Impak sebuah hijab

Friday, March 8, 2013

Assalamualaikum wbt .

Pertama sekali , sorry untuk penjodoh bilangan yang mungkin tidak bersesuaian untuk hijab .  Aku sendiri jadi confuse adakah "sebuah" , mahupun "sehelai" dan confirm confirm bukan "sekeping" . tapi tak apa . itu bukan isu .

Kemusykilan kedua ialah , dilemma memilih kata ganti diri . Apa mungkin perlu menggunakan "aku" , "saya" , "farah" mahupun "ana" .

Serabut weyhhhhh ! *pasang dikir Serabut weyh jadi lagu tema . (iklan sekejap)

--------------

Melihatkan pada penghijrahan yang dibuat mulai dari minggu lepas , banyak yang aku dapat belajar dan membuat penilaian . masa ni lah baru nampak mana salah mana betul , mana buruk mana cantik , mana intan mana permata (ewah) . Apa yang aku boleh katakan , aku yang dulu tetap ada . tak ada lah transform 360 jadi orang lain as in tak reti gelak , tak banyak cakap , tak makan angkat kaki atas kerusi (kantoi) . cuma dari segi perlakuan dan penampilan telah pun aku baiki sedikit demi sedikit .

berkat doa ibu ayah dan orang sekeliling , aku mula belajar bertatih untuk kearah sesuatu yang lebih baik dan penuh barakah .

Kalau dulu asyik asyik pakai skinny jeans , sekarang berpalazzo . Kalau dulu suka pakai crop top , sekarang pakai baju labuh labuh .  Kalau dulu suka pakai turban , sekarang pakai bawal bidang 60 terushh .  Alhamdulillah .  Sedikit sebanyak aku bangga dengan kemampuan aku untuk tabah dan cekal keluarkan diri dari kejahilan dan bersyukur aku atas kekuasaanNYA aku berjaya menapak selangkah selangkah . walaupun selow selow tapi takpe , pelan pelan kayuh .

Berbalik kepada apa yang dikatakan Hijab . Hijab secara amnya yang diketahui orang melayu kita ialah tudung .  Mentaliti dan pandangan yang sama macam yang aku rasa masa dulu .  Asalkan bertudung dah rasa bagus .  Asalkan bertudung dah rasakan aku dah penuhi perkara wajib .  Sedangkan sendiri tak sedar , walhal duduk berjam depan cermin betulkan tudung tapi gagal mengenal pasti dimana silapnya dalam cara kita bertudung tu .

Hijab dan tudung bagi aku dua benda yang berbeza . Tudung secara general boleh di klasifikasikan sebagai sesuatu alat atau benda yang digunakan untuk menutup kepala sahaja . Sama fungsi seperti tudung saji , dimana tugas segala sedara mara tudung ialah memberi perlindungan .  Sebagai contoh tudung periuk , berfungsi menutup periuk dari unsur unsur contamination dari luar temasuk dalam masakan seperti lelabah , cecicak , nyenyamuk , sesemut dan yang seangkatan mereka . dari mata kasarnya hanya meliputi bahagian atas sahaja . Sama konsep seperti tudung . Setakat tutup atas sahaja .  Bahagian dada terdedah tak ambil kisah . Asal rambut tak terkeluar , timbul rasa dalam diri "aku bertudung" , "aku berhijab dan aku baik" "euww takpakai tudung , eii tak baik dia tuww" (Subhanallah) - Tak bayik ye adik adik . usah anda bersikap demikian . *ni hakaks tengah nak berdakwah .  Bismillah .

Jangan cakap apa apa , aku tak rujuk kepada mana mana pihak sebaliknya ambil diri aku sendiri sebagai contoh . Itulah definisi hijab bagi aku pada masa dahulu. Jahil kan? Masyaallah .

Aku seorang yang sangat sukakan fesyen .  Tudung semua nak pelik pelik , lilit sana lilit sini .  Tengok orang pakai bawal nak bawal . Orang pakai shawl nak shawl . Pakai turban galak nak terban gak padahal bila pakai muka macam ikan buntal .  Orang pakai hoodie nak hoodie.  Nampak sangat la aku ni mudah distracted . Pffftt . Orang pakai tudung labuh taknak pulak pakai tudung labuh *marah diri sendiri*

Itula kan , benda baik memang susah orang nak ikut . Yang tak elok juga yang kita sibuk agung agungkan . Satu ketika dulu zaman legging mendominasi dunia fesyen , perghh aku taknak kalah . Sibuk pakai juga walhal peha dengan betis dah sama saiz. Memang tak sodar diri . Lepastu komplen cakap gemuk . Dah tahu gemuk hang takreti nak pakai seluaq besaq besaq ke faghahhhh !

nampak tak nampak takkk cemana setonirrojim menyesatkan kita . Sesungguhnya makhluk ini takkan pernah memberi ruang untuk kita membuat kebaikan . Kalau rasa nak buat baik kena la perlukan sedikit pengorbanan , barulah rasa kemanisan iman tu . insyaallah .

