Yeay! Physician Formula sekarang dah ada di Malaysia! Korang boleh dapatkan produk daripada PF ni di Watson. Tapi rasanya tak semua Watson dekat Malaysia ni yang ada. Yang faa perasan buat masa ni ada di JB dan KL. Di Melaka pun macam tak jumpa lagi. Mungkin kalau sambutan menggalakkan , jenama ni akan ada di semua cawangan Watson seluruh Malaysia.
Memang selalu dengar pasal PF ni terutama sekali antara kalangan Youtubers. PF ni boleh dikategori sebagai jenama yang 'high end' diantara jenama 'drugstore' yang ada. Sama macam Borjois. Harga agak mahal kalau nak dibandingkan dengan jenama macam Maybelline, Loreal dan Revlon tapi kualiti setanding jenama mahal (Contohnya : Bare Minerals, Bobbi Brown etc)
Ada banyak range cosmetic PF ni, ada foundation , powder , blusher , bronzer , highlighter , mascara dan macam macam lagi. Tapi untuk first time purchase ni faa pilih untuk beli foundation dulu. Walaupun dah lama teringin nak beli blusher (sebab selalu tengok famous youtuber 'cosmohaley' guna hehew) , tapi disebabkan foundation iols dah nak habis, makanya beli foundation jelah dulu . Lagipun dah ada sepapan BH Cosmetics Blusher Pallete. So blusher beli nanti nanti jelah haha .
Physician Formula Youthfull Wear Spotless Foundation
Packaging untuk foundation ni memang menarik. Botol bercorak polka dot warna purple yang comel haha. Faa pantang sikit kalau nampak benda comel comel ni. Botol foundation ni di datangkan dengan dropper dan berus untuk memudahkan application foundation tu. Tapi bagi faa sendiri, tak berapa suka pakai brush yang ada sekali dengan set ni sebab kecik sangat . Tapi brush tu sendiri memang berkualiti , lembut dan very dense . Kalau nak pakai untuk apply blusher atau apply product pada area yang kecik kecik sikit maybe lebih sesuai .
Texture foundation ni aneh sikit . Macam yang di tulis pada kotak "weightless foundation serum" , memang betul betul weightless dan ringan. Foundation ni seakan akan air, tapi bila di sentuh rasa macam minyak . Bila dah apply pada muka pulak rasa macam 'cushiony' haha pelik kan? Rasa ringan je dan foundation ni seakan akan menyerap masuk pada kulit . Tak ada rasa berat ke, rasa bercampuk atau rasa macam melekit . Nak terangkan pun susah tapi formulation untuk foundation ni memang unik .
Seakan akan air, tapi bila pegang rasa berminyak
PF Youthful Wear Foundation ni claims bahawasanya ia dapat mengurangkan penampakan cela cela pada wajah muka kita sebanyak 67% - bermaksud kalau korang ada redness, dark spots, sun spots , boleh disamarkan dengan menggunakan foundation ni .
Foundation ni dilengkapi dengan SPF 15 dan sesuai untuk penggunaan harian . PF Youthful Wear Foundation ni jugak dikatakan boleh bertahan selama 12 jam penggunaan . Hmm yeke?
Personal Review
Untuk personal review , faa rasa memang selesa pakai foundation ni sebab memang sangat ringan dan rasa lembut je kulit . Tapi untuk tahap lasting dia tu faa tak reti nak komen haha. Sebab walaupun dah pakai primer, lepas 3-4 jam pakai dah macam muka mula nampak berminyak dan berkilat tapi yang bagusnya tak nampak pecah atau bercampuk . Mungkin perlukan setting powder yang lagi elok dan sesuai untuk jenis kulit faa ni kot baru boleh flawless sepanjang hari hehe .
