Tuesday, November 10, 2015

Wajib tengok! - Omar The Series


Assalamualaikum semua , di hari hari cuti deepabali ni mungkin ada antara korang yang tengah berbosan bosan dirumah, nak keluar jalan sesak . Nak tengok tv tak ada cerita best . Nak buat kerja "eh cuti kan, rileklaaaa" hihi . Makanya daripada korang scroll instagram menghabiskan quota internet , mahupun melayan Running Man ataupun cerita Korea di laptop , aku nak suggest kat korang untuk layan cerita ni ;

OMAR THE SERIES

Dalam drama bersiri ni menceritakan tentang kisah Saidina Omar daripada awal permulaan sebelum beliau memeluk agama Islam, saat beliau memeluk Islam, saat saat beliau berperang bersama sama Rasulullah , saat saat beliau menjadi Khalifah dan macam macam lagi. Memang menarik sangat taw. Masa ni duduk cuci mata tengok mat arab hensemmm aihhh daripada mat korea haha . Disamping dapat belajar lebih mengenai sejarah kebangkitan Islam ,  dapat juga belajar dan tahu macam mana azan pertama dilaungkan, macam mana gambaran kehidupan pada waktu dulu, gambaran cara cara dakwah dijalankan dan macam macam lagi lah . Pelbagai nilai murni dan pengajaran boleh kita peroleh daripada menonton cerita ni . Dalam cerita ni juga dapat kita tengok gambaran seperti yang selalu kita dengar pedang Saidina Ali hujungnya terbelah dua, Saidina Omar sentiasa berjalan dengan tongkat dan macam macam lagi. Boleh juga tengok gambaran kehidupan para hamba dulu,  cara orang dulu berurus niaga, cara bersiap siap untuk perang dan macam macam lagi . (sepuluh kali ulang 'macam macam lagi' haha)


Series ni boleh ditonton di Youtube, ha klik link ni (OMAR THE SERIES) aku bagi siap siap. Semuanya lengkap ber-substitle english. Nak subtitle melayu buekk sendiri ahaks!


Selamat menonton dan semoga bermanfaat! 






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...