Perodua Axia Hadiah Utama Peraduan Bonanza OK 2015!

Tuesday, January 12, 2016


Selalunya bila pergi supermarket, lagi lagi section produk makanan selalunya ada disediakan borang borang peraduan untuk jenama jenama tertentu . Memang rajin nak koyakkan satu dua keping borang kononnya semangat nak 'join' peraduan tu. Tapi lastly bila balik rumah, borang entah kemana, resit bukti pembelian pun awal awal dah hilang hahaha. Eh tapi rugi taw kalau tak join peraduan peraduan ni . Mana lah tahu ada rezeki kan? Bukan susah pun, cuma isi borang - sertakan bukti pembelian dan hantar je borang tu. Sekarang ni ada macam macam bentuk peraduan . Peraduan melalui SMS pun ada, hashtag hashtag gambar dekat Instagram pun banyak. Cuma terpulang pada kita samada rajin atau tak nak join contest tu.

******
Peraduan Bonanza OK 2015

Bercakap pasal peraduan, korang tahu tak tentang satu peraduan best yang seringkali dianjurkan oleh syarikat produk Tradisional Orang Kampung? Kalau korang perasan, syarikat Orang Kampung memang selalu taw anjurkan peraduan khas untuk semua pengguna dan penyokong setia produk keluaran Orang Kampung. Dan sehingga tahun 2015 (sejak 2004), dah masuk kali ke 8 pertandingan macam ni diadakan. Hadiahnya pula bukan biasa biasa ye. Untuk tahun 2015 terdapat dua edisi peraduan ni taw! Yang pertamanya berlangsung pada 15 Mac hingga 14 Mei, dan fasa keduanya pada 15 Mei hingga 15 Julai 2015. Untuk pemenang fasa pertama dah pun selesai acara penyampaian hadiahnya pada 13 Jun 2015 di Hotel Seri Malaysia. Hadiah utama untuk peraduan fasa kedua ni ialah sebuah kereta Perodua Axia taw! manakala dua lagi hadiah utama ialah sebuah Motor Vespa LX 150 dan motorsikal Modenas Kriss. Eh bukan tiga hadiah ni aje taw, turut ditawarkan macam macam lagi hadiah menarik termasuklah loket emas, tv Samsung Led 32' dan handphone jenama OPPO. Semua semua hadiah ni dianggarkan bernilai RM150,000!! Nak tahu siapa yang menang? Teruskan baca sampai habis ye hehe






Comelnya perodua axia & vespa kuning tu!



******
Majlis Penyampaian Hadiah dan Sidang Media 
"Peraduan Bonanza OK 2015"

Alhamdulillah , Faa berpeluang menyaksikan upacara rasmi penyampaian hadiah bagi edisi kedua peraduan ni. Majlis penyampaian hadiah ni diadakan di Mahkota Parade, Melaka pada 9 Januari 2015 hari Sabtu lepas. Ada 2 orang lagi rakan blogger yang bersama dengan Faa ; Kak Zura dan Kak Julia (pi terjah blog diorang! hehe) . Majlis ni bermula pada pukul 2.30 petang. Seawal pukul 12.30 tengahari lagi Faa dah keluar rumah. Bukan pasal jauh, tapi sebab biasanya kalau hari ahad confirm jammed kalau jalan menghala ke bandar hilir tu. Tambah lagi nanti kena kalut kalut nak solat zohor dulu sebelum majlis start. Tapi Alhamdulillah dapat selesaikan apa apa yang patut sebelum majlis mula, tapi tak sempat nak makan je haha. Pentas utama tu dah lah dekat dengan kiosk Famous Amous & Dunkin Donut. Eh bau bau dia boleh pulak sampai ke tengah pentas tu. Tension betul!


Sebelah kanan pentas ditempatkan kereta Perodua Axia dan lagi dua ketul motorsikal. Ha hadiah hadiah ni lah hadiah utama untuk pemenang peraduan ni. Tapi of course lah paling paling utamanya hadiah kereta lah kan. Haih siapa punya lah ni ye. Rugi nya tak join peraduan ni hehe . Betul betul dekat depan pentas pula disusun hadiah hadiah yang lain. Ada tv, handphone dan loket emas. Fuhh bukan main meriah lagi hadiah hadiah dia!




