Siapa sini peminat bahulu? Kita geng! Tapi sayangnya sekarang macam susah dah nak jumpa orang jual bahulu kan? Lepastu susah juga nak jumpa bahulu yang sedap, tak muak, tak kuat rasa telurnya.
Baru baru ni aku sempat la singgah Bahulu Arang untuk cuba diorang punya bahulu. Since namanya 'Bahulu Arang', betul ke di bakar guna arang? ke setakat nama je? haaa curious kan. Kalini, tokey dia siap bagi green light untuk masuk sampai ke dapur lagi untuk tengok proses pembuatan bahulu ni. Demi memberikan jawapan kepada soalan "yeke bakar guna arang?"
Korang tengok la ni. Yes memang gunakan arang ye. Bahagian bawah tu diletakkan pasir. Bila dah siap letakkan adunan dalam acuan, dia akan tutup tempat bakar ni. Arangnya ada dekat bahagian atas tu tapi aku tak ambik gambar la pulak. Memang panas ye bilik ni, dah macam sauna. Akak yang membakar bahulu ni siap cakap lagi "Bukan bahulu je masak, dengan akak pun masak" hahaha. lucu la akak.
Katanya proses nak membakar ni ambil masa 4-6 minit bergantung pada keadaan api. Yela arang kan, ko mana boleh nak control sangat. Mencabar yee nak masak guna arang ni. So memang rare laa cara masakan macam ni. Korang patut cuba! Rasa bahulu tu dimasak sempurna dan menyeluruh. Takde pon after taste rasa arang or asap ke apa, jangan risau. Memang sedap lagi lagi makan panas panas.
Katanya bahulu ni boleh tahan dalam 4-5 hari. Nak lagi sedap, bila dah bawa balik tu, panaskan semula dalam microwave. Akan rasa crunchy gituuu. Dorang dalam proses R&D nak lanjutkan expiry date bahulu ni supaya tahan lama. Bab shelf life ni, memang kena buat microbe test dengan improve dekat packaging la biasanya. Hopefully dipermudahkan la sebab bahulu dorang ni memang sedap and sayang kalau tak reach dekat ramai lagi customers.
Bahulu Arang ada juga terima tempahan untuk doorgift wedding, dan custom made order. So kalau nak order untuk event boleh la roger diorang ni. Nak dapatkan bahulu ni, korang boleh terus ke kedai Bahulu Arang yang terletak di Jalan Pahang , atau pun order melalui Food Panda dan Grab. Tak pun, contact je dorang untuk dorang arrange COD. haa pilih je nak option mana. Untuk korang yang stay KL dan Selangor, insyaallah mendapat la nak rasa bahulu ni.
Bahulu Arang ni ada macam macam variasi juga. Ada original, strawberry, pandan, chocolate chip.. aku rasa ada lagi spesis lain tapi aku lupa. Yang aku suka original dengan chocolate chip. Sedap!
Nanti korang cuba la jugak, okiee. Btw kalau nak datang ke kedai ni, ofcos la ada SOP yang kena kita ikut. So cembiasa kawan kawan;
1. Daftar kan details korang
2. Check suhu
3. Gunakan hand sanitizer yang ada
4. Elakkan direct contact dan cuba kekalkan jarak sosial
Gituuuhh. Sekiannn, bye nak sambung makan bahulu~
For more details :
Instagram : @bahuluarangofficialWhatsapp : Bahulu Arang (click)
3 comments
ya Allah. sangat mengamit memori bahulu dulu2 ^_^
ReplyDeletekuih bahulu ni dahlah feveret. Sayangnya,tak boleh pulak boleh pos ke negeri lain.
ReplyDeleteMacam sedap jeee. kita suka bahulu fluffy!
ReplyDelete