DIY Rawatan Rambut Di Rumah dan Dapatkan Produk Murah Di Sini

Thursday, June 1, 2017


DIY Rawatan Rambut Di Rumah dan Dapatkan Produk Murah Di Sini | Sejujurnya, kakak kau ni tak berapa reti bab bab nak jaga rambut ni. Cuma mampu complaint complaint complaint ..

"Ape ni rambut gugur"
"Ape ni kelemumur"
"Ape ni split ends" (terus speaking haha)

Tapi tindakan nya takde. Setakat lumur lumur minyak zaitun RM5.90 beli dekat Mydin je. Konon konon nya nak cantikkan rambut cara paling cheapskate tapi organic gitu . kahkahkah 

Masa aku mula mula kenal Lily time bercuti dekat Sabah dulu, baru aku tahu dia ni jenis particular bab rambut . Banyak juga borak dengan dia pasal cara cara jaga rambut ni. Walaupun si Lily ni bertudung, tapi dia hijabers swag yang tegar ye. siap color rambut meriah meriah okay . Rajin betul dia . Cuba teka warna rambut dia yang latest warna apa?


PURPLE weh!

Gila gempak ! haha . Aku macam ada juga rasa nak warna rambut . Tapi tulah, seorang Farah yang cheapskate ni , bila dengar Lily cakap kos nak warna rambut tu cecah RM400 , hm hm hm jelah sampai kesudah wakakakka .

Bila dah warna rambut tu, kena lah nak kena jaga rambut pula . Kena selalu buat treatment . Baru lah rambut tu tak rosak .

Aku tanya Lily juga, dia pakai jenama produk penjagaan rambut lokal ke apa untuk rambut dia tu, tapi dia kata tak. IMPORT . Kemain kau Lily, mentang mentang adik Aqif Azizan, semua nak 'have have' je kan hahaha .

Tapi seorang Lily menafikan yang dia guna jenama mahal mahal . Dia cakap, dia beli produk produk import tapi yang dah sedia ada dekat Malaysia dan semuanya boleh dapat dekat satu tempat je. Well of course lah dekat kedai, takkan dekat pasar ikan ye tak? k Farah buat lawak hewhewhew.

Lily si hijabers swag dan Farah, ustajah millenia ekekeke

Kebetulan haritu aku ada plan nak ke One Utama, dan Lily pun ada dekat dekat situ, so dia ajak aku teman dia singgah Hair Depot dekat One Utama kejap . Hair Depot ni lah kedai yang Lily cakap ada jual semua spesis produk hair care yang imported dari luar negara tuu . So, inilah masanya aku nak cari produk produk specific untuk penjagaan rambut. Well, sesejak dah berlaki ni. I kena lah grooming lebih sikit ekekeke .

Lily, tolong ambilkan gambar I acah acah tengok barang please mihmih

Ni first time aku jejak kaki masuk dalam Hair Depot ni. Selama ni dok lalu lalang buat buat tak nampak je. Kalau nampak pun aku tak singgah masuk, sebab tak tahu nak tengok apa, nak beli apa. Dah lah aku menyampah kalau promoter kedai tetiba CAKKK dari belakang "YE CARI APE?"

"SAYA CARI KETENANGAN, BOLEH TAK JANGAN SEMAK?" hahahhaa keji nya kalau jawab macam ni kan?

Harga produk produk dekat Hair Depot murah dan berpatutan


Masa aku masuk Hair Depot tu, aku macam terpanjat panjat manja juga lah sebab aku tak expect langsung harga produk produk dekat Hair Depot murah dan berpatutan. Aku ingatkan semua range harga ratus ratus, rupanya banyak je pun produk yang dalam RM20, RM30 macam tu. Kalau yang mahal pun spesis yang memang high end punya takpun produk yang betul betul concentrated macam serum ke apa untuk special hair treatment .


Promoter & staff di Hair Depot semua friendly


Sebenarnya kalau dari awal dulu aku masuk sendiri je dalam Hair Depot ni, should be takde masalah. Sebab promoter & staff di Hair Depot semua friendly je dan sangat membantu bila kita cerita tentang masalah rambut kita. Berdasarkan pemerhatian, diorang nampak profesional and tak judgemental . Takdela macam certain promoter kedai yang lain macam nak tak nak and pandang orang macam "heleh tanya banyak banyak bukan nak beli pun" amboih amboih . Kalau ada promoter spesis camni, jadi tak selera and niat nak membeli terus ter-cancel . Mesti korang pun camtu kan? 


Lily rupanya datang bawak sekampung haha (from left ; YANA, LILY, ME,AIMI)


Elok pulak masa aku datang ni , diorang tengah ada banyak produk on sale. Aku pun setelah di'gula gula' kan oleh akak promoter tu, terjebak juga lah beli seketul dua produk . Most of the products yang aku beli ni di import dari Korea, Japan dan Morocco .

Comel comel kakak edit untuk tatapan awak semua

Sebabkan sekarang tengah trending semua nak Argan Oil. Untuk muka, argan oil. Untuk rambut , argan oil . Untuk badan, argan oil . Ah semua lah argan oil . Dengan si Mira Filzah pun claim guna argan oil, boleh flawless top to toe, aku pun nak juga la weh .

Please do wonders!

Aku beli Argan Oil Serum ni (RM89 - 50ml) . Bagi aku, harga ni sangat berpatutan, dah lah sekarang PROMOSI BELI 1 PERCUMA 1! Lagipun, argan oil ni memang betul betul cold pressed (betul ke terms aku ni) , jadinya molecule dia tak jahannam so kebaikan argan oil tu dapat diserap sepenuhnya pada kulit dan rambut kita.  Akak tu cakap yang ni boleh juga untuk kulit, tapi dah kat depan ni tulis untuk rambut, tak berani pula aku nak lumur kat muka. Kang tumbuh bulu satu hal pulak nak tebas kahkah .

