Thursday, January 30, 2020

My Weekend Story : Berniaga Dekat Majlis Kenduri Kahwin Orang?




Yasss lama pulak tak cerita apa aktiviti weekend aku kan? Sebenarnya macam macam benda aku buat, cuma penyakit malas tu je menghalang daripada aku nak menulis ni. Itupun setelah di brain wash oleh Hilmi, terus berkobar balik aku nak rajin update belog.

Yela, bila orang tanya 

"wey ko kerja apa?" 

Pastu konfidennya jawab 

"Aku blogger"

Kahkahkah gelak lebih sikit pelis. Kata blogger tapi belog jarang hapdet. Hampeh kan? haha

So demi menyambut wawasan 2020 dan azam 2020 aku tengah hot hot lagi ni, kita sahut la cabaran untuk buat at least 20 entry sebulan. Yeeeeeeeeee patutnya sebulan tu kena ada 50 entry kot. Katanya blogger ye dok? Tapi sabajapp kakak kau baru nak start enjin ni. Kita tengok jauh mana perginya hewhew.

So, apa cite azam tahun baru korang?

Dah panjang pulak intro. Mari berbalik kepada kisah aku meniaga dekat kenduri kahwin orang?


Kisahnya Ahad minggu lepas, sepupu aku kahwin kan anak. So sebagai makcik makcik yang supportive dan best, maka Mama aku & Mak su aku decide nak sponsor dessert station untuk dia. Ala ini normal kan? Sedara mara tolong sponsor serba sikit? Kadang ada yang sponsor lembu sekor, ada yang sponsor door gift, ada yang sponsor kek, ada yang sponsir pelamin? ye dak?

Haa kalini kitorang buat kelainan sikit. Walaupun katanya nak sponsor dessert station, tapi kitorang tak upah orang. Kitorang memutuskan cewahh untuk buat semuanya sendiri. Dari bab penyediaan kuih kuih, setup dan juga tolong jaga station tu.


Makanya setelah mendapat kata sepakat, ada banyakkkkkkkkkkkk jenis kuih muih yang kitorang buat. Ni rata ratanya penyumbang besar ialah air tangan Mama dengan Wanie (Adik aku). Aku, mak su aku dan mak cik aku pulak jadi support team. Gitteww


Antara jenis kuih yang ada ialah :

▨ Brownies 
▨ Apam Cantik Manis
▨ Muffin Pandan
▨ Kek Pisang
▨ Talam Keladi
▨ Bingka Ubi
▨ Boko Ubi
▨ Puding Caramel
▨ Puding Raja
▨ Koci Pulut Hitam
▨ Koleh Kacang
▨ Tart Buah


Wuhuuuuu banyak kan? So boleh imagine la macam mana kitorang bersilat hari sebelum tu nak menyiapkan ni.


Masa hari majlis tu, patutnya boleh je kitorang hidang kuih and duduk tepi lepastu topup bila dah habis. Tapi sebab jiwa berniaga tu membuak buak dekat aku dengan Wanie, kitorang berkobar ye tunggu dekat khemah tu berpanas berbecak sebab lepaskan gian nak tolong scoopkan kuih untuk tetamu haha.

Lepastu elok pulak ada makcik aku sorang lagi ni sponsor aiskrim malaysia. Memang meriahlaa dekat situ dengan budak budak mintak aiskrim. 

Kejap kejap 
"Acik acik, nak aiskrim mango satu"

Ah tiber. Bila pulak ada aiskrim mango?
Panggil acik pulak tu

Yang kelakar ada budak nak bayar yee ambik aiskrim tu haha. Comel jee. Bagus ni pandai mak awak ajar hehe.


So overall, walaupun berkicap becak tapi puas hatii. Kuih pun licin dan banyak feedback cakap kuih sedap. Alhamdulillah. Kuih mama buat memang dabestttttt . Lagi lagi kuih koci dia fuhhh.

Aku rasa lepasni boleh ambik tender camni dekat kenduri orang lain kot hehe. Syok pulak buat camni.


Ada siapa siapa nak hire kami?





Tuesday, January 28, 2020

Glamping di Tanah Aina Fahad Raub | Tidur Ditemani Bunyi Air Sungai - Nyamannya!


