MARAH dan Jantina

Thursday, January 28, 2010
MARAH . Siapa suka marah? Eh aku suka . Kau tak marah marah memang kau suci gila . Aku teruja if jumpa orang yang tak pernah marah ni . Memang rasa nak peluk and cium muah muah plus minta sign and framekan letak dekat kepala katil supaya hari hari boleh dijadikan aku punya panduan hidup . Ceh panduan tu . Macam lah aku hidup selama ni tak berpanduan . Isk isk .

Marah ni subjektif . Haha aku tak faham pun apa maksud Marah itu subjektif . Well biasalah kan , aku main tulis je nak bagi macam sedap sedap je bunyi ayat aku . Fine abaikan ayat atas ni . Tak boleh pakai pun .

Antara lelaki dengan perempuan mana lagi hebat dalam menempiaskan marah? Siapa lagi dahsyat? Jom kita beradu tenaga dan minda . Tengok siapa lagi terror . Masing masing ada cara sendiri nak expresskan marah .

Lelaki biasanya yang jenis cool cool and berlagak macho akan bajet OH AKU SEORANG YANG PENYABAR depan orang . Tapi dekat belakang orang sepak kaki kerusi or tumbuk dinding sampai darah then maki maki dinding tu cakap WOI APASAL KAU KERAS HA? Sekarang siapa yang bodoh? Sila jawab .

If lelaki yang panas baran tahap boiling point melebihi 100 degree celcius tu memang kaki buat gimik lebih . If ada boyfriend macam ni , aku sarankan kau belajar taekwondo or silat awal awal . MICET ada buat open registration untuk Silat Hanafi apa menda ntah . Kau nak? Meh lah datang sini daftar . Kerana apa? Kerana mereka yang berspesis macam ni bukan sahaja suka melayangkan penumbuk penampar penyepak dan penyapu . Malah peratusan untuk dia melayangkan segala harta yang ada disekitar nya dengan penuh toleransi dan tanpa ragu ragu dan no sweat memang amat tinggi . Memang aku sarankan kau exercise hari hari lari keliling padang so senang kau cabut bila dia punya baran datang menyerang . Just as long dia tak sakiti kau , alhamdulillah . Kau boleh tolerate dengan dia lagi . But if sampai dia kirim cap jari atas muka kau yang masih melekat krim Safi Balqis and compact powder Maybelline sampai buat eyeliner and mascara kau meleleh jugak , aku sarankan kau telefon talian Nur . Kau memang sangat perlukan tu . Jangan jadi bodoh nak stay dengan manusia macam tu . Cari nahas kau tahu?


Cakap pasal marah dalam kalangan perempuan pula ? Haa cara kami berbeza . Perempuan ni mostly emo je lelebih . Paling hebat boleh buat pun tarik tarik rambut jerit jerit macam orang histeria , campak semua benda atas meja mekap then nak nyesal tak sudah minyak wangi dah pecah , mengumpat sana sini dan cakap berapi api , and and paling suka buat jerit kuat kuat sambil tutup muka dengan bantal . Heh pelik kan? Tapi ini lah terapi kami . Ada juga jenis yang suka menangis masa marah . Ada jugak yang ketawa . Masing masing ada cara sendiri nak atasi rasa marah . Persoalannya , antara laki and perempuan , siapa lagi kuat marah?

9 comments

  1. rasanya marah ni ikut tahap ke'panas baran'nan orang tu...

    oleh kerana aku pmpuan,so aku nak cakap yang lelaki yang kuat marah hehehehehe

    ReplyDelete
  2. @Seri - Lelaki tak kuat marah. Tetapi perempuan yang membuatkan lelaki kuat marah.



    HAHA

    ReplyDelete
  3. haha mesti la perempuan kuat marah tapi tak ganas kalau lelaki ganass haha

    ReplyDelete
  4. seri : haha betul! salahkan lelaki okay!

    ReplyDelete
  5. Mr.K : okay setuju . memang seri . dua dua pun kuat marah . tapi tapi , lelaki yang selalu buat perempuan marah juga . seri jugak

    ReplyDelete
  6. hariz : haha lelaki memang pengganas sentiasa .

    ReplyDelete
  7. Have to agree with Mr K..
    Bukan sebab im a guy also..
    Tapi itu mmg fakta..
    Maybe because the way that girls and guys thinking are totally different..
    Didikan rumah disini..
    Tak kira lar siapa..
    Lelaki atau perempuan..
    Bila ada sorang yang suka marah ni my dad just tadah air 1 baldi and then siram org tu tak kira di mana lokasi..

    ReplyDelete
  8. Tapi perempuan emo lebih2! tu yang masalah. perempuan kalau dah emo, memang pecah kepala ah nak layan. itu salah, ini salah. last2 dia yang terhegeh2 nak pujuk kita.

    i'm not on both side. dua-dua salah ah senang cerita. sikit2 marah. tah pahapa tah nak marah2 ni :D

    JOM MARAH PERASAAN MARAH TU!

    ReplyDelete

On My Instagram