Bebola sotong beserta ikan menari-nari

Wednesday, June 24, 2015

Semenjak dua menjak ni tekak asyik nak makan takoyaki je. Aku tak tahu apa yang menarik dengan takoyaki tu. Adakah sebab dia kenyal kenyal macam cekodok? Atau aku sukakan sos dia yang bau pelik tu? Mahupun sekadar kerana aku terhibur tengok flakes ikan yang menari nari diatas nya?





Kalau siapa siapa yang pernah makan takoyaki mesti boleh notice yang fish flake (bonito flakes) atas takoyaki tu seolah olah menari nari kan? Masa awal awal dulu aku jakun sikit, suka tengok benda aneh tu bergerak gerak ( i know, mudah terhibur -.-" ). Meskipun 99% daripada fish flakes ni rasa macam makan angin je, tapi takoyaki without these, U NO TAKOYAKI


google : Dried bonito fish flakes aka ikan menari nari

Tapi sejak sejak, kau tahu lah barang makin mahal ni, aku jadi sakit jiwa mengenangkan takoyaki 3 ketoi berharga RM5.30. 3 ketul je kot, dah boleh beli nasi goreng usa. Ini benar benar mengundang kemarahan.





Pun begitu, selepas beberapa purnama, aku dapat solusi terbaru untuk mendapatkan bebola sotong berserta ikan menari nari pada harga yang lebih menyejukkan hati. 3 set = RM10 . yeay!

But not so fast, yeay sekejap je sebab dah GST pulak dahh. Blablabla plus GST , current price 3 set -= RM12 . So dalam RM4 untuk satu set berisi 3 bebola indah.

Malangnya buat aku yang duduk di Melaka ni, aku perlu travel sejauh 100km semata mata untuk mendapatkan 3 set takoyaki pada harga RM12. Berlokasikan di IOI CityMall Putajaya, I sanggup demi you baby.

Japan Boat Takoyaki terletak di Lower ground floor Ioi City Mall Putrajaya. Boleh rujuk juga website rasmi untuk maklumat lanjut : Japan Boat Takoyaki Malaysia



Takoyaki ni memang diakui sedap bukan sahaja oleh tekak aku yang aneh ni, bahkan telah di'verify' oleh sekalian pencinta makanan juga. Kalau tak, tak kan lah setiap kali nak beli kena beratur panjang. Dah lah murah, sedap pulak tu . Tulis post ni masa puasa benar benar mengundang .


Tersedia dalam 2 set berbeza. Boleh pilih sama ada nak set A (takoyaki + air ) pada harga RM6 atau set B ( 3 boats takoyaki ) pada harga RM12. Biasanya aku ambil set B . Biasalah, gelojoh kan. Aku datang jauh jauh nak makan ni , beli lah banyak sikit kan . Disebabkan aku rajin usung botol air 800ml kehulu kehilir, maka tak perlu lah aku nak beli air .Daripada beli Ala Carte satu satu, lebih jimat bila pilih combo set B. Makan lah sampai puas ! 




 
Ini kategori short queue. Biasanya lagi panjang 



Meh kakak belanja gambar bebola sotong terulung. Jangan cakap kakak tak payung hehew


Boat - shaped packaging . omey tapi I tak peduli . 
Dapat je terus makan dengan rakusnya 


Ahh sudah. Terliur pulak


Kalau kebetulan pergi ke IOI City Mall, boleh lah singgah dan dapatkan takoyaki ni. Tapi kalau pergi kejap lagi, jangan makan kat situ pulak. Balik nanti baru makan ok. Awak tu pose. Kakak tak nak bersubahat kihkih.

K lah nak pergi Jusco beli takotao yang mahal tu. Nasib lah Farah, sekarang dekat Johor. Dari 100km jadi 200+km semata nak makan takoyaki ni -.-" Koser







2 comments

  1. menariknyaaaa...terasa rasa kat tekak...hihi..

    singgah blogwalking! salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. Makanan ni memang feberet akak jugak nih..first time makan, perghh terus jatuh cinta..tiap kali ade pasar tani sure singgah beli takoyaki nih..

    ReplyDelete

On My Instagram