Seperti dijanjikan, ini lah entry sambungan untuk siri jelajah Pahang edisi Glamping bersempena #VisitMalaysia2020 gituu. Kiranya konsep nya dekat sini ialah bertujuan untuk bagi korang idea dan cadangan, tahun 2020 ni nak berjalan kemana pula dalam Malaysia ni hehe. Sebenarnya banyak tempat best dalam Malaysia ni yang underrated dan ramai orang taktahu. Oleh itu, aku rasa berkobar pula nak explore lagi banyak tempat dan share dengan korang semua. Harap harap apa yang aku share ni bermanfaat la untuk korang, okay?

Btw, kalau belum baca entry pengalaman aku menginap di premium Glamping spot, Tiarasa Escape, baca dekat sini  ☞  Alami Pengalaman Premium Glamping di Tiarasa Escapes, Janda Baik


GLAMPING : Tanah Aina Fahad


Definisi Glamping ni rasanya ramai dah yang tahu. Tapi takpe takpe, aku explain lagi.

"Glamping ini adalah satu aktiviti percutian yang unik dan menyeronokkan yang mana konsep ‘glam’ dan ‘camping’ digabungkan. Kebiasaannya di kawasan glamping ini anda boleh terus masuk ke dalam khemah dan tak perlu nak bersusah payah membinanya sendiri. Selain itu, ia juga lengkap dengan kemudahan makanan dan tempat tidur yang selesa, itulah maksud glamping secara ringkasnya" - SUMBER 



kedudukan khemah bersebelahan. so takdela rasa takut kalau tidur sorang sorang 


Bagi aku lah kan, glamping ni sebenarnya seronok bila beramai ramai. Kalau takat kau datang sorang takpun berdua je, dia macam hmmmmmmm tak berapa nak onz lah. Datang lah dalam 4,5 orang ke? Ajak la kawan kawan tak pun satu family. Baru syok.

Tanah Aina Fahad terletak di Sungai Dong, Ulu Dong, Raub Pahang dengan keluasan 12,140 meter persegi @ 5 ekar. Perjalanan dari Kuala Lumpur kesini memakan masa selama 2 jam setengah dan tempat ini boleh memuatkan 120 orang dalam satu satu masa - sumber


Glamping di Tanah Aina Fahad ni memberikan mood dan pengalaman yang berbeza dari masa aku berglamping di Tiarasa Escapes. Dekat Tanah Aina Fahad ni, kita boleh rasa lebih dekat dengan nature, dan mood camping tu lebih terasa. Sebab kita memang betul betul tidur dalam khemah, dan boleh rasa sejuk embun pagi. Pejam mata, celik mata pun syok je ditemani bunyi unggas masa sebelum tidur dan kicauan burung bila bangun pagi.

Antara kemudahan yang disediakan didalam setiap khemah ialah  ;

✔ Katil
✔ Meja Solek
✔ Almari Baju
✔ Kipas
✔ Plug point
✔ Lampu Tidur
✔ Bedside Table
✔ Penyangkut Baju
✔ Tuala
✔ Rak Kasut
✔ Bangku Panjang

Serba serbi lengkap kan? Tak payah susah susah nak bawa power bank banyak banyak untuk caj phone. Tak payah berpanas panas sebab dah ada kipas. Tempat nak susun atur dan sangkut baju pun ada. And yang penting bagi para wanita, wohooo ada meja solek pakej dengan cermin besar lagi yawww. Nak pakai tudung, nak makeup, nak tempek bedak sejuk, nak apply '10 step korean skincare routine' pun takdehal.

Tanah Aina Fahad ni mampu memuatkan 120 orang dalam satu satu masa. Selain daripada khemah , dekat sini turut menyediakan penginapan jenis bilik dorm. So kalau ada planning nak buat family day atau team building pun sesuai dekat sini.

