Hi.
Korang (gegadis ye) kalau pergi jalan jalan mall lepastu terlalu depan Watson ke Guardian, korang wajib masuk dan terus melulu kearah section makeup dan skincare tak? Ke aku je berperangai sedemikian? Haha please jangan tak mengaku eh, jentik kang!
Aku memang pantang kalau terlalu depan Watson atau Guardian. Untuk certain mall, aku suka masuk Aeon Wellness . Hah sekali dah masuk, setahun kemudian baru keluar kahkah . kadang tu bukan beli apa pun, memang saja habit nak masuk, tengok tengok makeup , calit calit sikit dekat muka , pakai mascara yang dah kering takde isi , calit calit liptip (lipstick) lepastu keluar. Wah keji sangat perangai tu haha . Kalau masuk kedai kedai macam ni biasanya setahun kemudian baru keluar, if masuk Sephora lagi dahsyat , suku abad pun belum tentu berjaya meloloskan diri kehkeh hiperbola nya kauuu .
So macam biasalah hari hariku dipenuhi dengan jalan jalan dan membuang masa disekitar Melaka ni. Well, Melaka pusing pusing tempat sama je. Takdelah pulak weekdays aku ter rajin nak melawat setiap muzium yang ada dekat Melaka ni kan, makanya aku pun pergi lah jalan jalan dekat mall je. Ha alang tu biar aku buat senarai shopping mall yang wujud dan kepadatan pengunjung ada lah tinggi (bolehlah) yang ada dekat Melaka ni .
1. Dataran Pahlawan
2. Mahkota Parade
3. Aeon Bandaraya Melaka
4. Tesco Bandaraya Melaka
5. The Shore
6. Tesco Cheng
7. Aeon Ayer Keroh
8. Hang Tuah Mall
ekceli ada lah beberapa lagi mall tapi dah malap malap hambar-takde-orang-and-nak-jalan-pergi-kat parking-spooky-gila je tinggal . takpayah senaraikan pun takpe kot. hahah
Berbalik kepada cerita tadi, macam biasa ... aku memang akan terjah Watsons atau Guardian tak kira apa sekali pun . Nampak tak kegigihan aku disitu? And then, I found this ..
.
.
.
.
.
.
.
PINK By Pure Beauty x Watson
PINK By Pure Beauty |
Alahai comelnya! Pink by Pure Beauty collection. Kenapa aku macam tak pernah perasan je kewujudan produk ni? Ke aku dah lama sangat tak masuk Watson? Berdasarkan daripada apa yang aku baca dekat blog lain, Pink by Pure Beauty ni dah ada dekat Malaysia tahun lepas lagi. Hm.. mungkin belum distribute dekat Watson negeri negeri lain kot. Biasanya start dengan KL , selangor dan Penang je dulu. Sedih ah orang Melaka cemni .
Katanya jenama ni memang exclusive ada di Watson je (Malaysia, Thailand etc) dan merupakan jenama daripada Korea. Haih aku bab bab made in Korea ni pantang sikit. Pantang nampak , mesti nak beli haha. tapi leceh sebab jalan dengan Hilmi semalam, so takboleh beli :( Takpe next time dia takde, aku borong semua . muahahahaha gelak kejam sikit
PINK By Pure Beauty Essence Water
Pink By Pure Beauty Essence Water |
PINK By Pure Beauty So Blur Cream
Pink By Pure Beauty So Blur Cream |
Tolonglah .. Hilmi tak boleh tolerate langsung kot. Dia taktahu ke bendalah ni comel gilaa . It's too cute i wanto daiiiiii ... At least bagi lah aku beli satu kan? Isk!
Photo credit : janenipa |
Ko tengok ni, ko tengok. Comel weh! Abenda packaging comel sangat ni . Stress tak beli .
Siri PINK! ni terdiri daripada 4 produk :
1.Pink Skin So Fresh Essence Water (200ml) @ RM39.90
2.Pink Skin So Glow Essence (30ml) @ RM49.90
3.Pink Skin So Smooth Pudding Cream (50ml) @ RM39.90
4.Pink Skin So Blur Cream (30ml) @ RM52.90
Ni semua dah disusun ikut cara penggunaan. Bermula dari Step 1 sampai lah Step 4. Fungsi utama produk ni semua ialah kearah mencerahkan kulit dengan tona kemerah merahan gitu. Baru lah kpop, kan?
Photo credit : Janenipa |
Semalam dah cuba calit Pudding Cream ni (suka sangat mencalit calit kan) , memang bau dia fuhh wangiiii sedapp wangii sedapp taktahu nak cakap macam mana. Tapi best! Hm .. seriouslah, rasa nak pergi beli kejap lagi.
