Kak Paten dah kahwin! : Fatin Liyana's Wedding

Sinonim dengan hari sabtu dan ahad, mesti ramai yang ambil peluang untuk menjayakan majlis perkahwinan. Banyak banyak wedding semalam, wedding kak paten juga yang aku gigihkan pergi.

Sebenarnya aku confident ingatkan majlis hari sabtu, gigih cancel kan plans and all semata mata nak lapangkan masa untuk attend wedding kak paten (terharu tak awak?) tapi rupanya salah. Nasib baik lah aku double check semula. Phewh!

Majlis di adakan di Kompleks Perbadanan Putrajaya . Aku bertolak dari Melaka around pukul 11, sampai pun dalam 1 lebih macam tu. Masa awal awal sampai pun dah nyaris nyaris salah masuk dewan. Apa lah masalah aku ni. Confident level terlebih pun payah juga.

Wedding Fatin serious best. Decoration simple simple tapi cantik amat! Pelamin pun tak ada nak sarat sarat kerawang bunga penuh . Fatin pulak ofcourse lah lawa gila, gila lawa , lawa sangatt haih lawaaaa nye la hoi (takboleh describe dengan kata kata)

Lepas makan terus pergi beratur untuk bergambar dengan pengantin. Gigih iols taw nak juga naik pelamin ambil gambar dengan Fatin. Bila sampai je giliran nak naik tibatiba je berdebar haha tak semena mena je nervous. Tak sempat naik lagi Fatin dah jerit "Farah Dafri!" alahai terharu, awak ingat kitaa :') Duduk je sebelah Fatin terus cakap

Aku : "Apa ni cantik sangat?"

and dah boleh expect apa Fatin jawab,

Fatin : "Biasalah, kahwin kan"



*Photo credit to Creativo


Haha daripada dulu kenal Fatin, walaupun tak berapa rapat tapi setiap kali jumpa tu borak macam selalu jumpa je. Memang patut lah ramai adore kakpaten ni, lemah lembut, cakap pun sopan je. Bersahaja, bergurau pun comel comel. And Fatin sangat sangat mudah blend in dengan siapa siapa. Haih #girlcrush. Tahniah Dr. Anwar Fazal sebab dapat wife yang menjadi idaman ramai lelaki dan wanita ni hihi. Kakpaten officially #offmarket tapi kita tetap #girlcrush dekat awak ( mana emoji monyet tutup mata?)



Ada beberapa orang yang tanya macam mana aku boleh diinvite ke wedding kakpaten? Mesti tanya sebab pelik, apa kaitan aku dengan paten? nak kata blogger femes, I blogger sendu je. Nak kata kawan sekerja, eh bila masa aku jadi doktor? kihkihkih

Fatin lah yang menjadi tonggak (cewah) kepada kemajuan awal awal penubuhan Moddy. Masa dulu dulu Moddy baru nak bertapak, Fatin lah yang banyak promosi kan di blog , facebook dan instagram. Dulu facebook Moddy bermula dari tak sampai 1K likes tapi atas bantuan Fatin, sekarang dah mencecah 30K (bunyi macam testimoni pulak) . Di kesempatan ini , nak ucapakan terima kasih Fatin sebab banyak tolong kite dulu, sudi gayakan bag bag dari @moddymy . Macehhh :*


Gambar sekadar hiasan hahaha. 

Hello saya Farah, saya jual bag. Boleh layari page instagram 
@moddymy kalau nak cari bag cantik macam FL pakai hehew



Jadi inilah jawapan kepada persoalan macam mana Fatin boleh kenal aku atas dasar kerjasama antara Moddy & Fatin Liyana.




Aku sebenarnya tak pasti apa relationship suami Fatin dengan Yusof Haslam and all (malas google haha!) tapi aku notice banyak juga artis & celebrity yang datang. Lagipun kakpaten sendiri pun memang public figure so tak pelik lah kan kalau ada ramai kenalan dia and suami daripada barisan artis and orang ternama. Ada Puteri Sarah juga, isteri Syamsul Yusof. Last time jumpa dia masa dekat airport Bandung, 2 years back. Dulu cantik, sekarang lagi cantik. Aku nak bergambar dengan dia tapi Syamsul cam taknak lepas kan je haha alololo omey angat (insert emoji bermata love)

Syamsul Yusof dan isteri. Comel sangat dua orang ni!