Before application
After application
Jadi untuk claim yang katanya dapat bertahan selama 12 jam tu tak boleh di guna pakai untuk kulit faa haha . Untuk foundation ni, warna yang sesuai untuk kulit faa ialah Medium . Yang tak bestnya, pilihan warna untuk PF Youthful Wear Foundation ni tak banyak. Cuma ada 3 je ; Fair, Light dan Medium . Untuk yang berkulit gelap mungkin tak sesuai sebab medium dia punya warna agak cerah juga . Harga pula faa beli masa ada promotion , dalam RM75+ kalau tak silap. Harga asal mungkin dalam RM80+ . Hm agak mahal jugak kan ?
Tapi keseluruhannya faa suka foundation ni sebab sangat mudah digunakan , rasa ringan dan walaupun sekarang ni musim panas lit lit, foundation ni tak buatkan faa rasa rimas atau kulit rasa macam meruap susah bernafas. Memang selesa . Kalau rasa macam makeup dah mula cair tu, faa cuma touch up dengan compact powder sikit sikit, dah terus elok balik .
Dari segi coverage pula faa kategorikan kepada Light to Medium coverage . Kalau nak kan Full coverage mungkin tak sesuai . Sebab ni macam oil based. Kalau pakai banyak banyak takut terlebih berminyak pula . Memang elok dan sangat berkesan untuk kurangkan penampakan spots sikit sikit . Jangan expect pakai ni korang terus flawless habis, memang tak kan dapat punya haha . Kalau nak pun , seeloknya conceal dulu mana mana spots atau kesan parut jerawat tu dengan concealer, baru apply foundation . Ha macam tu baru lagi better!
PROS
Texture yang best - mudah di ratakan , sangat ringan dan cepat menyerap
Bau ala ala vanilla yang menenangkan
Warna mudah blend dengan kulit muka asia
Berkesan memudarkan kesan kesan merah pada muka, sekitar hidung
Berkesan memudarkan eyebag
Kurangkan penampakan pori pori besar
Mudah dicuci
Sesuai untuk kegunaan harian
CONS
Tak tahan lama
Tak banyak pilihan warna (shades)
Harga yang agak mahal (RM80+)
SPF rendah
Botol kaca yang kurang sesuai dibawa travel
Repurchase?
Hm mungkin.. kalau ada promotion lagi hehe . Sebab bagi faa untuk spend RM80 bagi satu 'drugstore foundation' rasa macam tak berbaloi . Range dan budget faa tetapkan untuk foundation dibeli di drugstore cuma lah RM50 dan kebawah haha kedekut kan? Dari segi produk tu sendiri bagi faa memang berbaloi untuk dibeli . Jadi kalau korang tak kisah nak spend sikit untuk foundation yang bagus, boleh lah pilih Physician Formula Youthful Wear Spotless Foundation ni :)
9 comments
Plg suka foundation brand Benefit. So far yg tu mmg the best. For me. Heheh
ReplyDeleteyang mana satu kak? benefit kita ada primer dia je. foundation mahal sgt haha kedekut iols ni
Deletepatutlahh tak pernah jumpa foundation brand ni kat Watson.. belum mai lagi rupanya..
ReplyDeleteha kt melaka xde lagi kak. kang dh ada kite g window shopping sesama hehe
DeleteFarah Cantekk!
ReplyDeletehihi waaaa mummy puji kite! tq mummy :*
DeleteFlawless kulit adik farah...eh kak juju suka makeup2 ni ....nak cuba lah beli 1
ReplyDeleteCantiknyaa warna foundation ni.. Botolnya pun comel
ReplyDeleteWah, memang kebetulan sangat kita tengah carik foundation untuk muka. Mase tgok dekat CW Shop dekat TV sebijik pakai brush macam awak tunjuk tp lagi mahal harga nak dekat RM200 sebab korean product. Tak larat maaaakkk. Mahaaallll. (!_!) So, ada foundation camni saya nak carik lah nanti. Thanks dear ! :) Nak try carik dekat Kuantan. Kot-kot ade kan.
ReplyDelete