Apa Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Ke ELYSIAN Gangchon Ski Resort

Wednesday, January 22, 2020


Kalau korang ke Korea pada musim sejuk, antara aktiviti yang menarik untuk dicuba ialah,  SKI!

Antara pusat ski atau ski resort yang terkenal di Korea Selatan ialah Elysian Gangchon Ski Resort 


Untuk posting kalini, aku akan ringkaskan sikit beberapa point penting yang korang perlu dan mungkin nak tahu untuk pergi main ski dekat sini antaranya :

  • Cara untuk ke Elysian Gangchon Ski Resort menggunakan tren
  • Berapa kos sewaan pakaian dan peralatan ski?
  • Apa korang boleh buat selain main ski? 

Sebenarnya ada banyak ski resort dekat South Korea ni. Yang membuatkan Elysian Gangchon ski resort ni menjadi tumpuan ramai pelancong ialah kerana ianya terletak berdekatan dengan Seoul. Pusat ski lain biasanya lebih jauh daripada Seoul jadi kalau korang datang bercuti dan menginap di Seoul, pusat Ski Elysian Gangchon ni lah yang paling easily accessible. Lagipun, ada banyak cara untuk ke sini dengan menaiki pengangkutan awam termasuklah dengan menaiki tren.



Cara untuk ke Elysian Gangchon Ski Resort menggunakan tren

Ada dua jenis tren yang boleh korang ambil kalau nak ke Elysian Gangchon Ski Resort ni iaitu :

【 ITX-Cheongchun (High speed train) 】
✏ Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit ke 55 minit
✏ Dari stesen Cheongnyangni (boleh juga ambil dari stesen Yongsan)
✏ Harga tiket : KRW 4,500/dewasa (standard seat)

Note : ITX train is part of Gyeongchun Line and it is a high speed train traveling from Yongsan Station (Seoul) to Chuncheon Station (Gangwondo). *source 

【 Subway 
✏ Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam setengah dari stesen Cheongnyngni
✏ Korang kena tukar train dekat stesen Sangbong untuk pergi ke Gyeongchun Line
✏ Harga tiket : KRW 2,650/dewasa


Ataupun kalau taknak pening pening, boleh je dapatkan pakej all in termasuk return transportation, sewa peralatan ski dan bayaran masuk di KLOOK. Ni antara pakej yang aku jumpa dekat KLOOK.

KLOOK : ELYSIAN SKI RESORT PACKAGE


Pakej ni termasuk :

↪ Round trip transfers to and from the meet up location (pengangkutan pergi balik dari Seoul ke Elysian Ski Resort *berkumpul dekat meeting point)
↪ Ski and snowboard equipment and clothes
↪ Lift ticket for 8 hours (gondola/cable car untuk naik ke puncak)

Kalau korang tak nak ambik pakej tapi nak terus pergi ke resort ni dan bayar tiket masuk dan sewa peralatan dekat sini, harga nya agak mahal sikit. Sebenarnya masa aku pergi haritu kitorang tak main ski pun. Tapi kitorang satu keluarga decide untuk bayar tiket naik gondola/ski lift tu je untuk sampai ke puncak. Bila sampai dekat atas kitorang cuma banyak bergambar je.


"Kenapa tak main ski?"

Ada banyak sebab antaranya ;

1. Peralatan ski kena sewa berasingan. Harga sewa baju dan kasut, tak disekalikan dengan helmet dan goggle. So tambah lagi kos.
2. Kami cuma ada 2 jam dekat sini. Tak sempat nak belajar betul betul main ski kalau ikut logik pun.
3. Untuk beginner, korang perlukan instructor. Kalau datang sendiri, and memang tak reti langsung, kena ambik pakej yang ada instructor.
4. Ski termasuk dalam 'extreme sport'. Kami tak ambik insurans yang cover extreme sport so kalau jadi apa apa, insurans tak boleh guna.
5. Takut. Nanti jatuh bergolek buat malu je haha.

Harga sewa baju dan peralatan ski

Masa kitorang pergi tu, harga sewa baju dan peralatan ski ialah 60,000 won/pax. Agak mahal kan? So better la ambik je pakej dekat KLOOK tu. Takpayah pening pening. Tapi since kami pilih untuk cuma sewa baju dan naik ski lift, so cuma bayar 35,000 won/pax. *which aku tetap rasa mahal haha




Bila dah naik ski lift dan sampai ke puncak, dekat situ ada restaurant dan coffee shop. So boleh la sambil tu layan coffee dan tengok orang lain main ski. Tandas pun ada dekat atas. Cuma memang struggle sikit la nak ke tandas bila dah pakai baju ski tu haha.

View masa atas ski lift

Nampak extra bulat masing masing ye haha

Baju ski kitorang sewa dekat kedai berasingan. Sebabkan aku datang dengan local tour agent, jadi dia bawa kitorang berhenti dulu dekat satu kedai ni untuk pilih baju. Warna warna dia ya ampun sakit mata haha. Kena pepandai la mix and match kan sebab sizing dia pun kadang tu tak berapa nak betul. Kena cuba sarung dulu baru tahu muat ke tak. Aku punya color combo memang dahsyat laa jadi purple top to toe . Baju hilmi pula memang waterproof so dia boleh pakai terus je jacket dia and cuma tukar seluar dan kasut.

Warna warni baju masing masing. Kasut pulak jalan macam penguin dah haha

Untuk mengelakkan sejuk, korang pakai je baju korang bawah baju ski tu. Jangan cabut semua pulak. Cuma jacket je korang tanggal.


Untuk glove pulak, pastikan korang gunakan glove yang waterproof sebab kalau tak memang basah la glove korang. Dekat sini glove di jual dan bukan disewakan. Harga nya dalam 10,000 won ke 15,000 won sepasang.


selit satu gambar Mama Ayah comel comel


Kalau korang dah ada appropriate clothing (waterproof pants/ jacket), boleh la ambik je tiket untuk ski lift. So boleh naik atas dan bergambar. Aku tak sure la kalau pakai baju biasa (bukan ski clothes) boleh naik ke tak. Tapi rasanya haritu nampak ada je orang naik. Aku try google juga ni tapi tak jumpa lagi infonya. Kalau betul laa takat ambil ski lift je dah cukup and tak perlu sewa baju. AAAAAAAA Memang aku marah niiiii. Adakah aku kena kenchinng? hahaha. So kalau korang datang takat nak bergambar dan naik keatas, ni harga untuk ski lift :


harga tiket ski lift elysian ski resort
Harga untuk tiket ski lift



So boleh la decide sama ada datang nak bergambar dekat bawah je ke, naik ski lift ke atau memang complete ambil full package. Kalau memang dah plan nak main ski tu, make sure ambil insurans yang cover extreme sport dan juga beli pake siap siap dia KLOOK, KKDAY, TRAVELOKA atau TRAVELOG okay? and bila beli tiket tu jangan lupa guna SHOPBACK untuk dapatkan cashback.




1 comment

  1. omg that looks fun ! I wish I can there for winter too.

    ReplyDelete

On My Instagram