu perangai yang 'kalau nak tu, memang nak tu jugak!' , and now I dah tahu I dapat perangai tu daripada siapa :p






 Few more 'perangai' I got from my dad :
1) Very fussy (fussy dalam good way lah, fussy untuk dapatkan sesuatu tu pada keadaan yang terbaik)
2) Visionary
3) Suka imagine consequences yang akan jadi ( tak suka ni, sebab banyak fikir pun buat semak kepala haha!)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...