Rinching Terrace Lokasi Perkahwinan Yang Eksklusif Dan Cantik Untuk Orang Bangi, Kajang Dan Semenyih

Thursday, December 26, 2019


Hi Assalamualaikum

Masuk tahun 2020 ni nanti, nak masuk 3 tahun dah aku kahwin. Masa aku nak kahwin tu, jenuh juga la nak cari venue yang sesuai untuk buat majlis. Sesuai tu dari segi harga, lokasi, dan juga kapasiti. Tapi sekarang ni, untuk bakal pengantin, dah makin mudah dah nak cari venue dan pakej perkahwinan yang bersesuaian. Sebab konsepnya sekarang, dah ada banyak event space yang menyediakan tempat untuk buat majlis kahwin lengkap sekali dengan dekorasi, makan, pakaian dan andaman. 

Kalau korang tercari tempat untuk adakan majlis kahwin berdekatan kawasan Bangi, Kajang dan Semenyih, korang boleh masukkan Riching Terrace kat dalam list korang.

Terletak di lokasi paling strategik antara Bangi dan Kajang, Rinching Terrace Wedding & Events (Rinching Terrace) ialah lokasi terbaru yang mempesonakan sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan eksklusif atau apa apa acara sosial dan korporat. Masa aku gerak dari Saujana Impian nak kesini, Google Maps bawak aku lalu jalan dalam yang belah Semenyih tu. Naik tol LEKAS. Tapi sebenarnya bagi aku lagi senang kalau lalu dekat Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar dekat Exit Bandar Mahkota, dekat je. Kalau dari Bangi Golf Resort tu dalam 10 minit je.




Asalnya masa tahun 2018, Rinching Terrace ni hanyalah sebuah kawasan hutan terbiar. Tapi sekarang tengok lah! Dah jadi satu kawasan penuh dengan hijauan dan kemasan landskap yang cantik dan nampak eksklusif. Kalau nak buat wedding ala ala tema garden tu, ha memang ngam la buat dekat sini.

Di Rinching Terrace ni, boleh memuatkan 1500 tetamu dalam satu majlis. Kemudahan asas pun serba serbi lengkap untuk keselesaan tetamu korang. Ada tandas, surau, dan kawasan parking yang luas dan mencukupi. Takde la pening pening nak cari parking sampai ganggu lalu lintas kan?

Selepas 2 tahun, sekitar kawasan Rinching Terrace ni sudah pun dipenuhi dengan landskap rumput asli nan menghijau dan pohon-pohon renik serta dihiasi dengan pokok-pokok tua berusia ratusan tahun. Antara pokok yang ditanam ialah pokok kemuning (orange jessamine) yang berusia lebih 100 tahun dan pokok ‘tree man’. 

Rinching Terrace menawarkan 3 lokasi utama untuk korang pilih bersesuaian dengan majlis korang. Kalau untuk majlis besar, lagi sesuai ambik ketiga-tiganya sekali. Tapi ni bergantung pada bajet masing masing.


Layout dekat Rinching Terrace ni merangkumi :

  • Rinching Terrace Glass House
  • Khemah Agam (Marquee Tent) 
  • Taman Terbuka (Garden) 

Rinching Terrace Glass House 

Ianya merupakan sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo ni ialah bila tengok dari pandangan depan, nampak macam satu tingkat. Tapi sebenarnya banglo ini mempunyai tingkat bawah yang menghadap taman.

Dari segi konsep interior, Glass House menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas di seluruh silingnya. Flooring dalam Glass House ni menggunakan kemasan kayu berlaminate. So automatik buatkan suasana lebih eksklusif dan natural.


Saat menjejak kaki kedalam Glass House, memang kita akan terus nampak pelamin. Kedudukan pelamin bertentangan dengan pintu masuk tu memang optimum la bagi aku, sebab bila tetamu masuk je, cakkk terus nampak pengantin. Lagipun bagi aku keluasan dan kedudukan pelamin tu memang dah ngam dan cantik sangat. Bila dihias dengan bunga bunga, tambah pula dengan ada chandelier dan lighting yang bersesuaian, memang cantik! Bila dalam gambar pun nampak nice sangat.


Meja makan beradab


Istimewanya pelamin ini, kedudukannya berlatar belakangkan dinding kaca tidak ditutup. So memang boleh nampak pemandangan hijau dekat belakang dan natural light pun banyak masuk. Bila tetamu datang nak berselfie dengan pengantin pun lighting onz! Takde la muka nampak pelik sebab bayang bayang artificial light atas muka hehe. Tak caya? Ha ni contoh gambar selfie dekat depan pelamin ni. Memang cantik kan lighting?




Dalam pakej yang ditawarkan di Rinching Terrace ni, memang termasuk sekali pelamin. Ada beberapa jenis design yang korang boleh pilih. Bagi pakej Platinum pulak, ha korang ada kuasa untuk request nak design pelamin macam mana yang korang teringin. Nak ala Disney? Ala halloween? Haha belasah laa cemana pun. Janji happy.

selit satu gambar syok sendiri atas pelamin muehehe

Ingat tak aku cakap yang banglo ni sebenarnya 2 tingkat? Ha dekat bahagian bawah banglo di terdapat dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin nya uas dan selesa dilengkapi dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air. Manakala bilik rehat pula disediakan untuk keluarga pengantin atau keluarga pihak sebelah yang datang bertandang. Bilik ini lengkap dengan sofa, kabinet, meja sisi, karpet dan penghawa dingin. Surau dan tandas pun semuanya ada di tingkat bawah banglo ni.

