Sunset Dinner Cruise Experience di Langkawi | Ada Dolphin!

Thursday, October 8, 2020


Masa aku sampai dekat Langkawi haritu pun, hari dah dalam pukul 3 petang. Jadi next aktiviti yang ada dalam program ialah untuk layan sunset. Sementara nak tunggu call time untuk mulakan aktiviti cruise, kitorang di bawa untuk cuba makan laksa. Haa dekat Langkawi ni biasanya tempat femes untuk makan Laksa ialah dekat dengan area airport. Orang panggil Laksa Ikan Sekoq. Tapi kalini, tour guide kitorang (Encik Johan), convince kan kitorang untuk cuba makan laksa dekat tempat lain.

Yang underrated tapi sedap...

Ternyata memang tak sia sia la kitorang ikut suggestion Encik Johan tu sebab laksa dekat sini memang padu. Dekat mana? Haa ianya terletak di Kampung Tsunami. Nama kedai ni Kue Teow Sup Siam Kuala Teriang. Haha nama dia takde perkataan 'laksa' pun kan? Tapi laksa dekat sini memang padu.

Cerita disebalik Kampung Tsunami

Sambil makan makan tu, Encik Johan sempat bercerita yang asalnya kampung ni bukan namanya 'Kampung Tsunami'. Tapi masa berlakunya kejadian Tsunami dulu, kawasan kampung ni terjejas teruk. Semua kawasan berselut. Dan pada waktu tu, hotel guest mat salleh daripada hotel hotel 5 bintang yang berdekatan, turut sama turun padang untuk tolong bersihkan kawasan. Katanya diorang siap bagi sumbangan beribu ringgit lagi taw. Bagus kan? Saling tolong menolong.

 Seronok bila ada tour guide yang suka bercerita ni. At least kita dapat belajar dan tahu kisah disebalik sesuatu tempat tu kan?

Adya Hotel, Kuah Langkawi

Okay moving on. Lepas makan, kitorang terus ke pekan Kuah untuk check in di Hotel Adya Langkawi. Lokasi hotel ni sangat sangat strategik di tengah pekan Kuah. Depan kawasan hotel pun ada banyak kedai serbaneka dan kemudahan termasuk dobi. Kitorang siap menyempat pergi massage massage lagi malam tu hahaha.


Bilik pun bersih dan selesa. Sangat luas didatangkan dengan balkoni. Yang menariknya hotel ni menerapkan ciri ciri Islamik. Boleh dengar bacaan alquran dan selawat di pasangkan di Hotel dan siap ada swimming pool berasingan untuk wanita. Menarik kan?



Tapi sebabkan jadual yang agak pack. Tak nyempat la nak menjenguk jenguk swimming pool tu. Insyaallah, maybe next time.

Okay, setel solat dan bersiap siap. Jom ready untuk ke Sunset Cruise pulak!

Sunset Dinner Cruise Experience

Kitorang ke Jeti Pelancongan Kuah, lebih tepat lagi ke Royal Langkawi Yatch Club. Lokasi ni betul betul dekat sebelah Jeti utama orang naik naik feri untuk ke Langkawi tu.


Bot yang digunakan untuk cruise kali ni ialah jenis Catamaran. Yang bestnya bila menggunakan bot jenis macam ni, kita boleh experience Seawater Jacuzzi juga. Apa Seawater Jacuzzi? Haa kejap lagi aku share cemana ghupenye haha.

Durasi cruise ni mengambil masa dalam 3 jam. Takdela pusing jauh jauh pun. Dekat kawasan berdekatan je tapi pada minimum speed jadi kita nak berdiri, bergambar, nak makan, takde la bergoyang goyang dan rasa terganggu. Siapa yang ada mabuk laut tu, jangan risau. Sebab memang tak rasa bergelora langsung. Memang selesa.

Nama pun Sunset Dinner Cruise, makanya ada lah hidangan makan malam disediakan. Menu kitorang haritu ada nasi goreng, sate, rojak buah, udang bakar, ikan bakar dan ada beberapa lauk lain. Sedapp. Memang layan la makan atas cruise tu. Pakej yang kitorang ambil ialah daripada @yourcruiselangkawi. Nanti aku share contact number diorang dekat hujung post ni.

Atas bot ni ada kemudahan tandas dan bilik mandi juga. So takyah risau la kot nak terkencing ke apa. Serba serbi lengkap dan selesa. Ha cerita pasal Seawater Jacuzzi tadi tu, make sure jangan lepaskan peluang untuk cuba tau. Bawa baju mandi dan baju tukar siap siap. Tuala disediakan, so takyah susah susah bawak. Aku je gigih usung tuala hotel bawak sekali. alih alih ada tuala dia prepare haha.

Jom Cuba Seawater Jacuzzi

Seawater Jacuzzi ni concept nya ialah, akan ada jaring dipasang di belakang bot dan kita bila turun dan mandi dalam kawasan jaring tu. Disebabkan bot pun tengah bergerak, jadi akan ada arus masa kita mandi tu. Jadi la ala ala jacuzzi. Untuk aktiviti ni, semua diwajibkan pada life jacket untuk keselamatan. Best juga main ni tapi haritu tak lama pun. Sebab ni bergantung pada keadaan cuaca dan trafik. Kalau ada bot besar atau feri besar lalu, kita tak boleh turun dan diarahkan naik serta merta.



Tapi syok laa rezeki kitorang merasa cuba Seawater jacuzzi ni dan cuaca pun sangat cantik, sunset pun lawa sangat. Alhamdulillah puas hati.

Lagi satu yang bestnya pasal Sunset Cruise ni, korang juga berpeluang untuk tengok dolphin! Ha percaya tak? Aku awal awal pun macam, ehh yeke? ke korang scam ni? haha. Tapi haritu takde la nampak jelas sangat. Tapi dari jauh tu nampak la pergerakan dorang. Memang ada satu spot yang dikatakan kawasan ada satu keluarga dolphin punya spot. Punya excited ye kitorang nak tengok dolphin. Nampak hujung hujung pun jadi lah.


Harga untuk pengalaman cruise ni bergantung pada jenis bot, dan jumlah pax. Bot yang memuatkan ramai orang, lagi murah sikit la harganya. Untuk senarai harga pakej, boleh contact @yourcruiselangkawi.



Next post, aku nak share pulak pengalaman explore Pulau Tuba. Ha tahu tak kewujudan Pulau Tuba ni? Aku pun baru tahu yee. Ni satu lagi aktiviti menarik boleh dicuba bila ke Langkawi - explore Pulau Tuba.



Okay see you in my next post!


1 comment

On My Instagram