Rakyat Malaysia kalau soal makan memang juara! Masing-masing ada menu kegemaran baik untuk dinikmati secara berseorang mahupun bersama keluarga. Makanan pilihan keluarga ini pula selalunya terdiri dari makanan yang sesuai untuk pelbagai kategori usia. Kiranya kalau order, baik emak, ayah, datuk, nenek mahupun anak-anak boleh nikmati dengan rasa seronok.
Sebagaimana yang telah diberitahu tadi, makanan di Malaysia ini memang ada banyak. Kalau nak sebut satu demi satu memang sukar. Tetapi jika mahu minta dibuat rekomendasi makanan mana yang paling dipesan sebagai makanan kegemaran keluarga, di sini akan di senaraikan sebanyak enam menu kegemaran keluarga paling popular melalui website pesanan Foodpanda.
1. Nasi Goreng
Hidangan nasi goreng memang sudah sangat sebati dengan rakyat Malaysia. Hari-hari makan nasi goreng pun tak apa sebabnya nasi goreng ini ada berbagai jenis. Hidangan nasi goreng secara sederhana ini juga cukup lengkap dan mengenyangkan dengan nasi, lauk, sayuran serta telur. Itu belum di kira dengan makanan seperti udang dan sotong.
Semua bahan yang bersatu bersama gabungan kicap manis dan masin bersama cili dan bawang memang sangat sedap dan memuaskan hati. Boleh pilih mahu nasi goreng ayam, nasi goreng cina, nasi goreng pattaya, nasi goreng paprik dan lain-lain lain. Semuanya dengan rasa yang berlainan dalam kadar harga yang amat memuaskan.
2. Ayam Goreng
Makan ayam goreng bersama keluarga sambil nonton TV memang asyik! Lagi-lagi jika makan ayam goreng KFC. Makan seketul mesti tak cukup. Untuk buat pesanan ayam goreng KFC dengan Foodpanda juga boleh.
Dan seandainya mahu ayam goreng dengan citarasa yang lain seperti ayam goreng bersos pedas manis seperti orang Korea, di Foodpanda juga ada pilihan menu ayam goreng seperti ini.
Tidak kisah lah menu ayam goreng bagaimana yang di inginkan, yang pasti di Foodpanda ada pelbagai jenis pilihan menu ayam goreng untuk dipilih mengikut citarasa selera masing-masing. Dengan adanya variasi aneka pilihan menu seperti ini secara tidak langsung hilang rasa bosan dengan menu yang sama saja berulang kali.
3. Pizza
Pizza memang sangat sesuai sebagai salah satu makanan dalam bentuk penghantaran. Lagi pula pizza ini disajikan dalam bentuk kotak, jadi sangat sesuai untuk di makan bersama keluarga bersama-sama.
Dengan pelbagai jenis topping yang lazat dari makanan laut hingga daging klasik dan trend terkini, pizza memang boleh menepati selera seluruh ahli keluarga yang ada.
Selain itu, pizza ini biasanya boleh disediakan dalam masa yang agak cepat, ini bermakna tempoh untuk mengisi perut yang lapar juga akan menjadi lebih pantas. Di Malaysia, boleh dapatkan pelbagai jenis pizza dari Pizza Hut dan sememangnya Pizza Hut ini juga boleh dipesan melalui website dan aplikasi Foodpanda.
4. Sate Ayam dan Daging
Sate dengan rakyat Malaysia memang sudah tak boleh dipisahkan. Kesedapan sate ini memang patut dibanggakan kerana ramai pelancong yang turut mengiyakan bahawa sate ayam dan daging di Malaysia merupakan salah satu menu sedap yang pernah mereka cuba.
Makan sate dengan keluarga memang seronok kerana dapat makan bersama-sama. Secucuk demi secucuk, sedar-sedar dah habis semua dalam pinggan. Makin sedap jika dapat dinikmati bersama nasi himpit dan kuah kacang yang pekat sesedap rasa. Sekali makan pasti nak lagi dan lagi.
5. Kepak Ayam Madu
Mencari idea makan malam yang menyeronokkan? Apa kata jika kali ini makan kepak ayam madu sebagai makanan istimewa bersama keluarga. Kepak ayam madu, sekali makan pasti akan menjilat jari. Dengan rasanya yang pedas pedas manis, ditambah dengan kuah perciknya yang pekat melekat dijari, sekali makan terus tak pandang orang sebelah.
Jika tak suka perasa madu, boleh beli kepak ayam percik biasa. Kepak ayam yang sedap memang menyeronokkan untuk dimakan, dan hampir dijamin memuaskan hati semua orang pada setiap masa.
6. Nugget Ayam
Nugget merupakan salah satu penemuan terbaik dari tahun 1950-an. Wah dah lama rupanya menu ini. Sejak itu boleh dikatakan nugget ayam ini adalah salah satu makanan yang sangat disukai oleh semua orang. Lebih-lebih lagi, jika ianya diperbuat daripada isi ayam yang kenyal dan dihidangkan secara panas-panas.
Nugget ayam ini juga mudah untuk didapati dan senang untuk dinikmati di mana saja. Paling suka sudah tentulah kanak-kanak dan warga emas kerana nugget ini sama sekali tidak bertulang dengan rasa ayam enak yang padat.
Itulah antara makanan kegemaran pilihan keluarga untuk kebanyakan rakyat Malaysia. Dan makanan ini semua sememangnya boleh dibuat pesanan secara penghantaran terus ke mana-mana lokasi pilihan.
Tak perlu nak susah payah kerana servis pizza delivery dari Foodpanda sentiasa bersiap sedia untuk membuat penghantaran. Yang penting, lokasi pilihan hendaklah ada servis penghantaran tersebut.
1 comment
Nasi goreng my favourite
ReplyDelete