Saturday, June 27, 2015

BEAUTY : Masalah bibir kering , mitos dan solusinya




Melihatkan cuaca sekarang yang makin tak menentu , panas sejuk panas sejuk , tambah pula kita semua sekarang tengah menjalankan ibadah puasa memang membuatkan badan kita dehydrate dan kekurangan air. Kalau masa tak puasa tu boleh lah minum air sikit sikit untuk topup air yang hilang tu kan, tapi kalau dah puasa , nak minum cemano?

Kesan daripada kekurangan air tu menjurus kepada pelbagai masalah. Time ni lah rasa sakit kepala, rasa kurang tenaga, kulit kusam dan tak terkecuali bibir kering.

Paling tension kalau bibir kering, setakat kering sikit sikit tu tak ada lah nak tension sangat , tapi kering sampai tahap kulit bibir tu melambai lambat dekat mulut sebab tungu masa nak terkupas je.

Aku merupakan salah seorang makhluk yang sentiasa menghadapi masalah ni. Bibir memang selalu mudah sangat kering dan pecah. Memang most of the time kena ambil tuala kecil, basahkan dan slowly gonyoh dekat bibir tu untuk buang lapisan yang dah tercabut. Ada certain time tu, sampai berdarah darah :O

Pusing kepala kakak memikirkan. Meskipun kakak selalu bawa air botol bergelen gelen ( bukan masa puasa ) , tetap juga bibir kakak always the menggelupas you know.

Mitos : Jilat bibir boleh lembabkan bibir ke?

Most of us, (ke some of us je? Tapi kakak tergolong dalam golongan ini) berpendapat bahawa dengan menjilat bibir / membasahkan bibir / mengetap bibir / menyelaputi bibir dengan air liur boleh mengembalikan kelembapan kepada bibir . Ternyata iols silap!

Biasanya bila rasa macam bibir kering, mesti kita asyik jilat bibir dengan harapan kononnya nak bagi bibir tu lembab semula. Tetapi sebenarnya , habit menjilat bibir secara kerap hanya membuatkan bibir kering tu jadi lebih teruk. Hal ini kerana air liur mudah evaporate (merwap / mengering / terbebas keudara ha pape jela, asalkan korang faham) dan dalam masa sama menyebabkan lembapan sedia ada pada bibir tu "stripped away" (bahasa melayu apa eh?) yang menjurus kearah tragedi bibir merekah , kering dan luka (disebabkan kering teramat sampai berdarah darah)

How kakak overcome this kakak?

Kakak tak habis overcome lagi masalah ni dek. Bibir kakak memang 'disaster' cerita nya . Dulu lagi lah teruk sebab sejak purbakala kakak memang suka jilat bibir. Memang habit yang susah nak kurangkan. To make it even worst, kakak suka kopek bibir / gonyoh guna hujung baju ( acah acah exfoliate ).

Tapi sekarang masalah bibir kering tu jadi seasonal. Ada masa masa tertentu je bibir jadi kering and terkupas . Nak dibandingkan dengan masa dulu lagi dahsyat . Kira terkawal sikit lah . So here's few tips dealing with chapped lips daripada kakak yang sadis 

Tips atasi bibir kering


  1. Ditegaskan disini sekali lagi : elakkan daripada menjilat bibir . kenapa? haa .. baca balik atas atas ni dik :p
  2. Gunakan lipbalm/ pelembap bibir sesuai dengan keperluan bibir . 
  3. Jangan lupa exfoliate/scrub bibir ya. Boleh gunakan lip scrub yang sedia ada di kedai kedai takpun boleh buat sendiri di rumah . Resepi kita bagi kemudian ok? ;)
  4. Perbanyakkan minum air putih. Kalau masa bulan puasa ni, cuba minum air banyak masa sahur.
  5. Moisturize bibir semasa tidur - sebelum tidur bolehlah applykan vaseline ataupun virgin coconut oil untuk lock kan moisture bibir sepanjang malam. Bila bangun pagi nanti bibir jadi lebih lembap dan lembut je. Boleh juga gunakan aloe vera gel ataupun minyak vitamin E.
  6. Pilih lipbalm yang mengandungi beeswax/petrolatum ( contohnya vaseline ) dan perlindungan UV. Perlindungan UV ( sunscreen ) untuk bibir penting taw sebab sinaran matahari terik juga menjadi salah satu faktor membuatkan bibir lebih kering.
Ini antara tips yang kakfaghah gunakan. Untuk jenama lipbalm , dah bermacam jenama kakak cuba tapi yang selalu repurchased ialah : IN2IT Lipbalm . Ini best sebab hydrate kan bibir dan bagi bibir nampak merah merah natural .

Untuk virgin coconut oil pulak, kakfaghah gunakan jenama CocosHavana . Ni produk bumiputera , bau wangi boleh titiskan dalam makanan , atau diminum terus. sapu sapu pun boleh. Nanti kakak review more about this product okay ;)





Next entry nanti kita cerita lebih lanjut cara nak buat DIY Lip Scrub okay? Moga tips ini bermanfaat untuk korang korang yang senasib dengan ku , sobs






Selamat berpuasa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...