8 Sebab untuk dapatkan Huawei Honor 8



Kalau dalam aspek memilih handphone , tak terhad kepada nak kan phone yang design nya cantik dan in-trend je. Tapi, kenalah ambil kira ciri ciri ada pada handphone tu, sama ada berbaloi untuk dibeli atau tak. Harga pulak , mesti setanding dengan kualiti .

Dengar dengar pulak sekarang ni ... jenama phone terkini yang tengah makin femes dan  power ialah Huawei!

Sebelum ni, kemunculan Huawei dalam mengeluarkan smartphone , orang macam tak ambil tahu sangat . Sebab katanya, phone China. Takut sangat kalau phone tu lopek lopek .

Tapi ... bermulanya daripada kemunculan Honor series daripada Huawei , semua dah mula "WALAWEH ..  BEST WEYY" , sebab phone 'china' yang korang rendah rendahkan , sekarang lagi powerrrr dan semakin power .

Hilmi daripada dulu memang dah selalu puji puji Huawei ni , tapi aku buat tak layan je sebab aku kan budak budak iphone kahkah . Tapi, sejak dia pakai Honor 6 , aku dah perasan "ehh apasal cam best je Huawei ni.. "

Rasa hati ni memang dah lama nak bertukar ke Huawei tapi asyik "Nanti dulu nanti dulu .. "

Sekarangg ...

Bila Honor 8 dan bersedia nak buat kemunculan terbaru , aku jadi tak senang duduk dah . 

Sebab apa? Sebab features terbaru pada phone Huawei Honor 8 ni memang buat aku speechless!

Nah, aku sediakan senarai 8 sebab kenapa aku, kau, dia , kamu , korang semua perlu miliki seketol Huawei Honor 8!!



8 Sebab untuk miliki Huawei Honor 8

1. REKABENTUK DENGAN 15 KEPINGAN GELAS -- ELEGAN!

Rekabentuk Honor 8 yang terbaru ni memang betul betul nampak elegan . How come lah weh so elegant so cantik?


Photo credit : TheGuardian.com

Well tengok ni , di design dengan eksklusifnya menggunakan 15 lapisan kaca dibahagian belakang . Perghh boleh cermin muka sendiri . Berguna sangat bila nak pakai tudung masa kat surau ekekeke .
Cun kan?

2. DUA KAMERA 12 MEGAPIXEL DI HADAPAN!

Didatangkan dengan 2 camera?? 12 MEGAPIXEL??

Photo credit : TheGuardian.com

What whatt? 

Satu phone dengan dua camera power! Automatik menjadikan gambar gambar yang diambil .. hasilnya lebih cantik dan kemas. Dah macam DSLR ! 12 megapixel pulak tu (okay dah boleh jual 
DSLR sedia ada) . Memang sesuai sangat untuk penggila post gambar dekat instagram macam aku ni ekekek .


Pulak tu, kamera Honor 8 ni mempunyai 'aperture' yang besar, boleh lah adjust ikut kehendak kita. Perasan tak kalau gambar guna DSLR, bila fokus pada satu subjek, belakang akan nampak macam blur? Hah tu sebab aperture lah tu. Dengan Honor 8 ni, korang boleh dapatkan hasil gambar super cun macam menggunakan DSLR!


3. KAMERA SELFIE 8 MEGAPIXEL!

Serius lah??!

Yassss . Serius ! Kamera bahagian depan, yang selalu kita gunakan untuk selfie tu , kini dengan kamera 8 megapixel . Confirm gambar selfie makin cantik! Ahhh sukanya :O



4. 'FINGER PRINT SCANNER' DENGAN MULTIFUNGSI!

Didatangkan dengan 'finger print scanner' dibahagian belakang phone, dan respon nya pun super pantas! sepantas 0.4 saat! . Power kan kan? dan satu lagi kelebihan yang ada pada finger print scanner Honor 8 ni, ianya juga berfungsi sebagai butang. Butang ni pulak berfungsi untuk bagi arahan pada phone dengan cara 'tekan sekali' 'tekan dua kali' atau 'tekan lama lama' (short press, double press and long press) - bergantung lah korang nak set macam mana . 

Photo credit : TheGuardian.com

5. PAPARAN LCD IPS 1080P!

Display phone ini menggunakan LCD Ips 1080p membuatkan paparan gambar, video dan display telefon sangat sangat terang, jelas dan cantik! Nak main game ke, tengok movie ke ... confirm lagi syok!

Photo credit : TheGuardian.com

6. KETAHAN BATERI SEHINGGA 1.77 HARI!

Ah ini one point BONUS! -- Ketahanan bateri yang sangat power!

