Tarikan terbaru di Afamosa Safari Wonderland : Alpaca dan ....

Tuesday, June 7, 2016
Hi .

Sebelum memasuki bulan puasa, aku dengan team #melakablogger memang busy nau . Kesana kemari pergi attend food review, event dan macam macam lagi lah . Wah , blogger berkejaya sangat kan? kehkeh .


Dalam pada busy ber-food hunting dan mencari spot power untuk berbuka puasa, aku sempat beriang ria raya bersama flora dan fauna di Afamosa Safari Wonderland . Apa ke hal nya tiba tiba seronok nak jalan jalan tengok haiwan disaat semua orang busy buat tart nenas ni kan? - soal kau kepada aku .

Lalu aku jawab ...

" Nak beramah mesra dengan kawan baru sampai sini haa. Alpaca namanya"

Lantas dalam hati kau berkata  "Alpaca? Alpaka? Ahcaner nak nyebutnya tu?"

Ekceli, aku pun taktahu nak sebut macam mana. Tapi aku rasa kalau sebut "Alpaca" dengan sebutan "cha" macam sedap lagi daripada "ka" . Get it ? get it?

Alpaca? Apa Alpaca ni?? Alpaca ni merupakan sejenis haiwan yang penempatan asalnya di Amerika Selatan. Terdapat dua jenis Alpaca , Suri Alpaca  dan juga Huacaya Alpaca. Alpaca dewasa mempunyai ketinggian antara 80-100 cm dan mempunyai berat antara 50-90 kg dan mampu hidup sehingga 20 tahun.  -   Sumber dari Mummy Julia

Comel tak saya? Comel la weh! Nak picit mulut tu!

Alpaca ni comel gila. Aku tengok dah macam unta pakai bulu kambing, setuju tak? Hebat betul ciptaan Allah kan? Semuanya cantik cantik . Macam ..... aku . (eh!) :p

Alpaca ni merupakan tarikan terbaru yang ada di Afamosa Safari Wonderland ni. Jauh dia datang ye daripada Amerika nun. Sekarang ada dokat Melaka jo jang . Eh ternogori sembilan pulak kehkeh . 


Afamosa Safari Wonderland 


Harga tiket (including Lunch)

Weekday  
Dewasa RM 56
 Kanak-kanak RM 43

Weekend
Dewasa RM 59
Kanak-kanak RM 57

Masa lawatan 
10.00 pagi - 6.00 petang

Nak harga promosi? Baca sampai habis ... 




Tepi tepi, kakak swag nak lalu :p

So bagi sesiapa yang nak tengok sendiri Alpaca ni dengan dua mata biru ber-contact lense- mu itu, datang lah ramai ramai dan lihat sendiri Alpaca ni. Alpaca ni spesis yang jinak jinak , macam kambing je. Selagi tak kacau dia, takdelah dia bertukar jadi agresif. Unless kau menggatal pergi pintal bulu dia, kerat sikit sikit nak bawa balik isi dalam bantal - ada kemungkinan kau dapat tendangan maut berskala super sonik daripada cik Alpaca ni .



Ekceli, ada bermacam lagi tarikan best dekat Safari Wonderland ni selain daripada jalan jalan tengok hewan . Antara nya ialah Elephant Show, Multi Animal Show , Colours of The Birds Show dan Wild Wild West Show. Sebelum ni kalau datang Safari Wonderland ni aku suka tengok Wild Wild West Show. Syok! Memang real pelakonnya siap ada main tembak tembak dan kapal terbang terhempas lagi, fuh! Tapi kali ni aku datang tak sempat nak tengok show tu. Maybe lain kali lah ya. *kesat air mata*




Satu lagi benda wajib korang cuba bila ke Afamosa Safari Wonderland ni ialah "Safari Adventure" . Ala-ala macam dalam cerita Madagascar, pengunjung akan menaiki truck yang dah dibina khas dan lalu di laluan haiwan bebas . Maksudnya, masa kita naik truck tu , boleh tengok haiwan dengan jarak yang tersangat lah dekat . Sebab kita masuk kedalam habitat mereka . Memang boleh mata ke mata , hati ke hati dengan cik rimau . Boleh nya lagu "Eye of the tiger" sekali ahaks!


Truck belakang tu lah kitorang naik. 

