Friday, March 8, 2013

Impak sebuah hijab


Assalamualaikum wbt .

Pertama sekali , sorry untuk penjodoh bilangan yang mungkin tidak bersesuaian untuk hijab .  Aku sendiri jadi confuse adakah "sebuah" , mahupun "sehelai" dan confirm confirm bukan "sekeping" . tapi tak apa . itu bukan isu .

Kemusykilan kedua ialah , dilemma memilih kata ganti diri . Apa mungkin perlu menggunakan "aku" , "saya" , "farah" mahupun "ana" .

Serabut weyhhhhh ! *pasang dikir Serabut weyh jadi lagu tema . (iklan sekejap)

--------------

Melihatkan pada penghijrahan yang dibuat mulai dari minggu lepas , banyak yang aku dapat belajar dan membuat penilaian . masa ni lah baru nampak mana salah mana betul , mana buruk mana cantik , mana intan mana permata (ewah) . Apa yang aku boleh katakan , aku yang dulu tetap ada . tak ada lah transform 360 jadi orang lain as in tak reti gelak , tak banyak cakap , tak makan angkat kaki atas kerusi (kantoi) . cuma dari segi perlakuan dan penampilan telah pun aku baiki sedikit demi sedikit .

berkat doa ibu ayah dan orang sekeliling , aku mula belajar bertatih untuk kearah sesuatu yang lebih baik dan penuh barakah .

Kalau dulu asyik asyik pakai skinny jeans , sekarang berpalazzo . Kalau dulu suka pakai crop top , sekarang pakai baju labuh labuh .  Kalau dulu suka pakai turban , sekarang pakai bawal bidang 60 terushh .  Alhamdulillah .  Sedikit sebanyak aku bangga dengan kemampuan aku untuk tabah dan cekal keluarkan diri dari kejahilan dan bersyukur aku atas kekuasaanNYA aku berjaya menapak selangkah selangkah . walaupun selow selow tapi takpe , pelan pelan kayuh .

Berbalik kepada apa yang dikatakan Hijab . Hijab secara amnya yang diketahui orang melayu kita ialah tudung .  Mentaliti dan pandangan yang sama macam yang aku rasa masa dulu .  Asalkan bertudung dah rasa bagus .  Asalkan bertudung dah rasakan aku dah penuhi perkara wajib .  Sedangkan sendiri tak sedar , walhal duduk berjam depan cermin betulkan tudung tapi gagal mengenal pasti dimana silapnya dalam cara kita bertudung tu .

Hijab dan tudung bagi aku dua benda yang berbeza . Tudung secara general boleh di klasifikasikan sebagai sesuatu alat atau benda yang digunakan untuk menutup kepala sahaja . Sama fungsi seperti tudung saji , dimana tugas segala sedara mara tudung ialah memberi perlindungan .  Sebagai contoh tudung periuk , berfungsi menutup periuk dari unsur unsur contamination dari luar temasuk dalam masakan seperti lelabah , cecicak , nyenyamuk , sesemut dan yang seangkatan mereka . dari mata kasarnya hanya meliputi bahagian atas sahaja . Sama konsep seperti tudung . Setakat tutup atas sahaja .  Bahagian dada terdedah tak ambil kisah . Asal rambut tak terkeluar , timbul rasa dalam diri "aku bertudung" , "aku berhijab dan aku baik" "euww takpakai tudung , eii tak baik dia tuww" (Subhanallah) - Tak bayik ye adik adik . usah anda bersikap demikian . *ni hakaks tengah nak berdakwah .  Bismillah .

Jangan cakap apa apa , aku tak rujuk kepada mana mana pihak sebaliknya ambil diri aku sendiri sebagai contoh . Itulah definisi hijab bagi aku pada masa dahulu. Jahil kan? Masyaallah .