Antara blogger/ personaliti tv yang ada termasuk lah kak Nurul Ain Abd Salam, Yuyu Zulaikha, Shea Rosul,Azar Nadhirah,Datin Najahtul Iylia, Lyna Kamal, Qila Azali, Maria Elena Zarul dan Ameera Zaini. Semua cantik cantik dan mostly nampak dari jauh je. Nak kejar untuk ambil gambar segan pulak hehew. Sebenarnya looking forward nak jumpa Kak Ain, Kak Fatin Suhana dan Irine Nadia.

Dah nampak Kak Ain dari jauh tapi masa tu tengah beratur nak ambil gambar tak sempat nak bergambar dengan kak ain. I iz so sad. Tapi dari jauh memang dah nampak kak ain alahai lawa sangat, dengan si tembam dina. Ish jauh lah pulak, kalau dekat memang dah gomol pipi Dina tu :p

Kak Fatin Suhana and Irine pula memang tak nampak. Maybe dah balik kot diorang or belum sampai. Last time jumpa kak Fatin Suhana zaman zaman selalu pergi karangkraf. Taktahu la kak fatin suhana ingat aku lagi ke tak hihi.

Tapi sebelum balik sempat lah jumpa kak Maghia Elena and ajak bergambar. Yang terharunya, kak Maria kenal kita :') (nangis terharu tepi pelamin)

"Ehhh Farah kann?"
I was like, "Omo omo akak kenal kita?" dengan riak muka kau-boleh-agak-macam-mana
Kak Maria : "Kita pernah jumpa kan dulu?"

Aku pulak yang kena cuba ingat semula, bila masa eh aku jumpa. Serious tak ingat. But then, mesti lah jumpa sekali je kan tapi kak Maria still ingat. Aihh ni yang nak nangis ni (T_T)

When it comes to picture session dengan kak Maria, ofcourse lah jadi macam ni kan :p







Kak Maghia so cantik, sejak jadi ibu ni dia punya 
cantik tu berganda ganda kali seploh. Love u kak Maghia!


Before balik wajiblah kita bergambar dekat photobooth yang ada beserta hashtag #aflwedding. Photobooth ada dua, satu yang siap boleh print tu. satu lagi pandai pandai lah kau layan diri. Tapi aku ambil gambar dekat booth layan diri je haha sebab dah tak koser nak beratur dah untuk photobooth yang lagi satu tu.

Kelihatan katik di sini -.-"


Lepas selesai terkibai kibai bergambar dengan pebagai jenis prop sampai terkoyak (haha maap!), aku nampak Ameera Zaini pulak. Ameera ni aku kenal zaman zaman meniaga dekat bazaar Frinjan dekat Shah Alam dulu. Ada lah kot 3,4 tahun lepas. Sekarang Meera dah berjaya sangat sangat. Dah ada jenama tudung sendiri, clothing line, model letop letop & pengacara tv. Happy for you Meera cantik! semoga lebih sukses :* Tahniah in advanced Meera for your wedding this September #kepakkebum #semuaorangdahkawenweh

Dah namanya public figure, ofcos lah cantik. 
Aku kekal sebagai potato di sisinya :p



Dah pakai baju meriah, tak boleh sia siakan balik macam tu je. Keluar dewan, buat muka tak malu terkibai kibai acah photoshoot tepi tangga . Hahaha pun boleh begitchuu . Jubah Wani pakai ni ada di @jubayyinah. Kita update next week. Murah murah je below RM80. Free size boleh fit S-XL

Sempat lagi promote hahaha 



Sebelum kita habiskan entry ni, nak ucapakan sekali lagi TAHNIAH buat Dr. Fatin Liyana Asri & Dr. Anwar Fazal. Selamat pengantin baru, semoga berbahagia #tilljannah orang kata. Semoga lebih sukses dan dimurahkan rezeki. (insert fireworks)


p/s : Abg Annas ( creativo ) jangan lupa cut video kita merepek tu haha. Malu nya bila ingat balik speech merepek tahap campak meja.




2 comments

  1. wah wahhh..tong aahhhh dapat pegi jumpe panten yg gojes cam FL.. hehehe.. neway salam kenal dari KBBA... welcome ... singgah bw sini.. =)

    ReplyDelete
  2. cantiknya fatin..

    salam kenal dari team KBBA
    www.massaari.com

    ReplyDelete

FOLLOWERS