Kiri : Main Hall | Kanan : Dewan Makan


Meeting Hall Dan Dining Area Yang Luas, Sesuai Untuk Acara Ramai

Dewan makan nya pun besar dan dekat main meeting hall siap ada pentas lagi taw. Boleh la gunakan pentas tu untuk buat persembahan hehe. Alahai tiba tiba rindu pulak zaman belajar dulu ada aktiviti team building lepastu mesti ada malam untuk 'Talent Show'. Tiap kali tu juga sibuk buat persembahan drama. Siapa yang jadi watak utama tu? Mestilah akak kau ni hahaha. Cita cita tinggi ye teringin nak jadi pelakon. Hasrat nak masuk kelab teater, tapi apakan daya, kita tak dapat masuk UiTM wak haha. UniKL mano hado kelab teater. Kehkehkeh (okay done melalut :p)

Btw nak cakap, makanan disediakan dekat sini pun dabombbbb! Semua sedap sedap tau. Haritu kitorang siap dapat pekenan Durian goreng lagi. Wuuuuu sedapnya! Nyummmm~


Pilihan makanan pun banyak dan sedap sedap
Ruang makan terbuka yang luas dan selesa


Jenis Jenis Penginapan

Terdapat banyak jenis bilik untuk dipilih, sesuai dengan bajet dan preferences masing masing :

Bilik jenis King Tent

Terrance Room (RM580)
Terrance Room Durian (RM1740)
King Tent (RM990)
Queen Tent (RM580)
Single Tent (RM270)
Shared Tent (RM1350)

*Harga termasuk [ 4 buffet meals per day | FREE Guided Trekking ]

Lengkap dengan katil, almari dan meja solek

Haritu kitorang pilih Queen Tent. Khemah ni memuatkan 2 orang so didatangkan dengan katil queen. Tilam dia best gila ye. Bantal dengan quilt pulak, ya Allah gebuuu! Seriously lena SANGAT tidur malam tu dekat situ. Tidur tak terganggu dengan nyamuk pun sebab dah siap ada jaring nyamuk. Tapi untuk ketenangan hati sendiri, bawa la juga insect repellent. Kot kot risau kalau ada nyamuk tersesat hehe.

Kipas pun ada. Sejadah juga disediakan


Bagi sesiapa yang penakut macam aku, korang boleh bertenang sikit dekat sini. Sebab kalau nak ke tandas, takpayah nak risau. Tandas nya dekat je dengan khemah. Ada lah dalam 10-15 langkah je dari khemah. Tandasnya pulak cantik dan fancy. Rasa macam tandas dekat rumah sendiri. Tak nampak menyeramkan pun perjalanan nak ke tandas tu haha. Aku pun tak berapa nak menyusahkan orang nak kena mintak teman teman pergi tandas sepanjang dekat sini. Rasa bangga dengan diri sendiri pulak sebab feeling berani sikit wakakakak.

Selesa sangat tidur dalam khemah ni. Rasa macam tidur bilik hotel


Sepanjang di Tanah Aina Fahad, aku boleh jamin korang tak kan sempat nak rasa bosan. Sebab setiap masa korang boleh manfaatkan dengan buat bermacam macam aktiviti. Walaupun masa aku datang tu, cuaca agak kurang mengizinkan untuk kitorang mandi sungai dan jungle trekking, tapi still banyak aktiviti kitorang dapat buat. Dan yang penting, semua aktiviti tu menyeronokkan!

Antara aktiviti menarik tersedia untuk korang enjoy sepanjang di Tanah Aina Fahad ;

➩ Flying Fox
➩ Tubing
➩ Jungle Trekking
➩ Bbq
➩ Mandi Sungai
➩ Giant Chess & Giant Snake & Ladder
➩ Bonfire
➩ Ping Pong
➩ Carrom


Aktiviti bonfire pada waktu malam. Boleh main game dan kongsi cerita beramai ramai


Sepatutnya aktiviti utama bila kesini mesti lah nak jungle trekking and mandi sungai. Tapi macam aku cakap la, cuaca asyik hujan je. Jalan pun licin. Yang dapat cuma lah merasa sesi 'meet and greet' dengan pacat hahaha.


Sekitar kawasan eco resort Tanah Aina Fahad ni bagi aku memang cantik sangat. Ada disediakan banyak tempat bersantai lagi lagi bahagian yang menghadap sungai. Nak duduk melayan perasaan pun syok je. Bunyi deruan air sungai yang kuat tu memang orang kata 'stress reliever' yang terbaik. Migrain migrain sakit kepala ni boleh cepat je reda bila duduk sini.

