Bagus ke Coway ni?

Hi .

So kalau kebiasaannya korang pergi jalan jalan shopping mall ke, mungkin ada ternampak promoter yang promote Coway. Biasanya dekat booth kecik kecik je, atau pushcart . Tiap kali aku lalu je mesti diorang tegur "Penapis air kak ... " "Coway kak ... " .Tapi kebiasaannya aku cuma sengih sengih dan terangguk angguk cem bangang serta berlalu pergi .

Aku tak kisah dia nak promote ke apa tapi apasal panggil aku Kakak? Feeling tua you know. Kalau dulu dulu tu suka lah sebab tak sabar nak rasa dewasa. Bila dah umur separa 50 ni, iols terus ada sensitiviti tinggi terhadap umur . 


Kfine, tak kisahlah pasal tu.


Memang tak dinafikan pun Coway ni bagus . Sebab aku memang pakai satu pun kat rumah . Eh, dua! haha . sebab tu bila aku lalu depan promoter dan dia promote, aku sesengih je. Taknak lah cakap "eh takpe, iols dah ada dua ketol dah kat rumah" sebab nanti dia tacing , orang lain dah sebat komisyen dia mihmih .

Dekat rumah aku ada dua bendalah Coway ni. Satu penapis air, satu penapis udara. Mengada sangat ambik penapis udara tu. Padahal dekat rumah bukan ada bela binatang ke apa. Ala ala nak menyegarkan udara dalam rumah lah gitew . Kalau dah lori sampah lalu, takde nya mampu dia nak segarkan udara tu .Tercekik cekik mencari sehembus udara segar jugak hahahah . Penapis udara ni elok untuk rumah rumah yang ada bayi bayi mahupun individu yang menghidap asma dan alahan yang teruk. I mean, alah pada habuk ke , bulu binatang ke, macam tu. Alah membeli menang memakai tak kira ya

Untuk penapis air pula memang aku berpuas hati . Sebab kalau tak...  sebelum ni bila nak air untuk minum ke apa, jenuh nak kena jerang air - tunggu sejuk - transfer dalam bekas kosong blabla and the cycle goes on. Bila dah ada ni mudah sikit keje aku.

Coway Petit
Coway Petit


Aku ambil penapis air yang model Petit ni. Comel je. Malam malam ada keluar lampu. Awal awal guna , jakun juga lah dengan lampu lampu ni. well biasalah, sebelum ni takde penapis air kan. Tapi dengar kata penapis air Cuckoo lagi canggih, siap ada bunyi bunyi bagai . Wow canggihnyewwwww

Penapis air Coway ada berbagai spesis dengan fungsi dan tahap kecanggihan berbeza. Model yang aku ambik ni boleh dispense air pada 3 suhu berbeza. Air panas (memang panas, guna untuk masak megi haha) , air suam (takde la suam pun, air pada suhu bilik) dan air sejuk (air sejuk ni memang sejukk habaq hangg , menyamankan tekak tatkala jiwa meronta ronta inginkan air - macam air simpan dalam peti) . Ketiga tiga ni memang aku perlukan dan aku minum. Kira berbaloi lah aku ambil spesis yang ni. Ada juga yang model murah sikit tapi keluarkan air suam je.

Ekceli , tujuan utama aku pakai Coway ni sebab nak dapatkan bekalan air minum yang bersih. Air dekat rumah aku ni asyik kotor je. Kadang tu keluar macam air karat karat kaler kuning. Hazab menengoknya. Tak mampu lah nak telan even air tu dah masak. Aku masak air dalam cerek dulu pun keladak je aku tengok air tu jadinya. Dah masak 3,4 limablas kali pun keladak gak. Lama lama aku fedap! Ahhhhhhh dan akhirnya ter-sewa lah Coway ni.


Spec and price - Coway Petit
Spec and price - Coway Petit


Haah Coway ni sewa je wakk. Kita tak beli wak. Mahal bebenor lah wak kalau nak belinyeee . Tapi ekceli sewa sewa pun mahal jugak. Komitmen bulanan nak bayar penapis air dan penapis udara 2 ketoi ni je dah RM200. Untuk air tu sewa RM110, yang penapis udara tu RM90. Ekceli tak larat dah nak sewa hahaha tapi ada kontrak 2 tahun. Ku gagahi jua lah. Katanya lagi 2 bulan je kontrak nak habis. Bila dah nak tamatkan kontrak tu, nanti ada lah staff dia datang hangkut semula kedua dua ketoi bendasing ni .

Sepanjang aku menyewa barangan Coway ni, aku siap dapat member baru lagi haha. Tak memasal jadi bff dengan dia punya staff yang selalu datang rumah buat service. Biasanya setiap 2 bulan sekali lah diorang datang. Staffnya bertukar tukar, tapi so far yang aku kenal dah 3 orang perempuan, chinese. Ada je benda borak borak. Friendly je diorang, buat kerja pun laju. Bagus bagus! Tapi takpernah terfikir pulak aku nak ajak diorang selfie. Kalau tak, boleh tempek muka sorang sorang kat sini haha . Coway lady atau staff coway yang datang rumah buat service semua ni dipanggil Cody. Comel je nama. Biasa dorang datang memang siap beruniform (sila rujuk gambar dibawah) , dengan bawa baldi lah, berus span bagai sebab nak cuci dan sental filter penapis air & penapis udara yang dah berkeladak tu. Good job betteh!

