Thursday, June 25, 2015

Kearah baju raya sedondon! Vol 1


Tahun tahun sebelumnya keluarga aku tak ada pun pakai tema tema raya. Kalau ada pun like 6-7 years back. Bila masing masing dah besar pakat perasan cantik dengan color yang dipilih . Macam 3 tahun lepas, aku perasan cantik pakai warna pink . Lulz chhhhankthek ke?


Tapi bermula semula pada tahun lepas, tradisi pakai baju raya ikut tema tu dah kembali semula dalam keluarga kami. Mungkin sebab dah ada camera elok sikit, baru fefeling nak bergambar satu family pakai baju sedondon. Kalau tahun sebelumnya tu tak ada pun gambar family. Masa raya semua sibuk selfie je pakai camera 1.3megapixel . Baju warna pink nampak macam kena tumpah kuah lontong . Haha! nampak benor kamera murahan .


So this year , we decided to choose 'Emerald Green' color for our Raya! Consideration dibuat atas dasar mempertimbangkan warna yang bersesuaian dengan tona kulit ayah . Lulz . Disebabkan ayah berkulit agak gelap, kami tak boleh lah menggatal nak warna mint blue . Kesepakatan warna dibuat dan semua bersetuju memilih Emerald Green sebagai tema raya Dafri's Family. Yeah!


Apa apahal kena cari baju Ayah dan Haikal dulu. Sebab bila dah settle diorang berdua , kami bertiga takpayah kalut pening dah . Ayah dengan Haikal jauh lebih cerewet daripada kitorang yang perempuan ni cari baju taw. Bila baju diorang dah ada, aku , Wani dan Mama boleh lah memandai mandai pergi survey baju sendiri tanpa perlu susah susah tarik Ayah n Haikal sekali. Kalau tak, baru sampai mall dah ajak balik . Tak syiok , hilang mood excited nak shopping sebab kena rushing hhehe .


Pencarian dimulakan dengan ke shopping mall Plaza Angsana di Johor Bahru. Kalau orang Johor confirm familiar dengan tempat ni. Kebiasaannya plaza Angsana ni sinonim dengan tempat nak mendapatkan baju raya sebab setiap tahun ada diadakan bazar kecil yang menghimpunkan pelbagai booth menjual baju raya.


Pusing pusing tapi tak ada yang berkenan . Sebelum sampai tu dah nampak gambar Aaron Aziz promoting baju Melayu for Jakel sepanjang jalan daripada rumah nak ke Angsana dekat tiang tiang lampu . Tapi tak ada siapa ambil kisah pun . Bila ayah dah tak dapat cari baju yang dia berkenan , aku terus cakap "Ayah cari baju dekat Jakel jelah, ada baju melayu Aaron Aziz. Nak acah handsome macam Aaron Aziz boleh lah beli" . Mula mula bergurau je sebab sebelum ni pernah juga ajak Ayah pergi Jakel tapi dia tak pernah nak . Tapi kali ni dia setuju .  Well okay, jom pergi






Jakel terletak berhampiran dengan Plaza Angsana tu. Kawasan sekitar Jakel tu pula dah banyak dihujani pelbagai butik butik femes dan butik vendor. Turut terdapat butik CalaQisya, Radiusite , Rina Salleh Collection dan Sugarscarf dekat situ. Makanya, nak pergi ke Jakel tu kena menggigih cari parking . Pusing punya pusing Alhamdulillah ada rezeki dapat parking.


Dari luar Jakel dah nampak memang ramai orang tengah shopping sakan. Dekat kawasan pakaian lelaki terutamanya. Semua gigih nak handsome n sado cam abang Aaron Aziz ( termasuklah Ayah dan Haikal, haha)


Pencarian di Jakel agak mudah memandangkan warna pilihan untuk baju melayu pun ada banyak dan tone warna Emerald Green yang kami nak pun ada . Alhamdulillah . Memang kena cepat cepat beli . Biasanya orang cakap "Alaaa raya lambat lagi , beli nanti nanti pun boleh ." Tapi masa beli 'nanti' tu lah size tak ada lah , color yang nak tak ada lah blablablaa masalah yang membuatkan diri cranky sepanjang hari .




Yup, this color :D

Baju Melayu Aaron Aziz ni berharga RM129 beserta sampin percuma. Walaupun muka Ayah menampakkan reaksi 'alaaa takcantik pun' tapi gigih iols suai padankan dengan warna yang cantik dan sesuai nak bagi Ayah nampak handsome macam Aaron hehew . Bodek bodek gitchu .

Okay sekarang , baju Ayah dan Haikal dah settle . Next up? For us ladies :D ( Me, Mama & Wani )









9 comments:

  1. Angsana tempat bermain.Untunglah ada baju raya.Gua butang baju pun takde..





    Btw,salam perkenalan...*lambai tangan*



    ReplyDelete
  2. Tahun lepas kite beli kat jakel jugak... tapi jahitan dia mcm tak memuaskan laa... So tahun ni decide awal2 tempah jahit baju. Tahun ni, kitew n husband warna merah.. heheheh.. nanti nak cari satu lagi baju raya. warna biru kot. heheheh. eh eh.. Mcm JDT pulak Merah Biru kan. hehehehe

    ReplyDelete
  3. pasal tema baju raya 1 family pon baru buat. tahun lepas start seragam hihi

    ReplyDelete
  4. baju kurung pink belacan tu mengancam!

    *hai, salam kenal ><

    ReplyDelete
  5. @saripkumbang : hehe insyaallah rezeki berbaju raya tu ada nnti ;)

    ReplyDelete
  6. @semutsenyum : haha kalau nak JDT punya theme, boleh beli songkok JDT sekali . kemain songkok color merah biru putih :D

    ReplyDelete
  7. @myraazraf : yeay kita geng! sep sikit :D
    @zyraroxx : hai awkk! suka blog awkk :D

    ReplyDelete
  8. Lama saya tak beli baju melayu dah. Malas nak beli sebab pakai setahun berapa kali je. Tapi hijau tu mmg lawa. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...