Didatangkan bersama 3000mah bateri membuatkan Huawei Honor 8 ni mampu bertahan lama seharian . Tak de dah susah susah hati bila bateri tiba tiba habis , tak susah susah juga nak bawa power bank bila ke mana mana . Sangat sangat praktikal! Lepasni boleh lah buka video, buka lagu, buka maps, scroll instragam all day long tanpa takut bateri habis sebelum sampai rumah . weee!

7. LAUNCHER TERKINI EMUI 4.1 

Huawei Honor 8 menggunakan software launcher terbarunya EMUI 4.1 dimana ia merupakan software launcher yang terkini dan juga didatangkan dengan perisian android terkini 6.0 marshmallow . Dengan menggunakan EMUI 4.1 ni, performance phone bukan sahaja pantas dan smooth, tetapi ianya juga membantu dalam men-support dual window untuk menjadikan kerja kerja multi tasking lebih lancar dan mudah . 

Multi tasking tu apa? Multi tasking tu contohnya kau nak balas email , sambil tengok youtube .. dalam masa yang sama. Yes, boleh drag , alih alihkan window applikasi yang kita tengah buka tu dan letak bersebelahan . Jadinya, boleh lah buat dua kerja dalam satu masa. Dan dengan ada nya EMUI 4.1 ni, kerja kerja multi tasking ni jadi lebih lancar dan boleh support banyak apps yang dibuka dalam satu satu masa. Wow wow!

Marshmallow 6.0 pulak tu apa benda? apa fungsi dia?

Okay. Marshmallow ni ialah perisian yang digunakan dalam phone. Operating system gitu, apa eh dalam bahasa melayu? haha . Kira nya kalau macam iphone, ada IOS 9 lepastu sekarang ni IOS 10 pulak kan? Sama juga dengan android. Terkini ialah marshmallow 6.0 . Dengan update terbaru marshmallow 6.0 , sangat membantu dalam optimumkan penggunaan software. Maksudnya, takdelah hang atau lag bila korang tengah menggunakan fon dan buka banyak banyak apps dalam satu satu masa . 

8. WIFI DAN COVERAGE LEBIH STABIL

Lagi satu sebab utama untuk dapatkan Huawei Honor 8 ni ialah ianya di reka khas siap dengan ada built in double antenna lagi tau . Makanya, ia secara automatik akan memastikan phone sentiasa ada line dan stabil .  Bila line ada, wifi pun laju dan kuat .. baru lah seronok guna phone tu kan? Nak main game online , nak browsing ..  takdelah tiba tiba tersekat atau buffering .

------------------------------------

Sebenarnya ada banyak lagi 'new features' power power pada Huawei Honor 8 ni. Belum lagi cerita pasal phone ni boleh dijadikan sebagai remote untuk control TV, aircond dan macam macam lagi lah .





Dekat Malaysia, Huawei Honor 8 ni dah mula dijual sejak minggu lepas lagi dan datang dalam dua versi iaitu dengan storage 32GB (RM1699 - Pearl White, Midnight Black ) dan 64GB (RM1899 - Sapphire Blue, Sunrise Gold) 

Mana nak dapatkan Huawei Honor 8 ni?

Okay, kalau nak senang , boleh dapatkan di Lazada je, Nak nak pulak sekarang ni Lazada tengah buat promosi siap dapat FREE GIFT lagi. Rugi lah kalau tak dapatkan promo ni.

Dapatkan Huawei Honor 8 di Lazada sekarang [KLIK SINI] !! :D

And oh! ada lagi satuuu nak share dengan korang .

Lazada sekarang ni tengah mengadakan MyCyberSale dengan diskaun sehingga 95% lagi weh! Bermula dari 26 September sehinggalah 30 September 2016. Janganlah tergolong dalam kalangan orang yang rugi , silalah berbelanja di Lazada sekarang ikikiki :p



huawei honor 8, huawei honor 8 features, huawei honor 8 malaysia , huawei honor 8 lazada, huawei honor 8 harga , harga huawei honor 8, murah huawei honor 8, huawei honor 8 murah, huawei honor 8 huawei malaysia, huawei malaysia murah , huawei honor 8 harga terkini, huawei honor 8 specifiction, huawei honor 8 malaysia review, huawei honor 8 review

5 comments

  1. haah la, azey pun suke nau tgk honor 8 ni. rasa mcm nak cekup satu je nnt hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan? tpi x jumpa lgi kat kedai2 phone. x de peluang lg nak pegang and cuba sendiri .

      Delete
  2. terlepas nak join..wahhh dahla suka huaweii sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. HUAWEI makin power dah, macam x pandang iphone dah kejap haha

      Delete
  3. Berkenan jugak dengan Huawei ni since P9 😅

    ReplyDelete

FOLLOWERS