Masa ni lalu kawasan rusa , lembu , kambing , kancil 

Cantik harimau malaya ni, kulit dia memang mahal buat handbag haha kejinya niat!
Lindungi dan sayangi Harimau kita!


Seronok macam ni. Kalau tak , biasanya pergi Zoo tengok kebanyakan haiwan tidur, takpun menyorok. Tapi , dengan Safari Adventure ni memang puas hati dapat tengok haiwan dengan jarak dekat ; termasuklah haiwan mangsa dan pemangsa. Masa ni lah nak dekat dekat dengan Singa, Harimau dan Beruang Matahari. Syok weh!


Wajah eksaited tengok singa memadu asmara :p

Tarikan terbaru yang seterusnya di Afamosa Safari Wonderland ni ialah cik Hippopotomus, atau bahasa kodiang nya "Badak ayaq" hahaha suka hati je .

Seperti kita sedia maklum, badak ni spesisnya memang besar. tapi aku tak sangka pulak beratnya mencecah 1500kg untuk badak jantan dan 1300kg untuk badak betina. Pergh! kalau bergurau main geletek geletek guling guling dengan dia memang kena lenyek macam nuget jatuh dekat kantin sekolah lepastu kena pijak .



Gambar pinjam dekat Mummy Julia

Badak ayaq ni merupakan mamalia ketiga terbesar selepas gajah dan badak sumbu . Cara hidup badak air ialah secara berkelompok, biasa nya satu group ada 5-30 ekor. Taknak lebih lebih nanti semak sebab ada yang kuat tacing macam dalam group whatsapp. So , ketua badak air putuskan untuk maksimum ahli, kita ambik 30 orang ekor je. Bagus , ada sistem . Dan lagi satu nak kongsi bagi korang tahu ; badak air mempunyai jangka hayat selama 40-50 tahun. Kalau bela sekor kat  parit belakang rumah , mungkin aku yang 'pergi' dulu kot ihiks .


Tengah eksaited tengok badak air diberi makan


Sekali sekala, seronok bila jalan jalan mendekati alam semulajadi macam ni. Asyik pergi mall je, bosan juga kan ? (kecuali pergi Sephora :p) Alang alang tengh cuti sekolah ni, bawa lah anak anak dan keluarga berjalan kat Afamosa ni. Ada promosi best tau kalau menginap dan beli tiket masuk ke Safari Wonderland, Old West dan Water World. Pulak tu, sedang berlangsung Buffet Iftar dekat sini. Memang ngam dah tuu . Jalan jalan dan berbuka puasa terus di Afamosa Resort ni .

Tapi kalau korang nak kan tiket masuk sahaja, pun ada harga promosi juga bersempana bulan Jun ni .


Amacam? Best kan? Untuk sebarang pertanyaan mengenai Safari dan juga theme park yang lain boleh lah hubungi :

No telefon :
03-2781 8888 / 06-552 0888

Website :  

Facebook : 

Email : enquiries@afamosa.com

afamosa resort, afamosa melaka, harga tiket afamosa, harga tiket safari world afamosa, tiket afamosa, tiket water world, tiket theme park afamosa, harga bilik afamosa, promosi tiket afamosa, promosi safari afamosa, harga promosi afamosa, afamosa waterworld, afamosa ticket promotion, afamosa bufet ramadhan, afamosa pakej bercuti, pakej bercuti afamosa, afamosa cheap package

11 comments

  1. hye..

    macamana ya nak join melaka bloggers?

    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, actually bukan kelab rasmi pon. antara beberapa blogger yang based dekat melaka je, kitorang gather sama2 kalau g event. and guna hashtag #melakabloggers

      Delete
  2. comelnye alpaca..geram nak pelukk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, comel gila/ dah la jalan terkedek kedek haha

      Delete
  3. Nk jd melaka bloggers jugak bole x. Haha

    ReplyDelete
  4. Hanya insan-insan yang terpilih je dapat menjadi Melaka Blogger kan Cik Fa... hehehhe #komencaripasal hahahha :p

    ReplyDelete
  5. oooo bahasa kodiangnya badak ayaq na.. ala awat tak habaq awai2 , barulahh cheq tau..kiki :p

    ReplyDelete
  6. Hamboii ada niat bela badak ayaq kat parit belakang rumah na.. hahahaa :P

    ReplyDelete
  7. Rasa macam nak pi lagi ja..syokk nak mampuih! hahhaa :P

    ReplyDelete

On My Instagram