Sungai yang terpelihara dan cantik. Sayangnya haritu tak dapat nak mandi

Keseluruhannya, pengalaman ber-glamping di Tanah Aina Fahad ni memang menyeronokkan. Lagi seronok kalau cuaca tu cun jee. Baru lah dapat cuba semua aktiviti yang ditawarkan di sini. Kawasannya cantik, kemudahan serba serbi cukup, line internet pun ada (boleh update IG STORY yeay!), makanan disediakan pun sedap sedap, dan staff nya pun sangat membantu. Kalau korang ada plan nak bercuti dekat dekat je dalam Malaysia ni, apakata cuba glamping dekat sini.

Kalau ada apa apa soalan nak tanya, boleh drop dekat bawah ni okay? Nanti iols reply. Thanks for reading!













Related search : Cara ke Tanah Aina Fahad, Tanah Aina Fahad Glamping Resort review, Tanah Aina Fahad Glamping, Tanah Aina Fahad Raub, Tanah Aina Resort, Tempat Glamping Malaysia, Pusat glamping malaysia, pusat glamping di pahang, tempat menarik untuk glamping, senarai tempat glamping best


Monday, January 27, 2020

Lokasi Surau Di Everland Theme Park Korea | Musolla @ Prayer Room At Everland Theme Park


Entry yang ni aku taknak cerita banyak pasal Everland sebabnya haritu aku tak nyempat pun nak explore Everland ni. Bila dapat itinerari pun aku dah boleh agak memang tak sempat. Masa yang di allocate dekat sini pun cuma 4 jam je. Sepatutnya kalau datang Everland ni, kena duduk dalam ni sehari suntuk. Baru lah puas. Kan?

Tapi secara ringkasnya Everland ni merupakan theme park terbesar di Korea dan dibawah pengurusan Samsung C&T Corporation. Salah satu main attraction yang femes dekat sini ialah T-Express Roller, iaitu coaster kayu yang mana katanya yang ke - 5 terpantas di dunia. Gila kauu. Ofcos la aku taknak naik hahahha.



Aku kalau zaman muda mudi sikit dulu, layan jugak la ride ride extreme macam ni. Tapi semakin menginjak usia ecehhh terus rasa macam dah tak ada mood. Lagi suka jalan jalan and bergambar je dari naik ride. 

Kitorang haritu cuma sight seeing jalan jalan dekat kawasan zoo je, layan tengok binatang. Selebihnya tu kitorang guna untuk solat, makan, ulang alik ketandas (sebab sejuk) dan bergambar haha 'lame' nya laa cara orang tua tua spend time dekat theme park kan wakakak.




Dekat Everland ni terbahagi kepada 5 tema ; 


1. Global Fair
Mostly menempatkan restoran, cafe, kedai souvenier, locker dan tempat sewa stroller.

2. Zoo-topia
Ni yang kitorang pergi haritu. Bahagian ni ala ala safari. Macam macam haiwan ada ;beruang kutub, singa laut, penguin, beruang, harimau, panda, and macam macam lagi.

3. European Adventure
Dekat sini ada taman ala ala eropah. Katanya masa musim bunga, banyak bunga tulips cantik dekat sini. 

4. Magic Land
Kalau suka main ferris wheel, dan ride yang banyak pusing pusing, boleh datang sini. 

5. American Adventure
Kawasan yang bertemakan sejarah Amerika. Terbagi kepada dua kawasan iaitu Wild West dan Rodeo.



Download apps EVERLAND 

Untuk setiap attractions, ada waiting time. So untuk maksimumkan masa bila dekat sana, sebaiknya pergi la ride yang waiting time nya sekejap. Jadi takdela mereput tunggu lama lama. Untuk tengok live update Waiting Time bagi semua attractions, shows dan ride, korang boleh download apps 'EVERLAND' ni. Senang boleh tahu juga mana attractions yang tutup. Takde la sia sia dah menapak tengok tengok tak boleh main haha.




Hm okay sekarang jom cerita pasal surau.

Okay adalah untuk makluman korang, surau dekat Everland ni ialah jenis CAMPUR. Maksudnya takde surau asing untuk lelaki dah perempuan. Since kitorang datang berkumpulan. Maka dapatla kitorang conquer haritu. Dahulu kan wanita dulu solat, lepastu baru lelaki. Yang bagusnya surau ni dah dilengkapi kelengkapan tempat berwudhu. So takde la jenuh nak pergi toilet jauh jauh ataupun ambil wudhu guna spray bottle. 