Mungkin ada yang merasakan tak susah untuk aku buat penghijrahan sebab dah memang terbiasa pakai tudung , so apa ada hal .

Eh eh siapa cakap ? Hijrah bukan hanya pada kelabuhan tudung , kelonggaran baju mahupun kegigihan kau berstokin . Hijrah merangkumi semuaaaaaaa aspek . Dari segi pertuturan , pergaulan , penampilan dan banyak lagi semuanya di ambil kira .

Yu tel me now how aii hef to sekrifis lots of ting , okay shadap farah .

Banyak aku korbankan . Selalu teringat akan pesan seorang akhtar , dimana dia menjadi seorang yang sangat membantu memberikan sokongan dan prihatin dalalm proses penghijrahan ini . Dia selalu pesan duaplohjuta kali

"Farah , kalau awak nak berubah .. banyak benda awak kena gadaikan "

Pada mulanya aku kurang faham .  Bab aku faham pun bab wokey kena pakai tudung labuh , dan jubah . what to do with my hot figuree wuwuwuw, its gonna get westeeeeyyydd *tampaq kang!*

Bilamana aku berdiri di tempat aku sekarang, dapat aku rasakan satu lonjakan paradigma (huiyo) pada diri sendiri tatkala aku menoleh ke belakang dan sedar akan kejahilan terdahulu , sekarang aku boleh tersenyum bangga dan puas akan ilmu bermanfaat yang telah aku kutip dan amalkan pada hari ini .

Nak cakap lebih lebih pun kau takkan faham .  Nak ambil potongan hadis mahupun firman Allah swt pun aku tak reti , sebab terlalu jahillah aku dalam konteks ini , maka apa yang dapat aku kongsikan hanyalah dengan menceritakan apa yang aku alami ini sebagai satu pendekatan dan medium untuk berdakwah .  Insyaallah .

There's always this moment dimana bila aku cuba untuk menyampaikan sesuatu seperti aku sangat bersyukur dan berterima kasih atas apa yang telah Allah kurniakan pada aku , dan aku takreti nak expresskan macam mana selain daripada ucapan Alhamdulillah , aku akan jadi awkward dan terasa diri poyo keislamikan pada mata diorang sebab kadang kala audience kita tak seperti kita.  Faham tak apa aku cuba sampaikan ?

Sebagai contoh  , balik kepada zaman jahil aku dulu . Bila bercakap pasal agama aku lebih suka berdiam .  Bila ada masalah dan cuba meminta pendapat , orang akan kata "Sabar farah" .  Tapi sebabkan bapak setonirrojim ada bermaharajaistana dalam hati , aku jadi ego . 'taknak dengar taknak dengar wekk taknak dengar. weh apa sabar sabar , aku tahu la sabar tu apa , aku nak solution . setakat sabar , tanya jiran sebelah pun boleh cakap cemtu' (Masyaallah) . Get it ?




Audience sedemikian lah yang buatkan aku takut untuk berdakwah atau berkongsi .  Audience yang telah tersumbat hatinya dengan penyakit hati .  Audience yang selalu rasa orang orang macam ni poyo halims sahaja . Astaghfirullahalazim . Banyak aku nak kena belajar ni . Dah taknak ulas lanjut , takut ada yang terpesong yang aku sampaikan , wallahualam .

Secara kesimpulannya , impak sebuah hijab bukan sahaja membuatkan si pemakainya kelihatan manis , bahkan merasa lebih selamat , disayangi dan takputus putus merasakan rahmat dari Allah SWT .

Yu no wat , sejak bertudung labuh , abang promoter jual krim muka buang daki kat tangan tu tak berani dekat tau . Alhamdulillah , tu kategori musibah juga tu .  Datang2 tarik tangan orang pi calit krim .  Banyak hensem muka kau .