Cody - coway lady


Rasa macam rugi pulak nak stop kontrak sebab memang puas hati lah pakai Coway ni. Bekalan air pun bersih je, nak minum air sentiasa ada bekalan. Takpayah susah susah bawa botol besar isi air dekat mesin tepi kedai runcit tu dah. Tapi tula, saat kegawatan poket ni - kena fikir fikirkan balik. Atau maybe terminate yang penapis udara tu je. Dan teruskan sewa penapis air. Kalau sesak napas ke habuk ke next time, pergi je seludup face mask banyak banyak dekat lab Micet hahaha keji nya cadangan :p

Korang ada bercadang nak guna Coway ke? Mungkin boleh dipertimbangkan tapi kena teliti kan juga lah korang punya bajet berapa . Sebab komitmen menyewa ni selama 2 tahun. Kalau nak terminate sebelum habis kontrak, dikenakan penalti. Tapi aku taktahu lah berapa, tak pernah tanya pulak.

Btw, untuk menyewa ni bayaran ada macam macam cara termasuk credit card, direct debit  dan auto debit. Kiranya kalau nak guna direct debit, tiap bulan tu kena pastikan duit dalam akaun cukuplah, so nanti bayaran korang bulan bulan akan terus ditolak dari akaun. Takde lagi isu lambat bayar, lupa bayar atau buat buat lupa bayar hehehe .

payment method coway
Payment method coway

Untuk maklumat selanjutnya korang google je, takkan tu pun nak kena ajor hahaha (keji) . k lah kalau malas sangat nah click SINI 

Till then, Thanks for reading gais!

p/s : nak survey survey Cuckoo punya lah pulak hehehe .


UPDATE : *saya buka peluang untuk mana mana dealer coway yang berminat untuk menyewa artikel ni secara bulanan . Boleh hubungi saya di farahdafri.work@gmail.com











Related search : penapis air Coway, coway penapis air, harga penapis air coway, coway bagus,servis coway,coway malaysia,harga sewa coway, coway penapis udara,coway bagus,bagus ke coway,coway murah,coway servis laju,coway kuala lumpur,coway melaka,cara sewa coway,bayaran coway,cara bayar coway,beli penapis air



13 comments

  1. Jenama coway memang antara filter water yg popular dn ramai yg gunakan

    New Entri PROMOSI HARGA RUNTUH SHAWL Exclusive by Papaglamz

    ReplyDelete
  2. Rumah ena memang guna yang ni.. Senang dan mudah... Airnya pun rasa bersih je

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Saya agen coway malaysia berdaftar,sebarang pertanyaan tentang produk dan harga..hubungi saya syarifudin-0142296431

    ReplyDelete
  5. utk penapis air yg berkualiti yg menyediakan air mineral beralkali yg sgt sesuai utk tubuh manusia..
    >saya sarankan guna produk Cuckoo<
    . dahla murah..teknologinya canggih beb..servis tiptop..yg penting BERALKALI dan berMINERAL airnya

    azim.cuckoo @ 013 321 3151

    ReplyDelete
    Replies
    1. TP MINERAL DIA STILL X SEMULAJADI.. KALAU NK BETUL2 MINERAL SEMULAJADI KENA MINUM AIR MINERAL YG DIGALI DR BWH TANAH.. CTH.. AIR MINERAL YG DIJUAL 8YG ADA PERKATAAN PUNCA AIR DR BWH TANAH..
      NK DPTKAN MINERAL X SEMESTINYA MELALUI AIR SAHAJA.. MELALUI PEMAKANAN KITA SEPERTI BUAH..SAYUR.ETC..
      PEACE..017-2231564

      Delete
  6. Hubungi saya Shaiful HP Coway berdaftar...perkhidmatan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak...

    Sayangi Keluarga Anda, Sayangi buah pinggang dengan minum air BERSIH, SELAMAT & SIHAT hanya daripada COWAY...Cepat2 promosi hebat MERDEKA pendaftaran CUMA RM50 berakhir penghujung minggu ini...Normal daftar RM200..

    Whatsapp atau Call 0139797148....

    ReplyDelete
  7. Penapis air bermineral dan beralkali baik untuk tubuh boleh contact saya Aien 019-4426210.

    ReplyDelete
  8. Ahmad- Conusltant penapis air andaOctober 31, 2016 at 12:14 AM

    Penapis air jenis apa yang sesuai untuk anda? Saya Ahmad. Saya boleh bantu. Mohon tolong whatsapp saya di 0134442172 dan saya akan luangkan 5 hingga 10 minit untuk free consultation.

    ReplyDelete
  9. Cuba google fasal espring water treatment system pulak sis....kalau nk lebih faham, boleh WA saya 012 4360000....

    ReplyDelete
  10. PENAPIS AIR CUCKOO TIDAK MEMPUNYAI SIJIL DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA!!!!!!

    SIJIL HALAL PULA HANYA UNTUK KESEMUA JENIS MESIN DARI CUCKOO!!! MAKSUDNYA, SIJIL HALAL TIDAK SPESIFIKASI KAN KELAS SIJIL HALAL UNTUK PENAPIS AIR SAHAJA!!!

    BILA DI TANYA MEREKA AKAN MENJAWAB, "BANYAK HOSPITAL TELAH MEMAKAI MESIN INI"..BUKAN JAWAPAN ITU YANG KAMI MAHU.. KAMI TANYA ADA SIJIL KKM KE TIDAK????

    SYARIKAT TERMINATE SELEPAS DAPAT TAHU TIADA SIJIL KKM. (SYARIKAT TIDAK MAJU MENANGGUNG RISIKO)

    ReplyDelete
  11. Sy agen coway dr btu pahat johor,hubungi sy azie 0177629213 ye...

    ReplyDelete

FOLLOWERS