Product information;Hairdepot Argan Oil (50ml)
Promo price : RM89 (BUY 1 FREE 1)
  • Membantu melindungi rambut daripada kerosakan
  • Merawat rambut secara semulajadi
  • Membuatkan rambut nampak berkilat dan cantik
  • Anti-gerbang hantu mak limah haha

YE. Selfie dengan produk itu wajib ehehe

Lagi satu benda yang aku beli ialah Head Spa ni. Ianya sejenis cream bath . Meskipun ada perkataan "bath" , jangan confuse ye kawan kawan. Ia sebenarnya untuk rambut . Aku suka guna head spa ni sebab bau dia aum aum manishhhh bau stroberi , pulak tu lepas guna confirm rambut lembut , ringan dan gebu hahaha gebu? ah tak reti explain, pendek cerita... best lah guna benda alah ni .

Head spa di sebelah kanan. Yang kiri tu macam vitamin ke apa ntah

Product information ;Hair Depot Head Spa (500ml)
Promotion price : RM50 (BUY 1 FREE 1)
  • Sesuai untuk rambut bermasalah . Berfungsi untuk merawat dan menguatkan rambut serta membantu membuatkan rambut lebih mudah dikawal dan lembut

Hair depot ada banyak lagi outlet di seluruh Malaysia


Aku ingatkan Hair Depot ni ada dekat One Utama je rupanya Hair depot ada banyak lagi outlet di seluruh Malaysia. So lepasni, tak kalut dah la aku nak kena pergi One Utama daripada Bangi semata mata nak restock argan oil ni. Dah boleh pergi outlet lain lain pula yang berdekatan . Kalau dah tahap malas sangat tu, nak beli secara online pun ada . Helok sangat , akak suka!

Beli secara online di HairDepot.MY





Rasanya ni end up memang aku beli online je kot. Lagi mudah, tak susah susah cari parking, dan tak payah payah nak membebel cakap parking rate shopping mall mahal pffftt haha .

Terus je pergi website Hair Depot ; 


Eh lupa pula nak cakap, dekat Hair Depot ni tak terhad produk penjagaan rambut je. Untuk penjagaan badan (body care) dan produk untuk penjagaan kulit bayi pun ada . Kalau rasa macam nak feeling bayi bayi, boleh la cuba 'baby care product' diorang. Mana tahu kulit boleh semulus punggung bayi (kenapa mesti punggung? perut dia tak mulus ke? LOL)

lagi GOOD NEWS kakak kau nak share, kakak ada discount code khas untuk pembaca belog kakak yang letop ni wahkahkah ;

Discount code ;
HBE20J
(Sah sehingga 31 Julai 2017)

Berapa diskaun korang dapat dengan menggunakan kod ni? Anda anda anda dan anda akan mendapat potongan RM20 dengan menggunakan kod diskaun ni! Dan TANPA PEMBELIAN MINIMUM . Cerita nya kalau harga barangan tu, RM22, masukkan kod diskaun, automatik barang tu kau bayar RM2 aje! Seronok kan? (postage belum termasuk ye)

Sambil sambil baca blog kakak, sambil buka new tab link www.hairdepot.my . Sambil tu tengok lah banyak pakej set menarik diorang sediakan. Siap combo dengan hair dryer lagi. Pulak tu.. dengan pembelian RM99 dan keatas, korang boleh enjoy free shipping

LAGI LAGI apa yang menarik?

Hair Depot juga selalu bagi exclusive promotion untuk members . Dan promosi ni selalunya diumumkan dekat dalam sosial media rasmi diorang ; Instagram dan Facebook .

Boleh follow teruss untuk jadi yang terawal dapat tahu tentang promotion yang diorang buat okeh?


Berkunjunglah ke outlet Hair Depot berhampiran anda (wah macam ayat iklan) untuk mendapatkan pelbagai produk keperluan penjagaan rambut daripada 21 jenama terkenal yang diimport khas daripada Korea Selatan, Jepun, Itali, German dan USA (termasuklah jenama khusus bagi mengekalkan kecantikan dan kesihatan rambut anda (sambil head banging in slow motion - bagi nampak effect flow rambut tu)

yang ni aku tak beli. main capai je sebab nak ambik gambar haha lol 

Lokasi outlet Hair Depot seluruh Malaysia

Shopping mall : Midvelly, 1 Utama, Berjaya Time Square, Nu Sentral, Amcorp Mall, Pear Point 2, Jaya Shopping Centre, Quill City Mall, eCurve, IPC Mutiara Damansara, Aeon Rawang, KL SOGO, Batu Pahat Square One, Batu Pahat Mall

Street Shop : Kepong Baru, Kepong Metro Perdana, Bandar Sri Damansara, Aman Puri, Taman Bukit Maluri, TTDI, Taman Megah, SS2, PJ, Puchong Bandar Putri, Sri Petaling, Selayang Jaya, Muar Johor, Bukit Indah Johor, Taman Perling Johor.




















Related search : Hair depot malaysia, hair depot outlet, cawangan hair depot malaysia, jenama hair depot, kedai jual hair products, hair products online shopping, hair care online shopping, kedai menjual hair care product, produk penjagaan rambut, masalah rambut gugur, masalah rambut kelemumur, kelemumur, produk untuk rambut gugur, produk untuk kelemumur

2 comments

  1. Wah...menarik...ok nak terjah la..

    ReplyDelete
  2. Assalam...sy nk tnya..produk hair depo ni halal x

    ReplyDelete

On My Instagram