Blogger Contest Riang Ria Raya : Go Pro 4 Dan Duit Raya RM400!

Wednesday, June 24, 2015


Kenapa bila sebut Riang Ria Raya mesti nak sambung ... "bersama Nestle Cornflakes" . Ahh rindu lah raya raya masa kecil . Perasaan excited nak raya tu memang berkobao kobao orang katao ( Eh?) nak dibandingkan dengan sekarang. Feeling raya tu seakan hambar . Sobs

Kalau nak bercerita kenangan raya masa kecil rasanya satu entry tak cukup. Nak kena bahagikan kepada beberapa siri termasuk lah :

Siri 1 : Kisah Farah dan drama taknak puasa
Siri 2 : 15 alasan tipikal cik faghah mengelat puasa
Siri 3 : Top 5 makanan cik faghah curi curi beli daripada babu jual roti makan dalam gelongsor bulat (kantoi)

and more! hahaha . weh nakal gila kau masa kecik eh Farah. Paling takboleh lupa panggil mamak babu yang naik van putih tu , beli air Miranda oren , menyorok minum dalam gelongsor bulat dekat taman . Please excuse me, I was 9 :p

Kisah lama usah dikenang . Meskipun raya sebelum nya setelah saat aku menginjak dewasa (cewah!) kurasakan hambar, namun ku rasakan ada sinar untuk syawal tahun ni.

Because .... (guna rythm lagu Justin timberlake)

Lazada nak bagi duit raya . RM400 hokeh ! tapi paling utamanya main prize ialah seketul Go Pro 4. Aku dah lama usha kecik besar kecik besar je Go Pro sejak dari edisi pertama lagi. Tapi untuk aku beli seketul camera berharga ribu riban semata mata untuk aku kelihatan bulat di dalamnya (fisheye) , aku rasa "tak payah lahhhh , tak penting punnnn ... " jebik mulut habis habisan cari alasan bagi sedap hati sebab tak mampu beli . Walhal dah berapa kali buka website Lazada dah pun survey hari , add to cart tapi tak checkout checkout . kahkah!

My raya will definitely rock! kalau ada Go Pro ni, segala kerabat wan chu, aki alang , tok seman , mak ngah diah , kak long fatimah , busu jang campur jiran sebelah rumah dan ahli JKKK juga boleh turut serta 'muat' dalam gambar . hehehww takde dah la gambar selfie 70% daripada gambar hanya menampakkan tangan iols yang demok tak campur lagi gambar goyang sebab ketaq pegang phone . Lulz


Oh not to forget , bukan sahaja Lazada menganjurkan Riang Raya Contest (dengan kerjasama blogger sayaiday , tetapi sekarang juga di LAZADA MALAYSIA turut berlangsungnya jualan muwahh muwahhh angat ( read : murah murah sangattttt + ekspresi teruju level 82 ) jualan terhebat dengan diskaun sehingga 90% !

Bermula daripada 11 june sehinggalah  15july 2015 akan berlangsungnya jualan eksklusif raya selama sebulan dan SPECIAL "Riang Ria Raya - Jualan Terhebat" bermula daripada 24 June hingga 26 June 2015 (eh hari ini lah!) iaitu 24 hari sebelum perayaan Syawal.

Saranan kakak, better uols shopping cepat memandangkan LAZADA sedang membuat promosi menggila, disamping untuk mengelakkan sebarang masalah common seperti takde size baju mahupun kasut . Hello , 90% kot . Takdenya orang buat buta , confirm sekarang semua tengah rambang mata taktahu nak pilih mana. Dalam shopping cart tu ada kot lebih daripada 15 barang dah eh? hihi dah dah cepat checkout :p

Tawaran eksklusif sepanjang 3 hari daripada 24 June sehingga 26 June ni jangan lupa pulak ye! Dah boleh mula cuit cuit tangan hasben , cuit cuit bodek minta lanjeee (belanja) baju raya .


Okay so as part of this contest's punya terms and condition , kakak kena pilih 3 items yang kakak nak hangat hangat melaram time raya nanti . Eh 3 je? Kakak bagi seploh takpe kot kan? hihi


DRUMROLLSS ....





I'm in love with this one! Jatuh cinta tak bangun bangun . Suka sangat this color, soft cantik . Meskipun tak menepati tema raya tahun ini ( emerald green ) tapi pakai pi openhouse kelab berbasikal pun okay juga kan?



Next choice, ini . sebab membuatkan aku rasa , rasa lah kan .. bakal membuatkan diriku kelihatan lansing heheheww 'kelihatan' pun takpelah meskipun hakikat nya dusta belaka . 




I love everything lace! Rasa macam dapat menyerlahkan kefemininan seorang wanita (cecehh nak cakap dekat diri sendiri sebenarnya ) plus its in tiffany blue! sukanya warna ni (insert emoji bermata love , campur ada drooling sikit sikit )




Berikut demikianlah sudah pemilihan baju cantik dalam wishlist 'Farah - nak - ni - pleasee!'

Di Lazada, terdapat beribu lagi pilihan baju cantik. Kakak cannot tahan nak scroll semua, kakak iz rambang mata. Kakak berjiwa luxury , terus tekan dekat designer punya baju je. Kakak so mengada ahaks! . So korang boleh lah rajin rajin scroll sendiri ya dan segera dapatkan barangan idaman korang tak kisah lah baju raya ke, periuk nasi nak show off dekat jiran ke , whtever you name it di LAZADA . Jangan lepaskan diskaun 90% tu ye!



---------------------------------



Jom lah ramai ramai memeriahkan contest anjuran Lazada ini ! 
berminat nak sertai ? boleh rujuk blog sayaiday untuk maklumat selanjutnya okay :)


2 comments

  1. Meriah raya nanti kalau dapat beli baju2 ni..

    http://www.jiarizaira.com/2015/06/persiapan-hari-raya-bersama-lazada.html

    ReplyDelete
  2. gud luck farah... =) k.yoorin join jugak.. hiks!

    ReplyDelete

On My Instagram