Cuma masalahnya ialah, surau tu SANGAT SANGAT SANGAT KECIK. Cuma boleh memuatkan dalam 4,5 orang je boleh solat dalam satu satu masa. Itu pun bersempit sempit. But apa apa pun, thanks to Everland's kind consideration untuk sediakan satu surau dekat sini. Telekung rasanya tak ada haritu. Cuma ada sejadah. Aku tak perasan ada ke tak telekungnya sebab haritu aku guna telekung yang aku bawak sendiri.


So, cara cara untuk ke surau ni ialah 

Cara Untuk Ke Surau di Everland Theme Park

*How to get to the musolla




(Dari arah pintu masuk Everland) *From the entrance

1. Jalan straight sampai melepasi kawasan yang ada pokok magical besar ni (walk straight until you passed the big fancy tree)


2. Pergi kearah Sky Way Gas Station  untuk naik gondola/ cable car (Look out for Sky Way Gas Station and hop on the ride)



3. Sesampainya ke penghujung, keluar dari souvenier shop tu, korang pusing kiri (Once reached to the end point, turn left when you exited the souvenir shop)


4. Jalan dan cari Shooting Ghost (Look for Shooting Ghost)

Tengah tunggu giliran nak solat

5. Surau terletak betul betul bersebelahan dengan Shoot Ghost tu (The musolla is exactly next to the Shooting Ghost)

Ayah Su jadi model hehe

6. Tandas pula dekat seberang daripada bangunan ni (if you're looking for the washroom, it's at the opposite)

Note : There's ablution area inside the musolla. 

Hopefully bermanfaat untuk korang semua. Jalan jalan juga, solat jangan lupa. Okieeee?





Friday, January 24, 2020

Cara Claim Tax Refund (VAT) Di Incheon Airport



Bila ber-shopping di Seoul haritu, rata rata promoter atau sales girl dia mesti encourage aku untuk beli banyak lagi untuk reach certain amount bagi mendapatkan tax refund. Average spending amount dalam 30,000 won keatas dalam satu resit, boleh dapatkan tax refund. Tapi tak semua kedai boleh dapatkan tax refund tau. So korang kena la tanya kedai tu tak pun look out for this sign ;



Untuk process claim tax refund, kita kena la simpan semua resit perbelanjaan tu dengan rapi, dan pastikan ada passport. Bila sampai dekat airport, boleh terus cari self service tax refund kiosk untuk scan resit resit korang tu untuk dapatkan tax refund.

Cara nak dapatkan tax refund

Cara nak dapatkan tax refund ni senang je sebenarnya.


1. Sampai awal di airport

Make sure korang sampai lebih awal ke airport. Kenapa? Sebab semua proses ni makan masa. Untuk dapatkan tax refund, korang kena masuk dalam dulu dan dekat sana ramai orang nak collect tax refund juga. So akan agak memakan masa. At least allocate 4 jam sebelum departure time untuk ada terus dekat airport ok?

2. Cari Tax Refund Kiosk

Bila sampai je di airport, korang boleh cari self tax refund kiosk machine macam dekat bawah ni untuk scan resit korang. Yang aku pergi ni dekat hujung sebelah kaunter M. Make sure masa ni bawa sekali passport. Dekat machine ni ada banyak pilihan bahasa. Even Bahasa Melayu pun ada. Tapi haritu aku guna English je. Sebab kadang tu term term BM ni sastera sangat even aku pun tak paham haha *teruknya. Just follow je instruction dekat situ.


3. Scan resit dan passport. 

Hanya resit yang didatangkan dalam sampul tax refund dan resit yang ada qr code je eligible untuk tax refund. Bila dekat machine ni korang cuma perlu scan resit dan passport je. Untuk dapatkan duit, kena masuk check in dulu dan pergi ke GATE 28 . Dekat sini ada 4 kaunter tapi masa aku pergi haritu buka 1  kaunter je. So normally line dekat sini memang panjang. Sebab tu la apa apa hal kena datang awal ke airport untuk setelkan semua ni.

4. Refund Currency

Ada 3 pilihan mata wang/ currency yang kita boleh pilih.

  • USD
  • Japanese Yen
  • China RMB/Yuan


Manakala bakinya dipulangkan dalam Korean Won.