Photo credit : Ohfishiee |
klah, nak kena beli dulu baru boleh review. Sembang lebat pun tak guna. Tunggu eh aku beli. Ghasak lah Hilmi jadi penghalang sekalipun, AKU TETAP NAK BELIIIIIII
Till then, thanks for reading gais!
Bye .
24 comments
kak farah , booth pink bru dlm bulan lepas la jugak ada kat watsons kat penang :)
ReplyDeleteHhaha yekeee? kira lambat juga lah masuk penang. sebab kadang tu penang yang terawal :D
Deletedrama best ek ?
Deletedescendants of the sun, come back mister, entertainer, oh my venus, page turner :D
yasss! tq dear bella! akak dah tgk oh my venus. yg lain belom lg. ok nak download terus hehehe
Deleteharitu ada nampak jugak PINK ni dekat watson alamanda. dah almost nak beliii bau dia wangi sangat!
ReplyDeleteaah mmg semua wangii. yg i cuba calit2 pudding cream tu semalam mmg dh licin dah sample nya. agaknya semua org pun teruja main cream tu sbb wangi hehe. next time wajib beli!
Deletehahaha.. lucu laa awak ni... tapi habitat kita sama... saya pun gitu jugak... pantang lalu kat Watson / Guardian.. comfirm masuk... belek satu2.. bukan nak beli pun... tapi kadang2 terbeli jugak satu dua benda.. hahahah.... haaa, awak dah kulit putih, sesuai laa pakai PINK... serius!! awak kene beli nih!! pastu nanti buat entry perubahan apa yang dapat tu eekk.. share laa..
ReplyDeleteagaknya untk wanita mmg cmtu perangainya kot haha, ke kita kita je? :P
Deletetulaa nak gak kulit putih kemerahan bak gadis korea gituu. Nanti dh beli kita buat review k cik shemutt :*
eh sama la kita... calit mekap tu mcm wajib. Kalau masuk sephora tak payah ckp. blh siap duduk test foundation la mascara la lipstick la.. kekeke free kan, tibai je. =P
ReplyDeleteBtw, set pink ni sumpah menggoda. Pastu harga mampu milik pulak tu.. wajib beli ni farah..! =D
ohh lah kita pun tak pernah tau pulak kewujudan produk ni..comel pulaknya packaging dia..kena try gini hehe :D
ReplyDeletekita ni pun pantang sikit tengok produk korea ni hahah :D
packaging, bottle dy seriously cantik,menarik, tertarik...wushhh mana xtergoda..cer cakap..
ReplyDeleteehhh..warna pink..comel gituuu..hihi
ReplyDeletepackaging dia mmg comel!
ReplyDeleteSiapa nak set pure beauty pink sy nk let go. Ade essence water, essence, lotion, pudding cream dan blur cream. Satu set sy letgo rm 130 sahaja. Bru pakai 6 hari.. Xsesuai dgn kulit sy.
ReplyDeleteSye nak pudding n blur cream je brp nk jual norzel?
DeleteSye nak pudding n blur cream je brp nk jual norzel?
DeleteKenapa ye tak sesuai? Oily skin tak sesuai ke sis?
DeleteAssalam. Tmpang tanya. Ni ssuai untuk kulit mcm mna ya
ReplyDeleteassamualaikum..sis saya nk tnya yg Blur Cream tu apa ye? dia lebih kurang mcm foundatian ke? ? then anytime nk keluar rumah boleh pkai je kan? xkisah pagi ke malam ke..sory just nk tao..trimakasih
ReplyDeleteHana pun interested dgn pink by pure beauty ni. Tapi disebabkan kulit ni sensitive. Tak sure either bahan2 dlm produk ni sesuai tak dgn kulit.
ReplyDeleteI pun nk try gak ni mcm Best semalam masuk watson nk beli tpi SA keep suh try Nutox terus keluar hehe
ReplyDeleteAfter research, mmg my skin yg sensitive ni tak sesuai dgn bhn2 dlm produk ni. Tapi suka bau dia, wangi..
ReplyDeletekenapa ye leps guna pure beauty ni..keluar jerawat ...merah gitew..pastu..kecut tggl LA kesan merah huwa..adakah tak sesuai? ataupun healing proses?
ReplyDeleteSy dh guna skincare ni. Alhamdulilah xde timbul gtl2 mcm produk lain. Produk ni selamat sb xde bhn kimia. Sy guna semua. Xde yg tinggal. Sapu habis.
ReplyDelete