Majlis Perasmian Cawangan Terbaru Q & M Dental di Eko Cheras Mall

Tuesday, December 17, 2019


Hello gais!

Kalau cakap pasal penjagaan kesihatan oral, atau nama lain dia, kesihatan gigi, selalu orang terlepas pandang. Padahal nya, kesihatan gigi sama penting nya macam jaga kulit muka, dan badan. Amboi masing masing nak muka flawless tapi gigi rosak, mulut berbau buat tak kisah pulak kan? Sebab tu penting kena dating dengan dentist korang dengan kerap. Tapi aku yang cakap ni pun sebenarnya lama dah tak jumpa dentist haha. Sejak sejak dah cabut braces, dah tak jumpa jalan nak pergi klinik gigi wakakakkaa.

Tapi lepasni senang dah nak cari klinik gigi yang best sebab cawangan terbaru Klinik Pergigian Q & M dah pun dibuka di Eko Cheras Mall. Haa kira dekat juga la dengan rumah aku. Lagipun bila dekat dalam mall, boleh la ajak Hilmi teman. Agak agak dia boring nunggu, boleh pergi pusing pusing jalan masuk MR.DIY ke kan? hehe.





Yang menariknya, baru baru ni masa aku pergi majlis pelancaran cawangan terbaru diorang dekat Eko Cheras Mall, Dr. Ng Chin Siau iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Q & M dan Profesor Toh Chooi Gait, Pro Naib Canselor (Pembangunan Strategik dan Antarabangsa) di International Medical University (IMU), menyatakan yang diorang akan mula melaksanakan penggunaan sistem AI dalam menjalankan rawatan.


Katanya, sistem AI dapat mengelakkan kesilapan diagnosis melalui tafsiran radiografi automatik dan mencadangkan pelan rawatan daripada amalan semasa yang terbaik. Dengan sistem AI yang sedang dibangunkan hasil kerjasama IMU, Q &M ingin memperkenalkan rawatan pergigian yang beretika dalam industri tersebut serta membawa penjagaan kesihatan pergigian yang berkualiti dan boleh diakses kepada semua orang.

"Kami merasakan bahawa teknologi AI boleh digunakan untuk mengisi jurang dalam penjagaan pesakit kerana ia dapat memberikan pelan rawatan yang terbaik, juga memberikan analisis yang holistik terhadap keadaan pergigian pesakit," kata Dr. Ng.

Profesor Toh juga berpendapat bahawa, "Sistem ini akan membantu dalam membuat keputusan klinikal yang kukuh, amalan berasaskan bukti dan menggalakkan komunikasi dengan pesakit. Bagi pesakit, mereka boleh mendapatkan diagnosis yang tepat dan pilihan rawatan terbaik di samping dapat mengelakkan kesilapan disebabkan penilaian peribadi dan sikap berat sebelah.” 


Bermula dengan sebuah klinik je  pada tahun 1996, Q & M sekarang dah pun menjadi sebuah kumpulan penjagaan kesihatan pergigian swasta terbesar di Singapura dengan 78 buah klinik pergigian di seluruh negara. Selain Singapura, Q & M juga memperluaskan kewujudannya di Malaysia dan China. Sejak penubuhan klinik Q & M pertama di Malaysia pada tahun 2010, mereka kini mempunyai 30 buah klinik dengan 130 kakitangan termasuk doktor gigi umum dan pakar pergigian.


Masa sesi temu bual haritu, Dr.Ng ada berkongsi juga beberapa pandangan dia berkaitan dengan kesihatan pergigian rakyat Malaysia secara umum, katanya ;


"Kesedaran dan pengetahuan tentang rutin penjagaan kesihatan mulut yang baik masih kurang di Malaysia. Malah di bandar-bandar utama dan kawasan bandar, ia masih menjadi suatu cabaran kerana kesihatan mulut tidak dianggap sebagai bahagian penting bagi seseorang."


-- Part ni aku sebenarnya setuju. Sebab aku sendiri pun kadang kadang terlepas pandang bab kesihatan mulut ni. Jom kita sama sama ubah dan mula ambil berat bab kesihatan mulut ni. Rasa lama pulak tak pergi scaling gigi ni. Penting taw kena rajin scaling, sebab kalau tak kita akan mudah dapat masalah gusi berdarah, dan lagi teruk, gigi akan mula bergoyang. Takut kan?

Yang terbaru, Q & M  umumkan pembukaan Kolej Pergigian Q & M, iaitu sebuah kolej swasta yang menawarkan diploma kepada lepasan ijazah dalam bidang pergigian klinikal. Kolej ini menawarkan sembilan modul iaitu ortodontik, endodontik, implantologi, periodontik, pergigian laser, pembedahan mulut dan maksilofasial, pergigian CAD/CAM dan pergigian digital, pergigian protodontik dan restoratif serta pengurusan pesakit dan etika dalam pergigian. Kursus peringkat diploma ini merupakan program berstruktur yang meliputi kuliah, arahan secara fizikal dan merawat pesakit di bawah penyeliaan jurulatih klinikal.


“Dengan kewujudan Kolej Perubatan Q& M ini, kami berharap dapat melahirkan generasi baru pergigian dengan kepakaran tambahan dalam bidang kemahiran pembedahan canggih. Selain doktor-doktor gigi di Singapura, kolej ini juga menerima pengamal-pengamal yang berminat di Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan China," tambah Dr. Ng. Kumpulan Pergigian Q& M akan terus mengembangkan namanya dalam pasaran sedia ada di Singapura, Malaysia dan China dengan mengusahakan peluang pemilikan institusi pergigian serta pengeluar bekalan pergigian yang besar dan mantap di rantau ini. Kumpulan ini juga aktif mencari rakan kongsi tempatan di negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Kemboja, Myanmar dan Vietnam dalam beberapa tahun akan datang.


Bilik rawatan 1 | Gambar sumber http://www.ciklilyputih.com/

Bilik rawatan 2 | Gambar sumber http://www.ciklilyputih.com/

Mesin Xray untuk full scan gigi | Gambar sumber http://www.ciklilyputih.com/

Okay gais, kalau nak buat apa apa rawatan berkaitan gigi boleh laa ke mana mana cawangan Klinik Q & M . Untuk senarai penuh cawangan boleh check di www.qandm.com.my




For more info : 




Post a Comment

On My Instagram