So macam aku haritu, aku pilih USD. Total spending yang aku boleh claim untuk tax refund ada laa dalam 80,000 won and tax refund aku dapat dalam USD3 dan 1,100 won hahahahha. lepas laa buat beli Starbucks ye dak? Duit tetap duit. Selagi boleh claim, kita claim.

Ini resit untuk refund yang kita dapat


Nak tax refund atau additional item?

Masa di Myeongdong, aku ada juga shopping skin care dan cosmetics dekat sana. And ada beberapa kedai yang bagi option untuk aku pilih sama ada nak TAX REFUND atau nak dapat ADDITIONAL ITEM? 

Yang menariknya, kadang tu barang yang dorang offer tu nilainya lagi besar dari nilai Tax Refund ciputt yang kita boleh dapat. Ada satu kedai tu aku beli 2 botol skincare, pastu dia bagi option untuk kalau aku taknak tax refund, aku dapat lagi free 2 botol uwahh. Ofcos la aku pilih option dapat 2 botol free kehkehh. Tapi, pilihan tergantung pada korang camner la. Dan tak semua kedai offer macam tu. Aku ada try tanya  ada tak option yang sama dekat kedai lain, tapi diorang tak layan hewhew.

Heran pulak aku macam mana diorang boleh offer camtu. Tapi tak kisah la yang penting dua dua option pun menguntungkan. Jangan dah belanja banyak banyak, kau biarkan je tak claim tax refund tu. Rugiiiiiii~


Additional tips :

Since tak semua kedai ada offer tax refund, adalah digalakkan untuk korang survey dulu kedai mana nak pergi. Kalau rasa rasa takat nak beli 1 barang je dan nilai tak sampai 30,000 won, rugi la. Better pergi departmental store tak pun contoh nak beli skincare atau makeup tu, boleh cari Aritaum (untuk Laneige, Mamonde etc) takpun Olive Young (ala ala watsons) , so boleh cari semua benda dekat satu tempat je.


Aku ada baca few blog lain yang katanya kena isi form. Tapi masa aku buat claim haritu takde kena isi form pun. Semudah


PERGI TAX REFUND KIOSK ⇢ SCAN RESIT DAN PASSPORT ⇢ PERGI GATE 28 ⇢ BAGI PASSPORT DAN RESIT ⇢ DAPAT DUIT

SETEL .




















Related search : Cara apply tax refund di Incheon Airport,Cara Klaim Tax Refund di Seoul,Tax refund incheon airport, cara isi form tax refund incheon airport

Thursday, January 23, 2020

Tips Berurusan Dengan Imigresen Korea : Pengalaman Di Soal Siasat & Cara Isi Arrival Card



Sekarang ni tengah dengar dengar banyak kes pelancong Malaysia dihantar balik lepas sangkut dekat Imigresen Korea Selatan. Rata ratanya sebab pihak Imigresen sana cepat suspicious dengan rakyat Malaysia ni sebab risau kita datang atas niat untuk bekerja. Mana taknya, dengar kata beribu rakyat Malaysia jadi pendatang dekat sana & overstayed. So sekarang ni pihak imigresen Korea memang agak strict dan diorang akan mula tanya macam macam soalan untuk kenal pasti tujuan kita datang ke Korea. Untuk bercuti ke? Jumpa ahli keluarga ke? Atas urusan bisnes ke?

Aku banyak baca juga orang lain punya cerita. Seram ye wakk. Ada yang katanya dihantar balik sebab taktahu nombor plate bas untuk ke Nami Island. Ada pula yang paling latest aku baca, ada sekumpulan kawan kawan ni dihantar balik sebab disyaki datang untuk bekerja. Tak pasal pasal burn habis semua hotel dan tiket entrance yang dah beli.

Aku selalu refer posting dekat group Facebook. Dekat situ, ramai yang share pengalaman bila disoal siasat pegawai imigresen. Pokok pangkalnya yang aku boleh buat kesimpulan based on apa yang diorang share ialah, yang penting kena tahu hala tuju sepanjang dekat sana. 

