Friday, May 31, 2019

"Seronoknya Raya" Bersama SpongeBob SquarePants di WCT Malls

Pergi jalan jalan mall, macam macam dekorasi raya ada dekat tengah tengah mall tu kan? Biasanya tema ala ala padang pasir, tema kampung, tema warna warni, tapi yang satu ni rare betul & cuma ada di cawangan WCT Malls je.


Tema Raya : Spongebob Squarepants!


Unik kan? Bertemakan 'rumah nenas' bawah laut, memang macam masuk dunia Spongebob taw!  Selain hiasan tema Spongebob, ada juga jualan cenderahati unik (termasuk koleksi patung budaya pop edisi terhad) Yang aku pergi ni dekat Paradigm Mall PJ. Katanya, dekat WCT Malls yang lain pun ada juga termasuk Paradigm Mall Johor Bahru dan gateway@klia2.

Kenapa tiba tiba bertemakan Spongebob ni?

Sebabbbbb, bersempena sambutan ulangtahun Spongebon Squarepants yang ke - 20! Perghh tak perasan kan, Spongebob dah masuk 20 tahun. Ni umur dah boleh masuk U dah ni haha. Tak perasan pun pejam celik rupanya aku membesar dengan kartun Spongebob ni. Daripada layan dekat channel Nickelodeon, lepastu layan pulak dekat TV9. Takpernah boring. Semua episode semua best!




Merchandise exclusive Spongebob Squarepants ada dijual sepanjang promosi sambutan RAYA x Birthday Spongebob ni. Selain daripada membeli, korang boleh redeem banyak merchandise percuma juga. Cuma belanja minimum purchase serendah RM200.

  • Belanja RM200 keatas, dapat FREE sampul raya
  • Belanja RM400 keatas, dapat FREE jute bag
  • Dan kalau redeem masa happy hour, dapat redeem button badges.





Wuuuu semua comel!

Disamping membeli belah, bersuka ria selfie dengan balloon Spongebob Squarepant setinggi 7 meter (yang terbesar dengan ketinggian 11 meter dan selebar 6 meter ada di Paradigm Mall Johor Bahru),  Paradigm Mall PJ turun menganjurkan beberapa program amal bersempena bulan Ramadan yang mulia ni. 




Program Amal #SeronoknyaMenolong

Ada dua program amal yang Paradigm Mall PJ anjurkan. Satu ialah ‘A Library of Hope’, sumbangan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan satu lagi, ‘Denim Donation Drive’ untuk membantu ibu-ibu tunggal.

Program ‘A Library of Hope’

Para pengunjung Paradigm Mall PJ digalakkan untuk sama-sama berkongsi dan menyumbang buku-buku baharu atau terpakai, buku teks, buku rujukan, buku pendidikan dan sebagainya dalam apa jua bahasa bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan juga menengah.

Buku-buku boleh diletakkan di kotak sumbangan di Tingkat CC bermula 10 Mei – 9 Jun 2019. Semua buku yang dikumpul akan diserahkan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sungai Buaya, Banting.

Denim Donation Drive

Untuk program ni, korang boleh sumbangkan denim terbaru atau terpakai yang akan diubahsuai menjadi produk kraftangan bagi menyediakan peluang pendapatan untuk ibu tunggal di Suri Lifestyle. 

Pengunjung boleh menyumbangkan apa jua jenis denim baharu mahupun terpakai di kotak sumbangan di tingkat CC bermula 10 Mei hingga 9 Jun 2019.


===========================================


Cuti sekolah dah nak mula, raya pun dah tak lama lagi. So bolehla bawa anak anak ke mana mana cawangan WCT Malls. Sambil shopping, sambil boleh redeem gift, dan anak anak pun seronok boleh jumpa maskot karakter Spongebob Squarepants & Patrick.  





Paradigm Mall PJ : Facebook | Website | Instagram
Paradigm Mall JB : Facebook | Website | Instagram
Gateway@KLIA2 : Facebook | Website | Instagram


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...