Khemah Agam (Marquee Tent)

Khemah agam ni terletak di sebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Khemah ini dikhaskan untuk para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung dan mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa.




Kebiasaannya, majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemah untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap dan bersanding. Bagi tetamu yang dah sudah makan, boleh la bergerak ke Glass House pula untuk jumpa pengantin. 

Sekiranya korang taknak ambik pakej sekali dengan Glass House dan memilih untuk sewa khemah ni je, boleh juga untuk pasang pelamin dan bersanding dekat bawah khemah ni. Sebab memang ada pentas disediakan dan sesuai untuk pasang pelamin dekat situ. Apa apa pun, benda boleh bincang wak yee. Kita kasi kawtim dengan pihak Rinching Terrace. Okay?

Taman Terbuka (Garden)

Terletak di bahagian belakang khemah dan Glass House, taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian. Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis.

Korang boleh mengadakan majlis tanpa mengira waktu – siang atau malam. Kalau malam, lagi cantikk bila dipasang ‘fairy lights’ dan kanopi lut sinar.



contoh suasan bila buat wedding waktu malam

Boleh bayangkan tak kalau tengah buat majlis dan bersanding tu, kedengaran kicauan unggas, desiran pancuran air nan lunak, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan bahagia. Pastinya akan membangkitkan hormon oksitosin (hormon cinta). Gittewww~

Hanya satu satu majlis diadakan pada yang satu masa. So jangan risau la kalau bersesak dengan majlis orang lain ke apa ye? Kalau bercadang nak buat majlis untuk 1000 orang jemputan tu, memang sesuai sangat dekat sini. Parking area pun luas dan bertar. Takdela nak stress stress kalau jalan lecak sebab hujan. Dan untuk warga tua atau sesiapa yang berkerusi roda pun mudah.

Good to know : Rinching Terrace Wedding & Events (Rinching Terrace) beroperasi di Riching Hilir, Kajang, Selangor. Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dalam taman yang paling eksklusif dan terbesar di Lembah Kelang khususnya di kawasan Bangi, Kajang dan Semenyih. Rinching Terrace meliputi kawasan persendirian seluas 7 ekar dengan 2 ekar telah dibangunkan menjadi sebuah lokasi perkahwinan yang berlatar belakangkan alam semulajadi dan landskap taman yang indah. Rinching Terrace menyediakan pelbagai pilihan lokasi iaitu banglo Glass House, khemah agam dan taman terbuka atau berkanopi lutsinar, sesuai untuk sebarang acara dan boleh memuatkan 1,500 tetamu dalam satu majlis.

Rinching Terrace menawarkan pakej lengkap yang terdiri dari lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Pendek kata, korang dah tak payah bersusah payah nak caro pakej yang terbaik sebab semuanya telah tersedia.

Tiga pakej istimewa yang berpatutan yang ditawarkan ialah;

Marquee Tent Only RM38,800 untuk 1000 tetamu.
Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM44,800 untuk 1000 tetamu.
Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM51,800 untuk 1000 tetamu dengan lebihan menu dan pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.





Untuk pengetahuan korang, Rinching Terrace hanya bekerjasama dengan rakan niaga yang terbaik sahaja di dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara ini. Bagi memastikan urusan majlis korang terjamin, Rinching Terrace telah melantik tiga rakan rasmi eksklusif iaitu Afkar (afkar_katering), Miezipro (miezipro) dan SASES (sases.official).


Mereka ini dah lama berkecimpung dalam industri perkahwinan dan begitu terkenal dengan reputasi servis mereka yang terbaik dan telah berpengalaman menjayakan acara yang melibatkan ramai VVIP. so, chill okay? hari istimewa korang akan diuruskan oleh yang professional sahaja.

Masa majlis pra pelancaran haritu, aku sempat la cuba beberapa menu makanan yang disediakan katering Afkar tu. Sedap juga. Memang betullah diorang ni berpengalaman bab menyediakan makanan untuk majlis besar. Kualiti masakan terpelihara, pilihan banyak dan semuanya sedap sedap.





So kesimpulannya, bagi korang yang bakal berkahwin dan masih tercari cari lokasi untuk melansungkan majlis korang, cuba la survey Rinching Terrace ni. Try juga pergi masa hari food tasting dia untuk rasa sendiri masakan katerer diorang. For more info boleh contact diorang dekat nombor dan email bawah ni ye.


ALAMAT: 

Riching Terrace,
Riching Hilir,43500 Kajang, Selangor

Tel: 019 390 8527 
Email: rinchingterrace@gmail.com 
IG: rinchingterrace









Related keyword : dewan kahwin bangi, dewan kahwin semenyih, dewan kahwin kajang, pakej kahwin bangi, pakej kahwin kajang, pakej kahwin semenyih, lokasi majlis perkahwinan bangi kajang semenyih, pakej kahwin bawah RM10000, pakej kahwin bawah RM20000, pakej kahwin bawah RM50000

1 comment

  1. apapun, kak pip selain iklan pakej perkahwinan,
    ada juga iklan ubat gigi , model2 semua senyum cantik ja gigi ....

    ReplyDelete

On My Instagram