Nama dan alamat hotel kena tahu, jadual perjalanan pun kena tahu, and yang penting duit poket dekat tangan pun kena la mencukupi sesuai dengan berapa hari korang ada dekat sana.

our first snowfall together / before departure KL - ICN
Masa aku pergi sekali dengan family aku minggu lepas, time dekat Imigresen tu pakcik aku kena tahan dan disuruh masuk dalam bilik siasatan. Puas kitorang tunggu dia tapi tak keluar keluar. Rupanya kena tahan. Tapi Alhamdulillah nasib baik lepas. Punca dia kena tahan tu kitorang tak sure. Tapi aku assume dua ni :

1. Masa dia isi arrival card, tulisan bercampur sebab ada part dia isi sendiri, ada part mak cik aku isikan. Mungkin tak consistent ke kan?

2. Bab 'pekerjaan' dia tulis 'Businessman' . Dia memang ada bisnes sendiri, uruskan tadika. Tapi mungkin cara dia punya image tak nampak macam pakai baju ala ala businessman, jadi imigresen pun jadi suspicious.

Aku rasa seeloknya korang fikir siap siap nak tulis pekerjaan korang tu apa in detail. So takde la diorang syak macam macam.


Cara Isi South Korea Arrival Card 



Masa di arrival card, korang perlu isi details berikut :



Purpose of visit tu, kalau datang bercuti, tick la 'tour'. Visit tu untuk kalau korang datang melawat ahli keluarga. Bahagian alamat tu, pastikan korang prepare siap siap alamat hotel supaya senang korang nak isi. No phone pula ialah no phone hotel yang korang akan menginap.

PENTING : Pastikan tarikh lahir diisi ikut format yang dinyatakan. Jangan confident main isi je laju laju. Sebab dekat Malaysia biasanya kita isi DD/MM/YY kan? Haa ini dimulakan dengan TAHUN.

Contoh :

1987/01/31


Bin dan Binti tulis macam mana? 

Bab Family Name dan Given Name tu, sila rujuk boarding pass korang. Tengok nama tu terpisah macam mana. Selalunya untuk kita confuse bab BIN dan BINTI tu nak campak mana kan? Tapi untuk aku, biasanya aku letak BINTI dekat bahagian Family name. So nama aku akan jadi 

Given name : Farah
Family name :  Binti Dafri

Ada orang yang tak letak BIN/ BINTI terus. Ini kadang kadang mendatangkan confusion untuk pihak imigresen sebab diorang ni familiar dengan korean character so bila jumpa alphabet macam ni dan BIN/ BINTI tu hilang dan takde macam dalam passport, pertikaian akan muncul. So to be safe, isi je macam aku isi tu. Okay? Yang penting ejaan nama WAJIB SAMA macam dalam passport.

Lagi satu tips yang ramai share ialah, DRESS TO IMPRESS

Appearance tu penting. Be sure to look presentable dan ala ala holiday mode on. Baru la tak nampak macam wajah wajah nak petik buah hehe.

So, kes pakcik aku tadi tu. Macam mana dia boleh passed sesi siasatan imigresen tu?

Pakcik aku berjaya lepas bila dia bagi pegawai imigresen tu kitorang punya travel booklet. Booklet ni disediakan oleh kami punya travel agent. Dalam booklet tu memang dah lengkap disenaraikan nama hotel, no telefon hotel, no telefon tour guide beserta senarai itinerari. So bila pegawai Imigresen tengok tu, dia macam "ooooo okay" dan meyakinkan la yang kita datang ni untuk bercuti.

So ni aku share dengan korang contoh booklet yang tour agency aku bagi. Boleh la korang buat macam ni jugak. Aku pun nak start buat satu untuk next Korea trip bulan 3 ni. Nanti aku share pulak yang aku dah siap buat okay?


Detail flight pergi dan balik. Nyatakan selengkapnya nombor flight, tarikh dan masa

Ringkasan jadual perjalanan



Maklumat hotel atau tempat penginapan & senarai waktu solat

Maklumat kaji cuaca dan tukaran wang asing

Jangan lupa letak sekali no telefon dan alamat kedutaan untuk kegunaan disaat kecemasan



Ini yang disediakan oleh tour agency kami. Kalau untuk trip sendiri, rasanya kena lebih detail. Kalau ada plan nak masak sendiri dan bawa bahan makanan dari Malaysia, pastikan korang senaraikan juga bahan bahan yang korang bawa untuk rujukan kastam dan imigresen.



Related search : soalan lazim imigresen korea tanya, tips imigresen korea, cara sediakan itinerari perjalanan, contoh itinerari perjalanan, cara jawab soalan imigresen korea, 



On My Instagram