Mula mula kita baca ini
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/for-young-malay-couples-an-increasingly-high-price-to-getting-wed/
kalau rasa tak faham boleh google translate kan . walaupun translasi tak berapa tepat tapi boleh buat buat faham je . sebab seriously aku tak rajin nak mengalihpunggahkan bahasa tu .
Sejak dari dulu lagi memang dah disarankan untuk berkahwin awal . Kenapa ?
*Sebab elak maksiat* oh ada suara suara yang tolong jawab . terima kasih
memang itulah ceritanya . kehidupan di dalam alam perkahwinan memang mencabar (cewah bercakap macam ada pengalaman) pun begitu , bila dah kahwin ni ada berkat dan manis manis nya percintaan dalam hubungan yang halal . *manis manis kurma gittuw
Buat yang tak tahu (meh nak bagitahu) walaupun rasanya macam kau tak perlu tahu tapi rasa nak bagitahu juga , bahawasanya ada ura ura orang nak masuk merisik *uhruhasjafeuada* motif nya disni ialah nak beritahu yang , aku terharu . tak sangka ada orang yang sangat gentlemen dan gigih menggagahkan dirinya untuk cuba menyunting hati ini . ewah! dan rasa gembira dengan diri sendiri dimana aku berjaya membuktikan bahawasanya aku ni kategori "laku" lah juga kan . Hikhiks
saya suka cincin ada batu sebijik tau *nota untuk bakal suami , hikhik*
bercakap soal kahwin dengan mama , dia macam buat kelakar pulak . kadang kadang serious , kadang kadang main main . dah cemana ? dia faham tak anak dia dah gatai nak kawin ni ? EH!
Bila tengok orang kahwin , alahai jealousnya lahai . takfaham apa sebenarnya yang aku jealous kan . jealous dia pakai baju kawin ke , jealous dia boleh anje anje dengan hubby dia ke , jealous mak ayah bagi greenlight boleh dating hari hari ke , jealous nanti dia dapat anak omey ke .. entah ! hish stress dengan perasaan jealous sendiri >.<"
bila dikira kira balik memang kalau masuk soal kahwin memakan belanja yang BESAR . BESAR BESAR
Inilah dia , dilemma dihadapi bakal pengantin seperti aku . eh ? aku pulak .
kau bayangkan jelah , hantaran dah sekian . belanja kenduri dah sekian . nak sara anak bini puleks . aku selalu rasa jadi orang lelaki ni best , tak payah sakit perut bulan bulan , tak banyak pantang larang , tak sakit nak beghanak .. tapi ghupenye jadi lelaki ni memang berat bonar nak kena tanggung macam macam tanggungjawab . tanggungjawab sebagai seorang anak , seorang suami dan seorang ayah . mohon Allah temukan aku dengan lelaki yang sebaiknya (AMIN)
Mama dah cakap siang siang dia taknak masak masa kenduri aku nanti . dia dah cakap nak order catering je -.-" Okay foine . dia dah siap mention kalau catering untuk 1000 orang memakan belanja RM14K . ye ke mama ni ? ke buat lawak antara lorong ?
Takboleh ke buat kenduri bagi makan nasi dengan lauk ayam kicap je ? belajo belajo sikit bersyukur , kesian dekat orang yang kurang bernasib baik tu . (dan dan ni nak terapkan nilai murni)
Rasa tak senang duduk tengok kawan kawan sebaya ramai dah bertunang , dah berkahwin ada yang dan nak beranak dah. wuwuwuw >.<" barulah hot mama kan , nanti bila anak dah besar mesti orang cakap "eh ini kakak ke? " hikhiks #lempang
kalau dah catering je RM14K , sewa khemah berapa eh selalu ? khemah sampai 10 biji . takboleh ke pakai 3 je ? takboleh eh ? *degil*
market price , nilai hantaran . phewhh *lap peluh*
Lagi apa eh ? baju ? baju kita suruh Makcik hamidah sebelah rumah jahitkan , kasi harga jiran tetangga . okay juga kan ? sekarang kan pesen jovian mandagie campur scha alyahya . potongan kain mermaid + lace . ha pergi nagoya textiles beli kain kosong lepastu tepek lace . agak bernas juga idea aku ni kan ?
Photographer kita potong cost tu . kita bergambar guna application camera360 dekat tab je . okay settle!
application : Camera360
Doorgift untuk tetamu ? bagi benda yang munasabah dan berguna sikit . bekas bunga telur dah oldschool sangat , apam polka dot pun kurang relevan . apakata kita bagi cekodok pisang . sedap juga kan ?
kad kahwin kita back to basic , print satu lepastu copy paste fotostat guna kerta a4 color merah , kuning , biru dan hijau . walaweh ! meriah kad kahwin aku :D
tambahan color merah , kuning dan hijau
Aku takboleh nak fikir apa lagi keperluan nak kawin . pelamin rasanya tak perlu tapi mungkin aku perlukan satu photobooth khas untuk camwhoring guna appication camera 360 tadi tu . Lepashiituuu banner besar besar alam ada muka sendiri pun macam tak perlu , kau susah nak cari rumah kau tengok je alamat dekat kad kawin fotostat aku tadi tu . kalau rasa macam sesat dan give up nak cari , boleh singgah mana mana kenduri lain yang available .
So ceritanya , entry kali ini lebih kepada nak suruh mama aku baca supaya dia kasihani kan anak mu ini yang nak kawin awal (dush!) dengan harapan mama takpayah la nak letak syarat hantaran tinggi dekat bakal suami (hamboi siap nego! :p )
sesungguhnya ,
“Wahai sekalian pemuda, sesiapa yang berkemampuan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana perkahwinan akan memelihara pandangan dan kemaluan kamu. Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana dengan berpuasalah ia dapat memelihara daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
mohon dipermudahkan semuanya .
AMIN :)
4 comments
haha..suka baca apa awk tulis..ingatkan sy je yg nk majlis biasa2 :) hari selepas majlis lebih penting k :))
ReplyDeletehahaha..disebabkan umur sy baru 17 tahun..malas nak pikir tu sume..hehe
ReplyDeleteDezee mewakili kaum lelaki ingin mengucapkan terima kasih kerana cuba memahami situasi kami dalam isu ni..terima kasih Nurfarah Amalina Dafri.
ReplyDeleteHmm dah nak kawin yer ... benar, kenalah kasihan sikit pada si pengantin lelaki ...bukan apa, nak bermewah pada waktu sekarang tapi di akhir nanti jadi lain ...susah juga.
ReplyDelete