Thursday, June 20, 2019

7 Aktiviti Aku Buat Sepanjang 2 Bulan (Tak bekerja)

Haluuu pipol!

Rasa keji pulak blog dah lama tak berupdate. Rasa macam mengabaikan tanggungjawab haha. Maafkan daku wahai belog. Lama sangat tak jenguk sampai macam macam keanehan berlaku dekat belog ni. Link not secure la apelaa. Cemana nak fix benda ni eh? any idea?

 takpela tu cerita nanti. Sebagai muqaddimah pembukaan semula belog ni, kita buat summary sikit apa yang menarik dan event highlights sepanjang 2, 3 bulan lepas.

Signing off from PayPal
(2 April 2019)

Yas. Yo gal work PayPal no more. KL Site is closing down so babai. 1 tahun setengah aku dekat situ. Sedih juga la sebab dah selesa kerja situ, kawan kawan pun best, environment pun but takpela. Ada rasa lagi better dekat tempat lain. InsyaAllah



btw lanyard ni aku simpan buat letak access card rumah haha. 
Bila pakai fefeeling macam pergi kerja lagi je. Uhuuu rindu :')


My first AirAsia Event

Excited masa dapat email dapat jemputan pergi event AirAsia hewhew. Sebab menagih dapat complimentary big point wakakak. Masa aku pergi ni sempena dia promosikan menu terbaru dalam range Santan. Best! Sebab dapat rasa macam macam menu yang ada atas flight and ada lebih lebih dapat bungkus bawa balik rumah haha. Burnt cheesecake dia sedap gilo!




Ada tema tema korea sikit sebab diorang promosikan menu from celebrity chef korea. So merasa la pakai hanbook ni. Omey tak?

Braces off

Ini rasa macam dah cerita tapi takpela, cerita lagi. Masa bulan Januari lepas lagi aku dah cabut braces, wehoo. Cuma yang tak bestnya, still kena guna retainer. Doktor cakap kena pakai lagi setahun dua. Tapi aku tak yakin la. Aku syak aku kena pakai benda ni seumur hidup. Sebab bila lupa pakai sehari pun, gigi dah gerak. huhuhu. So far , rasa lagi yakin, dalam gambar pun kerja nak sengih je sebab gigi dah lawo Alhamdulillah. Gigi dah setel, cuma nak kurus je belum fullfil dalam wish list aku.





Personal Shopper Christy Ng

Haritu, aku saje la jenjalan event jualan raya dekat Menara Bank Rakyat. Lepastu ternampak Christy Ng ada buat sale. Nak jadikan cerita, aku saja la ambik gambar and post dekat facebook. Tapi tengok tengok ramai request mintak aku tolong belikan. Maka dengan tak sengajanya, aku terjadi la Personal Shopper Christy Ng. Dalam tempoh 3 hari, dapatla aku collect 80 pcs bag. patah pinggang juga nak packing sebab benda nya kena wrap elok elok. Tapi ramai juga yang datang cod and collect sendiri. So jimat sikit tenaga aku dekat situ. Sebabkan aku banyak ambik order haritu, manager dia offer untuk aku jadi official personal shopper diorang . So lepasni, any sale updates, aku share dengan korang k? wiwiwiww





Selamat Hari Raya!

Raya aku rasa macam lebih kurang je dengan tahun tahun sebelum ni. Cuma sedih jela atuk and nenek dah takde. Tapi still balik kampung.  Haritu aku balik both side aku dengan Hilmi. Belah aku dekat Pahang (Jengka & Kuantan). Hilmi pulak Kelantan. Disebabkan aku dah tak keje, maka secara automatik, aku cuti raya sebulan hahaha.



Actively creating content on Instagram

Aku lately start rajin sikit buat video and edit. Banyak video aku, video makeup makeup. Walaupun aku makeup takde la lawo, pro pun idok. tapi aku anggap tu exercise untuk bagi aku gunakan masa aku dengan benda bermanfaat and sambil tu dapatla naikkan engagement instagram aku. At least aku share benda beneficial and content sendiri. Bukan post campaign or promote barang je manjang. Kan kan?