Aku seorang yang sangat sukakan fesyen .  Tudung semua nak pelik pelik , lilit sana lilit sini .  Tengok orang pakai bawal nak bawal . Orang pakai shawl nak shawl . Pakai turban galak nak terban gak padahal bila pakai muka macam ikan buntal .  Orang pakai hoodie nak hoodie.  Nampak sangat la aku ni mudah distracted . Pffftt . Orang pakai tudung labuh taknak pulak pakai tudung labuh *marah diri sendiri*

Itula kan , benda baik memang susah orang nak ikut . Yang tak elok juga yang kita sibuk agung agungkan . Satu ketika dulu zaman legging mendominasi dunia fesyen , perghh aku taknak kalah . Sibuk pakai juga walhal peha dengan betis dah sama saiz. Memang tak sodar diri . Lepastu komplen cakap gemuk . Dah tahu gemuk hang takreti nak pakai seluaq besaq besaq ke faghahhhh !

nampak tak nampak takkk cemana setonirrojim menyesatkan kita . Sesungguhnya makhluk ini takkan pernah memberi ruang untuk kita membuat kebaikan . Kalau rasa nak buat baik kena la perlukan sedikit pengorbanan , barulah rasa kemanisan iman tu . insyaallah .

Mungkin ada yang merasakan tak susah untuk aku buat penghijrahan sebab dah memang terbiasa pakai tudung , so apa ada hal .

Eh eh siapa cakap ? Hijrah bukan hanya pada kelabuhan tudung , kelonggaran baju mahupun kegigihan kau berstokin . Hijrah merangkumi semuaaaaaaa aspek . Dari segi pertuturan , pergaulan , penampilan dan banyak lagi semuanya di ambil kira .

Yu tel me now how aii hef to sekrifis lots of ting , okay shadap farah .

Banyak aku korbankan . Selalu teringat akan pesan seorang akhtar , dimana dia menjadi seorang yang sangat membantu memberikan sokongan dan prihatin dalalm proses penghijrahan ini . Dia selalu pesan duaplohjuta kali

"Farah , kalau awak nak berubah .. banyak benda awak kena gadaikan "

Pada mulanya aku kurang faham .  Bab aku faham pun bab wokey kena pakai tudung labuh , dan jubah . what to do with my hot figuree wuwuwuw, its gonna get westeeeeyyydd *tampaq kang!*

Bilamana aku berdiri di tempat aku sekarang, dapat aku rasakan satu lonjakan paradigma (huiyo) pada diri sendiri tatkala aku menoleh ke belakang dan sedar akan kejahilan terdahulu , sekarang aku boleh tersenyum bangga dan puas akan ilmu bermanfaat yang telah aku kutip dan amalkan pada hari ini .

Nak cakap lebih lebih pun kau takkan faham .  Nak ambil potongan hadis mahupun firman Allah swt pun aku tak reti , sebab terlalu jahillah aku dalam konteks ini , maka apa yang dapat aku kongsikan hanyalah dengan menceritakan apa yang aku alami ini sebagai satu pendekatan dan medium untuk berdakwah .  Insyaallah .

There's always this moment dimana bila aku cuba untuk menyampaikan sesuatu seperti aku sangat bersyukur dan berterima kasih atas apa yang telah Allah kurniakan pada aku , dan aku takreti nak expresskan macam mana selain daripada ucapan Alhamdulillah , aku akan jadi awkward dan terasa diri poyo keislamikan pada mata diorang sebab kadang kala audience kita tak seperti kita.  Faham tak apa aku cuba sampaikan ?

Sebagai contoh  , balik kepada zaman jahil aku dulu . Bila bercakap pasal agama aku lebih suka berdiam .  Bila ada masalah dan cuba meminta pendapat , orang akan kata "Sabar farah" .  Tapi sebabkan bapak setonirrojim ada bermaharajaistana dalam hati , aku jadi ego . 'taknak dengar taknak dengar wekk taknak dengar. weh apa sabar sabar , aku tahu la sabar tu apa , aku nak solution . setakat sabar , tanya jiran sebelah pun boleh cakap cemtu' (Masyaallah) . Get it ?




Audience sedemikian lah yang buatkan aku takut untuk berdakwah atau berkongsi .  Audience yang telah tersumbat hatinya dengan penyakit hati .  Audience yang selalu rasa orang orang macam ni poyo halims sahaja . Astaghfirullahalazim . Banyak aku nak kena belajar ni . Dah taknak ulas lanjut , takut ada yang terpesong yang aku sampaikan , wallahualam .