Seperkara lagi yang dapat aku perhatikan , dengan penampilan seperti ini , orang mulai rasa sayang dan hormat kita .  Ada antara kawan kawan aku di saat zaman rock aku dulu bila panggil / sapa aku akan secara kasar dan ekstrimis seperti " WEYH FARAHH KO NAK PI MANEEE HAA" atau " DO , APA CITEE" or "BABE, WADDUP" . Sebaliknya situasi berlainan sekarang dan dapat rasakan sekeliling seolah olah turut bergembira dengan apa AKU pada harini , merasakan hormat yang diberikan oleh mereka kepada aku dah lebih dari cukup untuk buatkan aku happy ,

"Assalamualaikum farah"

"Salam alaik farah "

Lebih manis dan beretika .  Alhamdulillah .

Ada banyak lagi benda nak cerita termasuklah scene scene lucu aku berniqab dan takutkan budak kecik sampai nak nangis sebab dia ingat aku hantu . LOL

Till then , assalamualaikum dan semoga perkongsian ini membawa manfaat , insyaALLAH :)








imma hijabis and soon to be niqabis . yuu ? 





12 comments

  1. awak dh berubaah farah? alhamdullillah, sy try cari fb awak, tp dah takde ke?apa2 pun please tetapkan iman untuk maintain macam ni

    ReplyDelete
  2. insyaallah , dalam proses pembelajaran :) hehe kite deactvate fb dah awk . btw tq yea <3 syukran

    ReplyDelete
  3. insyaallah , dalam proses pembelajaran :) hehe kite deactvate fb dah awk . btw tq yea <3 syukran

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segalanya.insyaAllah :)

    ReplyDelete
  5. Semoga istiqamah, doakan saya jugak supaya kuatkan semangat dpt berhijrah mcm farah. Betul pesan kawan farah, bila nak berhijrah, banyak yg kita kena gadai/tinggal. :)

    ReplyDelete
  6. sy pon memang ad niat nak buat mcm awak ni.pakai tudung labuh ape semua..tp sebelum sy wt tu semua sy kne baiki solat 5 waktu sy dlu..kdg2 sy lalai...sedih :-)

    ReplyDelete
  7. thumbs up dear..nampak lebih manis pulak..mudah2an akak pun dpt ikut mcm farah jugak..Aminn

    ReplyDelete
  8. sis faghah, tekun bce entry sis. sy jugak antara yg ingin ke arah itu.. banyak yg perlu kita korbankan tu mmg betul sis. tiap kali pkai tdung dpan cermin mesti ckp kt diri sndri, when the time wll come ? (to wear proper). pdhal persoalan tu patutnye berbunyik, smpai bile nak mcm ni. kite sndri yg spttnye ke arah tu kan sis ? istiqamah.

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum farah :) alhamdulillah . no matter what just hold to one thing , allah knows u better than anybody else . saya pun sedang berhijrah one step at a time . one thing for sure , the hardest part about hijrah is istiqamah . tapi mesti boleh punya :) sentiasa berdoa kpd allah semoga hati kita tak berubah . if u dont believe in your own ability to accomplish your goal , believe in allah's ability to help u . smoga allah permudahkan stiap urusan awak .
    jazakillah :)

    ReplyDelete
  10. Salam farah, im proud of you masyaallah.

    saya harap ramai muslimah di luar sana tergerak hati untuk berubah ke arah lebih baik dan mendapat kesedaran dengan membaca entry ini insyaallah.

    dan mungkin menarik non-muslim utk mendekati islam mudah-mudahan. teruskan istiqamah!

    "Cik Cammy Lia said...
    sy pon memang ad niat nak buat mcm awak ni.pakai tudung labuh ape semua..tp sebelum sy wt tu semua sy kne baiki solat 5 waktu sy dlu..kdg2 sy lalai...sedih :-)"
    march 8, 2013 at 5:27 pm

    Cik Cammy Lia, tak perlu utk tunggu sempurna solat 5 waktu dahulu baru hendak menutup aurat secara sempurna. katakan saya 3/5 shj sehari, takkan saya nak tunggu 5/5 baru nak pakai seluar panjang? Aurat memang wajib ditutup. fikirlah kehormatan diri awak. Jangan biarkan lelaki bukan mahram menatap tubuh awak.

    ReplyDelete
  11. kita masih hidup kerana Allah masih lagi memberi peluang untuk kita mendekatiNya.

    ReplyDelete

On My Instagram