Selama ni Faa ingat kalau kita masuk peraduan apa apa, memang pemenang utamanya di tentukan dari cara pemilihan penyertaan (contohnya buat slogan paling kreatif ke, jawab soalan dengan betul etc) dan cabutan bertuah (pihak syarikat cabut undi tengok penyertaan mana yang bertuah) yang confirm confirm terus menang kereta ke, percutian semua tu. Tapi rupa rupanya ada lagi saringan diadakan untuk 'finalize' kan siapa pemenang yang utama.

******
Pemilihan pemenang Peraduan Bonanza OK 2015

Macam dalam peraduan ni, ada disediakan 3 jenis game berbeza. Yang pertamanya, bermula dengan permainan dart. Ha gunakan dart tu, kena cuba pecahkan mana mana belon yang ada. Dalam setiap belon tu ada tertulis hadiah apa yang diorang bakal bawa balik. Kalau tulis Tv, ha dapat tv lah. Kalau tulis handphone, dapat handphone. Sebaliknya kalau ada tulis logo Orang Kampung, haa diorang layak untuk kepusingan seterusnya. Gituu 

Untuk yang dapat logo Orang Kampung tu, ada 3 orang. Diorang kemudiannya dikehendaki main game kedua iaitu game masukkan gelung kedalam botol. Botol botol digunakan pulak ialah botol produk Orang Kampung sendiri . Setiap daripada produk tu mewakili beberapa mata. Diorang kena lah cuba 'aim' masukkan gelung dalam botol yang ada mata tinggi. Haaa 2 peserta yang dapat total mata terkumpul yang paling tinggi boleh lah mara kepusingan separuh akhir! (muzik muzik * haha tiba tiba). Sementara sorang lagi peserta dah confirm confirm menang motorsikal Modenas Kriss. 'Pakcik menang motor!' hehe. siapa ingat iklan ni? :p


Pusingan yang last ni lah paling best dan 'thrill'. Pusingan yang menentukan siapa antara dua peserta ni layak memenangi hadiah utama, iaitu kereta . Ada 10 kunci kereta yang disorokkan dekat sekitar kawasan pentas tu, diorang kena lah cepat cepat cari kunci dan cuba untuk buka kereta. 9 kunci palsu dan cuma 1 je kunci yang betul. Masa yang diberikan 5 minit je. Tapi setelah berpusing pusing abang dua orang ni cari kunci tak jumpa jumpa, makanya masa di tambah lagi.Maka acara kemuncaknya telah tiba! Peserta daripada Kedah yang berjaya mencari kunci kereta ni, dapat buka kereta sekaligus kemenangan berpihak pada dia, yeay! Momen masa dia dapat je buka pintu kereta tu, tengok isteri dan mak dia meluru kearah dia, berpelukan, alahai nak menangis rasa. Moment of joy! Besarnya nikmat Allah sediakan. Inilah rezeki yang tak disangka sangka kan? Mai jauh jauh dari Kedah, dapat bawa balik sebiji kereta. Tahniah abang dan keluarga! *tepuk tangan*




detik detik saat berjaya dapatkan kunci. nak nangis tengok sebab tumpang gembira



Tahniah!


Barisan pemenang hadiah utama


Memang best sangat dan alhamdulillah berpeluang bersama sama meraikan peserta peserta yang menang haritu. Rasanya untuk tahun 2016 ni ada lagi taw Peraduan Bonanza OK ni, jom kita join ramai ramai nak tak? Mana tahu kot kot hadiah utama lepasni dapat kereta lagi besar ke hehehe .


******
Cara sertai Peraduan Bonanza OK

Oh ha lupa nak bagitahu, cara nak sertai peraduan ni senang je taw, cuma buat pembelian mana mana produk keluaran OK group dan lengkapkan borang penyertaan je. Eh senang sangat kan? tak payah pening kepala fikir slogan ke, buat karangan ke apa. Beli dan menang! 

Produk apa yang boleh korang beli? Ada macam macam produk keluaran Orang Kampung ni . Memang banyak. Kalau nak dapatkan 'full ranges' produk OK ni boleh dapatkan di gedung gedung MYDIN. Selalunya kita familiar produk Teh Herba tu kan? Sebenarnya ada banyak lagi ya, minuman tenaga ada, kosmetik ada, pencuci feminin wanita dan macam macam lagi. Pergi lah Mydin sekarang, dan dapatkan produk keluaran Orang Kampung ni ya. Alang alang dah beli produk tu jangan lupa join peraduan juga ye hehe .







3 comments

On My Instagram