L'Occitane The Gardens ; Demo Youth Oil

Ni event semalam aku pergi. Diorang demo kan macam mana oil ni berfungsi pada kulit. Oil ni bantu untuk serum kita dapat bertindak lebih pantas dan cepat. Sebab macam bagi support untuk bantu produk tu penetrate into deeper layer of our skin. Dalam botol tu dia isi air je. Aku memula taktahu. Time ambik gambar tetiba ada benda meleleh and macam tumpah. Cuak weh sebab oil tu mahal. Ingatkan memang oil yang terkeluar, rupanya air huhuhu. 

p/s : harga untuk 30 ml : RM480 #pengsan tapi oil ni power gila. Banyak review bagus bagus. 



okay dalam ni baru ada oil. bukan air hehe


Okayla sampai sini je dulu aku summarized kan. Sebab tetiba otak aku tepu and aku malas nak scroll cari gambar lelama haha (dasar pemalas) . Baiklah kawan kawan. Sehingga bertemu dalam post akan datang. Bai bai

Tuesday, June 18, 2019

Jazz & Co Melancarkan Koleksi Raya Bersama Dina Nadzir


Selalunya bila berbincang pasal fashion, golong 'plus sizers' selalu rasa dipinggirkan. Yela sebab tak banyak kan jenama yang focus untuk saiz plus size. Paling normal pun up to XL je. Jenama sekarang ni pulak semua nak buat FREE SIZE yang ngam ngam untuk orang badan L je. Dah tu kitorang yang XL keatas ni macam mana pulak? Kitorang pun nak bergayaa!

Good thing now ada brand Jazz & Co yang dah pun baru baru ni lancarkan Koleksi Baju Raya kolaborasi dengan Dina Nadzir. Semua cantik cantik dan up to date taw. So takde alasan lagi dah plus sizers tak boleh bergaya. 






"Sebagai duta, saya berpeluang mendekati wanita yang turut berhadapan masalah rendah diri dan kurang keyakinan diri disebabkan masalah berat badan. Walaupun setiap individu disaran berusaha untuk kekal sihat, namun keyakinan serta kepercayaan kepada diri adalah kunci kejayaan paling utama," -  Dina Nadzir

Syabas Jazz & Co sebab ambil inisiatif sediakan pelbagai rekaan cantik cantik untuk plus sizers. seriously, nak ukur seseorang tu cantik bukan pada rupa atau bentuk badan ya. it's subjective. dan keyakinan diri lah menjadi salah satu point yang buatkan wanita kelihatan cantik, invincible dan charismatic. And to look like one, you need a good pair of outfit :D and oh! baju lelaki pun ada tau dekat Jazz & Co ni. Bukan untuk wanita je.




Selain daripada pakaian koleksi untuk hari raya, Jazz & Co pun ada koleksi pakai kasual yang sesuai dipakai ke pejabat juga. Harga pun sangat berpatutan.  Di samping membeli pakaian berkualiti dengan potongan busana yang cantik, pembeli Jazz & Co boleh membuat pilihan ukuran saiz mereka sama ada 12 hingga 22 untuk wanita dan L sehingga 5XL untuk lelaki. Bermula 9 Mei sehingga 30 Jun 2019, pelanggan boleh mendapat potongan harga sehingga 30 peratus apabila mereka memasukkan kod promo JAZZRAYA2019. Diskaun ini hanya boleh diperoleh sekali untuk satu akaun pembeli, selagi stok masih ada. Di samping itu, penghantaran dalam Malaysia adalah percuma. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Jazz & Co, sila layari Instagram dan Facebook
@jazzncofashion, atau terokai www.jazznco.com untuk melihat pelbagai saiz koleksi dan
pakaian lain yang menarik. 

On My Instagram