Tuesday, October 22, 2013

Hari ini nak cakap #1

{assalamualaikum}

sejauh mana kau boleh lari dari masa lampau kau?
benci mana pun pada masa lampau , mesti sesekali memori tu menerjah semula dekat kotak fikiran .

-- ayat novel

keluh kesah aku hanya Allah yang mengerti . Kita hari hari mesti akan penat dan letih nak melayan pelbagai ragam manusia di sekeliling kan?
Hari hari di sajikan dengan bermacam macam ujian, hari hari berdepan dengan orang yang kita tak pasti sama ada suka atau benci apabila kita berjaya? ketawa atau bantu ketika kita jatuh .
Hakikatnya kita tak pernah dapat nak puas kan hati semua orang . Dan tak boleh nak pastikan semua orang suka kan kita , meskipun kita asyik cakap "aku dah buat baik dengan dia, tapi dia buat tehi je"

sedangkan rasulullah saw juga teruk dicaci maki pada saat dia ingin berdakwah, di baling batu , di campak kan najis dan bermacam lagi cara beliau di hina. Tapi beliau tetap senyum dan tidak pernah mengeluh walaupun sekali .
Allah allah allah berikanlah aku sekuat kuat hati dan sehebat hebat kesabaran untuk melalui segala ujian yang telah kau tetapkan pada aku .

Sesungguhnya tiada satu pun ujian yang tak mampu kita kendalikan , sepertimana termaktub di dalam kalamullah alquran kareem ,

surah al al baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Haihh dah kalau Allah janji camtu , nak risau apa laginya . senyumm saja dan oh , SABAR & SOLAT .

:)

Sunday, October 20, 2013

#Throwback : 01

{Assalamualaikum}

Berdiri di tempat mana aku tengah berpijak sekarang , lepastu pusing belakang , confirm rasa nak menangis . Menangis sebab malu , menangis sebab rasa bodoh , menangis sebab menyesal . Feeling yang paling femes sekali bergumpal dalam hati aku ialah , perasaan nak putar balik masa dan baiki segele gelenye .

Nak baiki dan halang faghah yang lama daripada buat keputusan cembods (macam bodoh) yang dah pun aku buat dulu pffttt .

#Throwback .

Aku ingat lagi , aku dulunya memang sukakan kecantikan . (sekarang pun sama) tapi dulu punya sukakan kecantikan tu tahap melampau . tahap -perasan-kau-lawa-sangat gituw . confirm nak pakai yang pelik pelik , yang lain dari orang lain . turban , lilit sarang tebuan , hana tajimu , yuni dan segalanya aku dah try . sampai tahap kalau aku tak melawa , terus ada confident disorder . murung , resah , gundah gulana gemalai diri ni .

Sampaikan kadang tu aku nak melawa tak kena tempat , apatah lagi tak kena gaya . memang kelaut lah kan , kemain gemar pakai skinny jeans , leggings , jeggings blablabla . baju kalerful meriah bombay tribal?galaxy?chevron?tie dye bagai semua aku dah try . nak melawa tak salah , tapi cara dan gaya aku yang terpesong -.-

Dulu mak aku suka bebel 'apa kau suka sangat pakai seluar ketat nampak !#$#%#% !!' langsung sebelah mata pun aku tak pandang . well , hati tengah keras memang cenggitu . Dia belikan seluar yang straight cut , haram aku tak pakai . siap baik hati pi sedekah kat orang . Hmm hmm hmm 'baik' sangat perangai tu farah .

Pernah ada sekali tu , aku pergi sekolah adik aku untuk acara apa aku tak ingat . Hamvoi bergaya diva tak hengat . Let me describe ;

sleeveless top orange color , blazer bunga bunga , acid washed skinny jeans , platform heels , bib necklace dan gaya lilit tudung yang confirm bila upload gambar kat facebook orang comment 'TUTORIAL PLSSSSS CEMANA BUAT GAYA NIII' . Melangkah dengan perasaan 'kau hado?' masuk ke sekolah tu . kemain perasan lawa ler tu . Then ,  ada 2 girls passed by , pandang atas bawah dan berlalu pergi . but masa dia dah jauh sikit tu , boleh pulak aku tangkap apa yangg dia cakap :

"Mak kite kata , kalau nak pakai camtu baik takpayah pakai tudung"
"Mak kite kata , kalau nak pakai camtu baik takpayah pakai tudung"
"Mak kite kata , kalau nak pakai camtu baik takpayah pakai tudung"
"Mak kite kata , kalau nak pakai camtu baik takpayah pakai tudung"
"Mak kite kata , kalau nak pakai camtu baik takpayah pakai tudung"
"Mak kite kata , kalau nak pakai camtu baik takpayah pakai tudung"
"Mak kite kata , kalau nak pakai camtu baik takpayah pakai tudung"
"Mak kite kata , kalau nak pakai camtu baik takpayah pakai tudung"
"Mak kite kata , kalau nak pakai camtu baik takpayah pakai tudung"
"Mak kite kata , kalau nak pakai camtu baik takpayah pakai tudung"
"Mak kite kata , kalau nak pakai camtu baik takpayah pakai tudung"

Nampak tu, aku copy paste banyak kali nak bagi effect 'echo' kat dalam kepala otak ni , serupa macam sinetron indonesia tu .

masa memula dengar berdesing gila telinga . rasa nak flip table macam ni :


Begitulah gambaran amarah ai yang sedang melanda tatkala saat dan masa itu juga . Berapi api je hati , terus moody sepanjang hari . !#$$#%$&&^*^$ 

Tapi SEKARANG , bila ingat balik . memang patut pun orang cakap macam tu , dah pakaian serupa bogel baik takpayah pakai tudung . Bila tengok adik adik yang lain berpakaian sama macam aku pakai dulu , serious rasa sedih . pi tegur kang kena cop 'BAJET ALIM' , mampu doa dalam hati supaya diberikan hidayah yang sama macam aku dapat je . 

Hakikatnya , orang tak akan tak suka kita tanpa sebab . Orang tak akan fitnah kita tanpa sebab .  Unless kita yang membiarkan diri kita untuk di fitnah . salahnya datang dari kita , memang dah lumrah ramai yang bersikap judgemental dan cukup payah untuk 'husnuzon' (bersangka baik) , what to do . 

.... sambung tengok gambar lama dan 'face palm'



On My Instagram