Secara kesimpulannya , impak sebuah hijab bukan sahaja membuatkan si pemakainya kelihatan manis , bahkan merasa lebih selamat , disayangi dan takputus putus merasakan rahmat dari Allah SWT .

Yu no wat , sejak bertudung labuh , abang promoter jual krim muka buang daki kat tangan tu tak berani dekat tau . Alhamdulillah , tu kategori musibah juga tu .  Datang2 tarik tangan orang pi calit krim .  Banyak hensem muka kau .

Seperkara lagi yang dapat aku perhatikan , dengan penampilan seperti ini , orang mulai rasa sayang dan hormat kita .  Ada antara kawan kawan aku di saat zaman rock aku dulu bila panggil / sapa aku akan secara kasar dan ekstrimis seperti " WEYH FARAHH KO NAK PI MANEEE HAA" atau " DO , APA CITEE" or "BABE, WADDUP" . Sebaliknya situasi berlainan sekarang dan dapat rasakan sekeliling seolah olah turut bergembira dengan apa AKU pada harini , merasakan hormat yang diberikan oleh mereka kepada aku dah lebih dari cukup untuk buatkan aku happy ,

"Assalamualaikum farah"

"Salam alaik farah "

Lebih manis dan beretika .  Alhamdulillah .

Ada banyak lagi benda nak cerita termasuklah scene scene lucu aku berniqab dan takutkan budak kecik sampai nak nangis sebab dia ingat aku hantu . LOL

Till then , assalamualaikum dan semoga perkongsian ini membawa manfaat , insyaALLAH :)








imma hijabis and soon to be niqabis . yuu ? 





Thursday, March 7, 2013

Diari Hijab : Permulaan


Mulakan coretan aku dengan lafaz “Bismillah hirrahmanirrahim “





'Eh kejap , Bilik Tutorial 5 ke 3 ya ? ' Humaira bermonolog sendirian sambil mundar mandir disekitar akademik blok mencari dimana bertempatnya kelas matematik dia pagi itu . Dia jadi kurang pasti dan berkira kira antara dua pilihan itu . 'Tulah , semalam taknak catit apa Mdm Ilmiah cakap . Sekarang dah buat diri sendiri Nampak bodoh' , Humaira terus terusan mengomel sendirian .

Sekali imbas dia melepasi bilik tutorial 5 , telah kelihatan kelibat Mdm Ilmiah di dalam kelas . “Ha jumpa pun!” lantas segera dia memberi salam dan masuk kedalam kelas . Dengan tenang Humaira duduk di barisan hadapan yang Cuma terdapat lagi 3 orang pelajar . Itu pun duduk hujung hujung . Yang lain semua lari kebelakang ! Takut kena soal lah tu .

Melihatkan suasana kelas barunya , Humaira jadi tidak senang duduk memikirkan dia bekas pelajar di situ yang gagal transfer credit terpaksa ambil semula subjek Mathematics 1 , tetapi ditempatkan bersama pelajar baru semester 1 .

'Confirm budak budak matrix pandai pandai ni . Malunyaa' Humaira cukup gemar bermonolog sendirian . Masakan tidak , hamper sepanjang dia menuntut di sini , dia lebih selesa bersendirian dan tiada teman untuk di bawa berborak . Ceritanya , cakap sorang sorang ajelah .

Puan Ilmiah terus dengan sesi pembelajaran dimulai dengan memberi penerangan serba sedikit mengenai topic Exponential dan Logarithm . Selesai memberi penerangan , dia mengarahkan kami untuk menyelesaikan soalan yang diberinya di papan putih .

'Haa sudah ! apa aku nak jawab ni ! Log log ni la yang aku lemah ' Humaira terus terusan jadi panas punggung duduk lama lama di dalam kelas itu . Melihatkan semua pelajar lain sibuk menyiapkan latihan yang diberikan , dia jadi bingung dan buntu akan cara untuk menyelesaikan masalah matematik itu .

Tidak lama kemudian , dia didatangi dengan seorang jejaka . Dengan selamba , kerusi di tarik dan jejaka itu duduk selang satu kerusi dari dimana Humaira duduk . Humaira berpaling , dan jejaka itu tersenyum .

 'Ahhh cair! Handsome lah pulak'

cepat cepat Humaira mengalihkan pandangannya dan terus tertumpu kepada soalan yang diberikan .

