Pengalaman Mencuba Pakaian Tradisi Korea 'Hanbok' di Gyeongbokgung Palace | Tempat Sewa Hanbok Murah

Tuesday, January 21, 2020


Pengalaman Mencuba Pakaian Tradisi Korea 'Hanbok' di Gyeongbokgung Palace | Tempat Sewa Hanbok Murah | Bila bercuti ke Korea, lagi lagi kalau baru pertama kali datang, jangan lepaskan peluang untuk cuba pakai pakaian tradisi Korea iaitu 'hanbok'. Ada banyak tempat yang menyediakan perkhidmatan sewaan hanbok ni tapi antara yang famous ialah di sekitar 'Gyeongbokgung Palace'.

Istana 'Gyeongbokgung' dibina pada tahun 1395 dan berfungsi sebagai istana utama pada era Dinasti Joseon. Istana ni ialah antara 5 istana yang masih lagi wujud dan terpelihara di Korea Selatan dan dikatakan istana inilah yang paling cantik dan yang terbesar.

4 lagi istana yang ada di Korea Selatan ialah :
  • Changdeok Palace
  • Changgyeong Palace
  • Gyeonghui Palace
  • Deoksu Palace


Untuk masuk ke Gyeongbokgung Palace ni, tiket masuk diperlukan. Bayaran tiket masuk adalah seperti berikut :

Harga Tiket Masuk Gyeongbokgung Palace

  • Dewasa : 3,000 won
  • Kanak kanak : 1,500 won (7-18 tahun)


Tapi, kalau korang pakai hanbok dan masuk ke kawasan istana, automatik korang dapat masuk secara PERCUMA! Tak perlu bayar tiket. Masa aku pergi haritu pun free je.

*Kanak kanak bawah 7 tahun dan warga emas berusia 65 tahun : PERCUMA


ABC Hanbok Rental 




Untuk sewaan hanbok, ada beberapa kedai yang korang boleh pergi dekat kawasan luar istana. Untuk hanbok aku haritu, aku sewa dekat ABC Hanbok Rental (bahagian luar pagar belah Geonchunmun). Korang kena cross jalan dan akan nampak ada deretan kedai yang sewa hanbok.

ABC Hanbok Rental ni terletak di tingkat 2. Bagi aku harga dia still affordable dan bermula serendah 7,500 won untuk sejam. Pilihan yang ada pun cantik cantik dan disediakan locker percuma untuk kita simpan barang sementara pergi jalan jalan dalam istana. So nak simpan jacket atau bag boleh la dekat sini.




Dekat sini kebanyakannya menyediakan hanbok jenis premium yang mana design-nya bersesuaian mencerminkan pakaian kerabat diraja dan pembesar didalam istana. Nak pakai ala ala puteri dan maharaja pun boleh. Semuanya cantik cantik.

Sakan ye masing masing in character sangat pakai hanbok. Walaupun tangan kebas kebas sebab sejuk, tapi sanggup gigih juga demi gambar yang letopss.

Hilmi & me // Haikal & Wanie (adik adik) // Mama & Ayah

Hilmi dressed as maharaja. Tiba tiba ada sekumpulan tourist dari China minta nak
bergambar dengan dia haha. Kemain ye diapit amoi amoi


Changing Guards @ Gyeongbokgung Palace


Nak lagi menarik, kalau korang datang sini pada pukul 10.00 pagi atau 2.00 petang, korang dapat berpeluang untuk tengok acara pertukaran pengawal @ "Changing Guards". 



Bahagian dalam istana juga terdapat National Palace Musuem of Korea dan National Folk Museum. Yang ni aku tak sempat nak pergi jenguk. Kawasan istana tu besar betul. Rasanya paling optimum kalau korang allocate masa dalam 2-3 jam dekat sini. Baru la sempat nak explore semua.

Alang alang tu, meh aku sajikan beberapa gambar syok sendiri fefeeling percintaan kerabat diraja kitorang hahaa.




ABC Hanbok Rental :
4 Samcheong-ro, Samcheong-dong, Jongnu-gu, Seoul, South Korea

Gyeongbokgung Palace :
161, Sajik-ro, Jongno-gu. Seoul, South Korea


Istana Gyeongbokgung ini DITUTUP pada setiap hari SELASA. Jadi pastikan korang susun itinerari korang dengan baik ye.


====================================















Related search : tempat sewa hanbok murah, pakej sewa hanbok korea, cara nak ke Gyeongbokgung palace, itinerari 6 hari ke korea, tempat menarik di seoul, itinerari 6 hari di seoul, tempat wajib pergi di Seoul

3 comments

  1. Lawanya! Haritu nak pakai tapi sejuk sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHE ni pun sejukkkk sangat! tapi gigihkan. jaket memang pegang. so bila lepas ambik gambar cepat cepat pakai jaket semula. tangan pun kebas dah haha.

      Delete
  2. Guesthouse yg menarik kat Mana ?

    ReplyDelete

On My Instagram