“Siapa class representative untuk kelas ni?” Soalan dari Pn. Ilmiah memecahkan suasana bingung Humaira yang sedang merenung dalam dalam soalan yang disalin diatas kertas itu. Class representative atau secara amnya ketua kelas memikul tanggungjawab untuk memastikan sebarang maklumat yang diberikan Pn Ilmiah sampai kepada semua pelajar kelas itu.

Semua sibuk menunding jari kesana kesini . Tiba tiba ..


“Kak long !” jerit satu suara .

Humaira bingung lalu berpaling kearah jejaka disebelahnya .

“Eh?” dengan wajah sugul dan hairan , Humaira mencebik “Apasal pulak?”

“Sebab awak kak long , ex MICET kan? So boleh la jadi ketua kelas” jelas jejaka itu yang tidak Humaira ketahui namanya .

Humaira membebel di dalam hati . Memang bukan kegemarannya untuk diberikan tanggungjawab sedemikian untuk dipikul , lebih lebih lagi dia cukup benci untuk komited terhadap sesuatu yang tak dirasakannya penting . EGO!

Pn. Ilmiah memandang Humaira dan menantikan jawapan dari nya , dengan cepat Humaira menggeleng dan menjeling kearah jejaka itu .

'Banyak cantik muka kau' Humaira marah di dalam hati

.
Selesai pemilihan class representative , semua pelajar berbalik semula kepada menyelesaikan soalan . Humaira benci dengan perasaan tidak faham yang di alaminya lalu bertekad untuk bertanya sahaja kepada jejaka disebelahnya .

Humaira pusing kebelakang dan menegur salah seorang pelajar perempuan disitu

 “Tumpang Tanya , siapa nama dia eh?” soal Humaira takut takut .

“Yang mana? Ini? “ pelajar itu menyoal sambil menunjukkan  kearah jejaka itu .

“Aah” Jawab humaira sungguh sungguh .

“Oh, nama dia Akhtar”  jelas pelajar itu .

sekarang  soalan Humaira terjawab . Selesai mengucapkan terima kasih , Humaira menyendeng kesisi dan menghadap kearah jejaka itu .

“Emmm .  Akhtar.. “ sapa Humaira lembut .

Mendengar namanya di sapa dari belakang , Akhtar segera berpaling

“Ya kenapa?”

Masyaallah hati Humaira bergetar halus . Manis wajah dia , kulit cerah berseri kalau kulit perempuan . Segera diajukan soalan yang tidak difahaminya dan dibalas dengan baik oleh Akhtar  .



***


“Okay , that’s all for today . Thank you class “ maka berakhir sudah sesi kelas pada pagi ini . Pn Ilmiah berlalu keluar meninggalkan kelas manakala Humaira terkial kial mencari kunci keretanya di dalam beg . Habis diselongkar akhirnya jumpa .

Saat menapak keluar dari kelas , Akhtar datang dan menghampiri Humaira lalu menghulurkan telefon bimibitnya . Humaira hairan . Dengan senyuman Akhtar berkata

“ nak nombor telefon , kot kot nanti boleh study group sama ke , bawa jalan jalan Melaka ke” .

 Meskipun merasakan itu taktik basi lelaki memikat wanita , namun hati Humaira seakan terpaut dengan taktik ini . Tanpa sedar telah dia sambut telefon bimibit Akhtar dan menyimpan nombor telefonnya di dalam telefon bimbit itu .

Berlalu dengan senyuman dan ucapan salam , Akhtar berlalu pergi bersama dengan temannya Shahril begitu juga dengan Humaira . Lemah lemah langkahan kaki Humaira menuju kearah kereta nya yang diparkir di belakang blok , senyuman tidak hilang dari bibirnya . “Comel” Humaira tersengih sendirian .


Terus Humaira memandu keluar dari kolej dan pulang ke rumah sewanya .




“Bling!”


Telefon bimbit Humaira berbunyi menandakan ada satu pesanan baru yang diterima

..”Akhtar :) “



Meskipun hanya satu patah perkataan , sudah cukup untuk membuat Humaira senyum sepanjang hari .







To be continued ...






On My Instagram